Friday, March 4, 2011

~3 mArCh 2011 @ 3.3.11 yG sgt sEdih~


entry aku kali ni takder kaitan nngan gambar diatas..ia sekadar hiasan..haha..

#kiSah sEdih 1- Kucing Aku Mati..

family aku ada bela 2 ekor kucing..sekor ni mmg kucing kesayangan aku, Toi dan sekor lagi kucing kesayangan mak aku, Tam..tpi Tam ni sakit dri smlm..bawak gi klinik, doc kata dia kena penyakit 'hawar' yang aku sendiri pun tak paham apa punca penyakit ni but yg pastinya penyakit ni buat dia tkleh tido..air liur meleleh jer..air tkleh minum, makan tak leh telan..penafasan pun tk normal..sayunya hati bila yg lain tido dia pulak tak boleh tido..sayu sgt bila kucing sakit nak pulak kucing peliharaan..aku mmg tk pernah dgr tentang penyakit hawar ni so aku mcm tertanya2 mana dia leh dpt penyakit ni..akhirnya 3.3.11 jam 8:30pg dia telah meninggalkan keluarga kami..yg sayunya dia manja dgn mak aku dan dia mati dihadapan mak aku..kata mak aku kesian masa dia kena 'tarik' nyawa..sayu tgk..sobs..sobs..now tinggallah si Toi ni alone..tkder adik & kawan untuk dia buli..

#kiSah sEdih 2 - Penyakit Hawar



yg ni artikel aku baca dri blog org lain..oleh kerana aku nk tau apa itu penyakit hawar,so aku mencari2 artikel mengenainya..penyakit ni dikenali dengan nama sampar secara umum atau hawar secara khusus di utara Semenanjung Malaysia, secara saintifiknya ia dikenali dengan nama Newcastle Disease (ND) dengan nama virus penyebabnya iaitu virus paramyxovirus. Virus ini biasanya akan merosakkan organ dalaman dan menyebabkan kegagalan bernafas dan pendarahan.
Gejala yang paling mudah diperhatikan khususnya adalah kesukaran pergerakan, tengkuk melentuk, kelesuan, bulu pudar, kesukaran bernafas dan diikuti najis yang berwarna kuning kehijauan. Di samping itu, mangsa akan mengalami kerosakan organ dalaman seperti pendarahan dalam proventikulus dan usus kecil serta kesesakan darah dan cecair pada system pernafasan.separuh simptom2 ni mmg ada pada kucing aku tu..paling ketara kesukaran dia nk bernafas & kelesuan...so pada sesiapa yg ada kucing beware of this hawar ok..sayangi kucing anda..family aku terlambat tau penyakit ni..dah terukbru tau sbb mulanya ingat just demam biasa but we're wrong..now its gone...so sad..

#kiSah tak BeraPa sEdih 3

pompuan yg rasa dirinya bukan perampas dan sukahati mak bapak dia kata org lain perampas dan sukahati nak kuarkan statement "jgn ganggu dia" mmg tak guna..tolong la sedar yg anda sebenarnya seorang tak tau malu..perampas..ganggu hubungan org lain..hal ni pernah dialami diri aku dan org disekeliling aku..kdg aku tk paham napa perampas ni confident yg dia tak rampas org punya..tapi tuduh org yg rampas dia punya..pelik betul la manusia2 mcm ni..byk lagi laki lain tpi masih nk jugak kacau org punya..hampeh tul spesies2 mcm ni..




8 meletops dah komen! :

cik purple said...

sedih sgt kan bile kucing mati...akma tak suke..sedih..
perampas??akma tak tau samada akma penah dirampas kekasih dr akma..sb akma tak salah kan si pompuan bile berlaku kes curang nih..kalo da bf kite yg tak setia dan lari kat pmpuan lain..so mmg jantan tu suck tahap gaban..

pu3aan said...

aku juga benci pompuan perampas..!!

Minah Kiwi said...

perampas tue macam la benda lain nk buat kan.. asyik merampas jer. tunggu la .. one day dia punya pun kena rampas giteww.... betul tak uollss. wah semua entry uollss i baca taww... siap comment gitew

nanti jangan lupa visit blog minah kiwi awal july nie.. minah kiwi nk aktifkan blog minah kiwi tue balik.. zaasss

yusof.p said...

Terima kasih sgt2 sbb share

yusof.p said...

Terima kasih sgt2 sbb share

yusof.p said...

Terima kasih sgt2 sbb share

yusof.p said...
This comment has been removed by the author.
Zul Azizi said...

Assalamualaikum...

Terima kasih atas info penyakit hawar ni. Setakat ini kami belum ada pengalaman lagi dengan penyakit sebegini pada kucing-kucing kami, kalau boleh minta jauh dr sebarang penyakit yang menyebabkan kematian. Sebenarnya untuk mengelakkan dari penyakit berbahaya, seeloknya dipertekankan dengan kebersihan ruang sangkar @ bilik, tempat najis di bersihkan setiap 2 atau 3 kali sehari, penjagaan makan & minum dari makanan & air yang berkualiti, tahap kesihatan yang maksimum. In Shaa Allah dengan penekanan yang disebutkan tadi tu mungkin dapat mengelakkan kucing anda terkena dari penyakit berbahaya seperti penyakit hawar ni...Anyway terima kasih atas entri ni. Kami dah follow...Jangan lupa follow blog kami nanti yer...TQ

Post a Comment

okies!!tulis je apa nak ditulis kat bawah nie!!

Be My Followers

Chat With Me

 
;