Monday, May 10, 2010

~CoUpLe TerSanGat RoMantiS~


Pada suatu hari, sepasang suami isteri yang sudah lanjut usianya mengunjungi pejabat lama mereka bagi mengingati kembali nostalgia semasa mereka berkerja dahulu. Kesempatan ini digunakan oleh mereka untuk menikmati sup ekor yang terkenal di kafeteria masa itu. Kebetulan pada masa makan itu ramai pegawai yang turut serta makan melihat pasangan tersebut dan melihat kemesraan mereka.

Si suami dan isteri berbaris memesan sup ekor mereka tetapi mereka hanya memesan satu mangkuk sup ekor, sepinggan nasi dan dua gelas teh ais serta satu pinggan dan mangkuk kosong. Semua orang memerhatikan gelagat pasangan suami isteri dengan rasa hairan. Mengapa mereka hanya membeli satu pesanan sup dan nasi sahaja? Malah beberapa orang pekerja sedih melihat kedaifan kedua orang tua itu kerana hanya mampu membeli makan untuk seorang sahaja. Si suami mula membahagikan nasi dan sup ekor itu kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk dirinya dan satu lagi diserahkan kepada isterinya. Kemudian mereka pun makan dan si suami terus makan dan si isteri tersenyum melihat si suami makan tanpa makan walaupun sedikit.

Seorang pekerja tiba-tiba berdiri dan berjalan menuju kemeja mereka..Dengan rasa sedih, pekerja itu mempelawa mahu membelanja pasangan berkenaan semangkuk sup ekor lagi. Dia terharu melihat pasangan suami isteri yang difikirkannya hanya mampu membeli satu hidangan sahaja. Namun pelawaan itu di tolak dengan lembut oleh pasangan tersebut dengan mengunakan bahasa isyarat, sambil keduanya tersenyum mesra.

Si suami kembali menyambung menikmati makanannya sementara isterinya memandang sambil tersenyum sehinggalah sup ekornya sendiri menjadi sejuk. Selepas beberapa lama, pekerja tadi datang semula kemeja pasangan berkenaan kerana gelisah melihat gelagat mereka berdua. Si isteri masih tidak makan hanya menunggu suaminya menghabiskan makanan. Betapa besarnya cinta isteri kepada suami sehingga rela berkorban menunggu suaminya selesai makan.

Pekerja tadi sudah tidak dapat menahan rasa hairannya lalu bertanya,
"Makcik, saya lihat dari tadi makcik tidak makan tetapi hanya menunggu dan melihat pakcik makan. Boleh saya tahu, mengapa makcik tidak makan dan apa yang makcik tunggu?” Dengan tersenyum, si isteri menjawab, "Makcik tunggu GIGI PALSU, yang sedang dipakai oleh pakcik tu.."


46 meletops dah komen! :

jane said...

kahkahkah senget

Huda said...

betol2 romantik
bukan stakat share makanan, share gigi lagi
heheh

sI tEDI said...

ha ha ha ha ha

x ske berkongsi!!

ASaDa RyutaRo said...

kahkahkah!!

giler la.. kongsi gigi palsu lak tu.. romantik habes!! kahkahkah

meo188 said...

mcm sweet je... sehati sejiwa

Mr Rulez said...

tp kn mn leyh share ggi palsu..ciksarah tipu..hek3

sara Oh sara..mn jnji nk men congkak..huhu

chokio_nia said...

hahaha..comel..=)

°° ♥ p a A n i ♥ °° said...

mak ai!! hahahaha baek sgt bg kongsi2. :D

zella y said...

hehehhehe...

gigi plasu pn nak kongsi ke??

geli owh! tp romantic gak hehehehhe

Maimunah said...

hai sarah.sihat ker?romantis nya makcik pakcik ni sampai gigi palsu pun share..

Anonymous said...

its so funny.i still can't stop laughing when i read this entry.

~AkukahMilikmu~ said...

Jane ~ sekali sekala senget ok per..

~AkukahMilikmu~ said...

Huda ~ tu maknanya sehati sejiwa..

~AkukahMilikmu~ said...

Tedi ~ maknanya Tedi tk romantik.

~AkukahMilikmu~ said...

Asada Ryutaro ~ mmg romantik kan.

~AkukahMilikmu~ said...

Meo 188 ~ sweet la jugak

~AkukahMilikmu~ said...

Mr.Rulez ~ tk tipu la..klu sama saiz baik share jer gigi tu..main congkak tu nanti2 k..kita cari view paling sesuai untuk kita main congkak k.

~AkukahMilikmu~ said...

Chokio ~ comel mcm Ain gak

~AkukahMilikmu~ said...

Panni ~ kasih syg antara 1 sama lain..ni baru cinta sejati.

~AkukahMilikmu~ said...

Zella ~ maybe save budget wat gigi palsu..share jer..cinta sampai mati ni.

~AkukahMilikmu~ said...

Maimunah ~ hi kak..sarah sihat jer..hope akak pun mcm tu.romantis kan.

~AkukahMilikmu~ said...

Anony ~ thanks 4 laughing..

Bro Framestone said...

he...23x

bro ade wat contest dulu untuk sweet couple.. saje je nk share link

http://www.broframestone.com/2010/04/tolong-undi-sweet-couple-vs-broframestone-khaizarien/

BroFramestone Blog

~AkukahMilikmu~ said...

BroFrameStone ~ orait bro, nanti sara jenguk k.

Anonymous said...

funny.like gag movie.

~AkukahMilikmu~ said...

Anony ~ gag movie?

rizwan's sweetheart said...

hahhhaha... tak leh handle!!! ni baru bebetol romantik... gg palsu pon share... harap2 bila dah tua nanti I pon leh jadik cam dorang ni... huhu... lalallala

- zuriey - said...

kui3 lawak2

~AkukahMilikmu~ said...

Rizwan ~ nak jadi mcm ni?Amin!!!arap termakbul

~AkukahMilikmu~ said...

Zuriey ~ klu mcm tu , gelak byk2 k.

FarhanaDr said...

Ksimpulannya??? Jagalah gigi anda di usia muda.. Ekekeke.. ;p

Hasrol Nizam said...

romantik sampai sehidup semati, eh silap.. seseup segigi..hehe

Rowena Chasez said...

huhuuu..
kongsi gigi palsu..
olololooo..
sweet..(:

rizputra7 said...

hahaha lawak ler dr sara

~AkukahMilikmu~ said...

Farhana ~ betulx3..

~AkukahMilikmu~ said...

Hasrol Nizam ~ haha..ayat baru.sesuap segigi.

~AkukahMilikmu~ said...

Rowena ~ mmg sweet pun..

~AkukahMilikmu~ said...

RizPutra ~ klu lawak gelak puas2 k.

Maimunah said...

baguslah sihat.sekarang dh musim hujan pulak.

Cik Dara said...

hye sara.lama cik dara tk dtg jenguk blog sara..bz ar.kongsi gigi palsu?wow romantis.cik dara tua nanti nak wat macam ni jugak la.

~AkukahMilikmu~ said...

Maimunah ~ aah la kak..kat kedah ni ptg jer ujan.

~AkukahMilikmu~ said...

Cik Dara ~ orait.bila tua nanti cik dara inform balik k pasal sara nak wat entry pasal cik dara kongsi gigi.

Rashid said...

haha!!! suspen je saya baca. Ingatkan kesetiaan sebagai seorang isteri. Sanggup menanti ..

zan-xray said...

panggg manja dak Sara ni.. haha lawak tul, wat saspen je baca dari mula.

Berus gigi punt tak sanggup nak kongsi ni kan lagi gigi pelesu..uh!

~AkukahMilikmu~ said...

Rashid ~ tkder maknanya setia.

~AkukahMilikmu~ said...

Zan X-Ray ~ wah abg zan..sanggup nk lempang sara?sara panggg balik..

Post a Comment

okies!!tulis je apa nak ditulis kat bawah nie!!

Be My Followers

Chat With Me

 
;