Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut,
"Pakcik, pukul berapa sekarang?"
Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapapun kan? Dan selalunya kita akan mendapat jawapan.
Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut di dalam hati. Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.
Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, "Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya? "
Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap, tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra."
Si pemuda termanggu mendengar ceramah orang tua itu. Entah kenapa pulak orang tua ni. Perjalanan masih jauh, apa salahnya kan? Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"
Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun sama-sama.Dan saya pasti memperkenalkan mereka kepada kamu."
Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. "Jadi?" tanyanya lagi.
"Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya, dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu mungkin menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu mungkin akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu mungkin akan menjadi menantu saya," katanya lagi.
Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung. Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama?"
Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang, "Masalahnya? Saya tidak mahu mempunyai menantu seperti kamu! Jam tangan pun takder. CIKAI betul!
p/s: moral of da storynya, pakailah jam tangan sebelum menaiki sebarang kenderaan awam walau kemana saja kalau hendak beristeri.

29 meletops dah komen! :
ekekekeke.. panjang lebar pakcik tu punya penerangan!!
hahhahha pck ni sgt teliti^^
so sweet,....hahahahah panjang tul kiasan bakal pak mentua gitu...
hahaha... sengal giler.. =P
lmao~
salam..
palcik tu punyer rasional sangat la tak rasional..hehe!
erkkk
pakcik
(+_+)
sangat tak wajar jawab mcm tu
hahak....
kena bli jam ar pas ni..
cakap la jam kne curik~
wekekekeee
hahahaaa.. kelakar :P
Tedi~ pakcik tu emo terlebih..tu jadi mcm tu..
Fya~ perasan pun ada jugak..konfiden yg mamat nie akan suka kat anak dia..
Asha~ sweet ker?hehe..mampus dpt pak mertua mcm tu..tkder jam pun dia kata cikai..
Jaja~ pakcik ni mmg sengal..bertambah sengal bila mamat nie dgr..
Aizat Lipan~ hehe..
Lynn~ biasa ar tu..orang tua katakan..hehe..mmg tk rasional..
Koyuki~ klu jumpa pakcik mcm nie, Yuki ckp ar kat dia..
Zulhilmi~ tu la tujuannya..make sure gi mana2 ada jam k..klu tak kena reject..
Ayu~ mamat nie sendri dah blur..tanya skit jer panjang lebar dia dpt..
Aisumi~ kelakar tahap cipan kan..hehe..
errkk..aku tak suka pakai jam..kat phone kan ada jam..
RizPutra~ tgn lain..fon lain..hehe
cian kat mamat tu, pakcik ni fobia ke ape...
Juice~ ada la kot yg pernah terjadi kat pcik nie..tkpun kisah silam dia..penah kena reject..
hohoh.. bahayenih kalau dapt bakal pak mentua macm ginih..
ProfNoteTree~ bahaya ker?klu cmtu pakai jam ek..
yo oh ..pak cik tu.. @.@
Elyn~ pernah terjadi hal tu satu ketika kat pcik tu..pasal tu dia poyo jer..
mata RM juga pakcik tu ye...
hehehe...
Post a Comment
okies!!tulis je apa nak ditulis kat bawah nie!!