Thursday, January 28, 2010

❤ISTERI BERLAKU CURANG❤

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun...

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat sayangkan Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"


Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami.

Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."


"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak"
, kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita

"Ya, abang ingat" jawab si suami.

"Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."


"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? "
, kata si Tan Sri.

Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak...

p/s: entry nie sekadar hiburan dan lawak semata..dunia realiti rasanya mmg wujud kot keadaan mcm nie tapi hakikatnya tak mungkin la perempuan @ isteri akan berkorban tahap 250x kali..GILA@NAK MAMPOS klu wat mcm tu..mana mungkin suami maafkan..

p/s: Isteri & suami jangan sesekali berlaku curang...berdosa tau!





39 meletops dah komen! :

✿ Cik Nadyaa ✿ said...

So,means dia pernah curang 250x..HAHAHAHA

Nurul Huda Rahim said...

haha. baru nak berlagak hebat matematik. org ats lg pantas da. hikhik. hebat ah maria.

fya zainal said...

hahhahhahha punya byk curang dia hahha^^

wirajiwa said...

hadoiii aku tak tau nak kesian kan maria kerr nak kesiankan tan sri tur. Hisk3.

Yaa Allah..mintak jauhkanlahh dari benda nih.

wirajiwa said...

lawak2 jugak kan.. tapi cuba kita pandang dari sudut yang seriusnya. Banyak sgt jadi gini nih...

myQza said...

uik!!

berkorban jiwa dan ragalah ni!

black_mel said...

waa....serius bnyk....x leh di maafkan..

Cik Siti Hajar said...

gila btul isteri macam ni...

Unknown said...

hahahaha!!! pe da....curang2...tak baik.......

Anonymous said...

agaggggagaggaga\

kesian..
ahaks

mello said...

hahaha dasyat sngguh pengorbanan isteri ntuk suami.. cam turrr

Lynn Nasir said...

salam..

curang = berkorban?

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

Nadya~ yes rite..tepat skali kiraan anda..tahniah2...

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

Otak Ketat~ u terlambar brapa minit jer nak kira..maknaya Cik Nadya cepat..hehe..Maria mmg hebat dan kuat..

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

Fya~ curang tahap gaban + cipan..

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

Wirajiwa~ tak perlu kesiankan sesapa pun dalam entry nie..lawak semata jer..dari segi serius, curang mmg haram..hehe..skrang nie kes mcm nie mmg byk berlaku..

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

Tedi~konon cinta sejati yg mmg tak sejati pun..

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

BlackMel~ rite..jgn dimaafkan langsung..

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

Butterfly~ mmg gila babeng bini dia nie..punya la nak tolong laki dia..

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

CjHafiz~ curang nih mmg tak baik..tak digalakkan pun..

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

Jane~ agaggggagaggaga..
(kelakarnya ko gelak)..hikhik..

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

Mello~ tu pengorbanan paling bengong pernah wujud..tapi tak wujud kot pengorbanan sampai 250x nie..jgn caya ek..

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

Lynn Nasir~ jgn dipikir sgt..lawak semata..laki dia pun terkejut nie kan pulak kita..

jejaka anggun said...

jejaka anggun curang 251 x, relek jer.

Anonymous said...

tak patut~

tak patut~

zan xray said...

ooo kalau aku pun boleh pengsan dik.
nasib baik la cerita lawak sahaja.

jauh di sudut hati "tak mahu mendengar kisah silam pasangan, takut tak boleh terima". biar lah berlalu dengan kemaafan. Betul ke. harap betul la tu

yuyueyuliana said...

haha. ade kot org kat dunia mcm ni..
xmustahil kn? heee

norliza_osman said...

he.he.. dasat betul bini dia..

Yuki Yusuf said...

erkk
maria maria
tolong lah
haha~

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

Jejaka Anggun~ 251x?huh..memang terer ar..boleh join dgn Maria..

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

Ayu~ mmg tak patut..

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

Zan Xray~ betul tu..klu tau nanti tambah rumit..baik jgn diungkit kisah silam..biar terkubur lebih baikk..

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

Yuyu~ mungkin ada la..skang nie mcm2 hal boleh jadi..

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

Norliza~ dasat n power tu bini dia sampai 250..

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

Koyuki~ Maria..Maria..

IxoR@ said...

hahahahhaa...

terus kena serangan sakit jantung...

ish ish ish... hati-hati.

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

Ixora~ woittt.sis bahaya sampai kena sakit jantung..jgn sis nanti sara ilang sorang akak..

Lady E said...

Berkorban sehingga diri sendiri terkorban..

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

Kak Ieda ~ comel arpic profile kak ieda..kiut tu..isteri yg tk misali..

Post a Comment

okies!!tulis je apa nak ditulis kat bawah nie!!

Be My Followers

Chat With Me

 
;