Monday, February 15, 2010

❤KISAH PAK MAT SAYANG BINI❤

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Aznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia hampir menjangkau 50-an telah diperhatikan oleh jiran-jirannya kerana sikapnya yang agak luar biasa iaitu beliau akan pergi ke kubur isterinya sebanyak 3 kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari 2 minggu secara berterusan.

Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya. Pada suatu hari,seorang pemuda di kampung itu bertanya pada Pak Mat..

"Pak Mat ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu."

Pak Mat menjawab, "sebenarnya sebelum Aznah hendak menghembuskan nafasnya yg terakhir, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu dan sebab tu lah pak cik terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh...hehe.. "

"Cis !!!tak guna betul org tua ni !!dah tua pun masih menggatal lagi.." kata pemuda tersebut sambil berlalu meninggalkan Pak Mat ni dengan impiannya..





18 meletops dah komen! :

akumenjerit said...

iss best lah story nie.. ok lah bak kata pepatah patah tumbuh hilang berganti

hans said...

hahahaha
tak guna punya pakmat

Lady E said...

"Cis!"jgk! :p

Yuki Yusuf said...

aiyak..tolonglah pakmat!!

annie said...

dasar miang!!!!! Salam ukhuwah, jemput dtg blog saya...

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

Aku Menjerit ~ tapi nie mmg tk sabar2 tumbuh kembali..

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

Hans ~ betul tu..tk guna betul Pak Mat nie..

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

Kak Ieda ~ jom Cis sama2..

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

Koyuki ~ tau tkper..Pak Mat sengal..

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

Annie ~ salam ukhwah..orait..

rizputra7 said...

pak mat tempe...jangan salahkan pakmat..

cydane said...

ehehhee...aku la pak mat tu..haha..

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

RizPutra ~ bukan hanya Pak Mat patut disalahkan..

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

Cydane ~ klu mcm tu u tergolong dlm kes tak guna..hehe..

fara said...

Hahahaha.
Igtkan berkabung atas pemergian istri die.
cis sungguh pakmat ni!

:D

zan xray said...

Aznah tersilap tinggal pesan tu.. beruntunglah pak mat haha.
- tak sanggup mendua mentigakan orang tersayang sewaktu hidup huhu.

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

Ms. Independent ~ pakmat mmg camtu..cis dia bersama2 ek..

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

Zan X Ray ~ mmg bagus laki cmnie..yg tak bgusnya dia nie tak sabar sgt..

Post a Comment

okies!!tulis je apa nak ditulis kat bawah nie!!

Be My Followers

Chat With Me

 
;