Tuesday, December 22, 2009

~KISAH SEDIH LANGKAWI - PART 1~

Pagi Jumaat 18 Dis 2009 aku dengan semangatnya bangun bersiap bersiap with Aiza untuk ke Jeti Kuala Perlis..rasa tak sabar pagi tu nk jejakkan kaki di Langkawi..tempat yang hampir 10 thn aku tak jejakkan kaki even aku sendiri tinggal di Utara..berdebar-debar seperti aku nk kawin even aku belum kawin..

Dalam perjalanan aku borak dengan Aiza, ramai ker tak orang kat Jeti nanti..Kul brapa la tiket ada kan..tengok2 bila sampai di Jeti Kuala Perlis, alangkah terkejut kitaorang bila nampak manusia berduyun-duyun ker Jeti..seperti 'Sardin yang disumbat mampat dalam tin'.. aku dah agak time cuti sekolah mmg mcm nie..kebetulan cuti Maal Hijrah tapi tak lah dijangka seperti nih..terlalu sesak sampai tak sempat nak wat apa2..nasib baiklah kawan kami lagi sorang dari Kelantan, Siti Nor dah siap beli tiket..dapatlah kul 10.30 pagi..alhamdullilah..

Kitaorang borak lagi, klu dah mcm nie rasanya ada bilik kosong lagi tak??sebenarnya kitaorang 'GAMBLE' holiday kitaorang kali nie..alkisahnya Siti Nor ni nak sgt ke Langkawi..last minute plan..kitaorang budget maybe bleh dpt bilik..1 day jer..lepas naik bot bertolak la kitaorang ke Pulau Langkawi..sampai jer tempat tuju 1st kitaorang ialah Kete Sewa..so bermulalah perjalanan yang kitaorang Gamble kan nie..dengan harapan dpt bilik..sedihnya sampai pukul 5 petang kitaorang masih tak dapat bilik..fully booked..tkder kosong..kitaorang dah hampa, sedih & mcm2 lagi..habis plan kitaorang nak naik Cable Car kat Gunung Mat Chinchang, Island Hopping, Chocolate Shopping..gara-gara tak dapat bilik..jenuh pusing..akhirnya kitaorang sampai di Cable Car..bukan nak naik tapi just tgk tempat tu..ujan pulak..tgh berehat dalam surau, kitaorang terserempak sorang makcik yang nak semayang..kwn2 aku pemalu..so aku lah yg mulakan langkah borak pas makcik yang baik hati tu selesai semayang..ni dialog 'tak malu' aku..

Aku~ askum makcik..
Makcik~ wsalam..dari mana?
Aku~ dari Sungai Petani..
Makcik~oo..datang dengan sapa?
Aku~ saya mai bertiga..nie kawan2 sy..
Makcik~ saja mai berjalan ka?
Aku~ aah la makcik..makcik dok hotel mana?
Makcik~ makcik ada anak laki keja dekat Lnagkawi.dia keja hotel..makcik mai Langkawi pun sbb jumpa sedara.dok pun umah anak laki makcik..hampa dok hotel mana?
Aku~ kami tak dapat hotel, chalet, motel sume penuh..kami rancang klu tak dapat gak ingat nak tdok dalam keta la..sok pagi balik..
Makcik~la kesiannya..Awat tak booking tiket awai2.?
Aku~ kami mai mcm tu ja..tak rancang apa pun..tak sangka penuh..selalu cuti sekolah tak la penuh mcm nie..mesti ada kosong lagi..
Makcik~ takpa lah pelan2 cari..
Aku~ klu tak jumpa jugak kami nak balik la..bot balik ada masa malam..makcik boleh dak tolong tanya anak makcik, ada lagi tak bilik kosong kat hotel tempat dia keja..
Makcik~ betui jugak, takpa nanti makcik tanya..makcik keluaq dulu..

Aku pun borak sambil berehat kat surau..elokkan balik makeup kitaorang yg sediakala dah cair.lama jugak kami didalam..kitaorang rancang nak balik..so next perjalanan kembali ker Jeti Kuah..beli tiket paling last..klu ada masa lagi kitaorang gi beli coklat..bila kitaorang keluar, tak sangka makcik tu masih ada kat luar dengan anak laki dia..ni dialog 'baik hati' anak makcik tu.

Makcik~ ni la budak2 yang tak dapat bilik tu..
Anak Makcik~ya ka..sume dah check mmg takdak?
Aku~ aah mcm tu la nampaknya..sampai la tak jumpa..
Anak Makcik~ klu mcm tu sy cuba kol tempat yang sy ada kwn tgk kot ada bilik lagi..
Aku~ trima kasih..
Anak Makcik ~ada lagi 2 bilik kosong..bukan hotel tapi motel..ada kipas RM70 & aircond RM 150..
Aku~ ya ka..Alhamdullilah..ada jugak..dekat mana motel tu?
Anak Makcik~ dekat pekan Kuah..nama dia Sri Pulau Motel..nak dak?tau dak nak pi sana mcm mana?naik apa?
Aku~ nak la..kami tak brapa tau sgt..tapi takpa la kami cuba cari lagipun kami mai naik keta..
Anak Makcik~kebetulan kami pun nak balik, jomlah sy tunjuk jalan skali kebetulan motel tu dekat ngan rumah kami..
Aku~ klu mcm tu oklah..jom..

Lega kitaorang dapat jugak bilik walaupun tak lah best mana even bilik air kat luar..masa tu rasa kitaorang kembali ke alam dok asrama..tak kisahla asal ada tempat untuk kitaorang tdo malam nie.kitaorang just amik RM 70..korang nak tgk bilik dia?meh aku tunjukkan..

~pandangan luar Sri Pulau Motel~

~katil untuk bilik RM 70~

~view dalam bilik ~

~keadaan barang kitaorang~

~kipas + siling yg suka berbunyi~

p/s: jgnlah korang cuba GAMBLE kan holiday korang..akan jadi mcm nie la..tunggu Kisah Sedih Langkawi Part 2..




11 meletops dah komen! :

Aidi-Safuan said...

bantal tuh susun camtuh.sume orang tido atas katil kah?huhu

rizputra7 said...

hoh..memang gamble ler..berani tul...

rizputra7 said...
This comment has been removed by the author.
♥akukahmilikmu®♥ said...

Aidi Safuan~ yup..mmg kitaorang susun mcm tu..pasal tdo bertiga atas katil mlm tu..dan lampu kitaorang biar terbuka hingga subuh..

♥akukahmilikmu®♥ said...

RizPutra~ mmg kitaorang gamble but this is da first n last gamble..pas nie kitaorang tkkan pegi tim sesak mcm nie..klu gi jugak kitaorang akan makesure booked bilik..

taqie said...

huhu..
mmg mcm asrama..
kalau nak g holiday..
baek cri yg lebeh selesa..

:]

sI tEDI said...

aduhai.. dah lama x g langkawi.. rasa nak g.. tapi x reti nak merancang!

♥akukahmilikmu®♥ said...

Taqie~ huhu..tau tkper..bila nk 'check out' pagi tu, baru perasan ada 1 bilik tu dia wat mcm dorm..ada byk katil..tapi nak wat cmner?tu la kesilapan kitaorang..

♥akukahmilikmu®♥ said...

Tedi~ yer ker?smalah kita..dh lama tk ke Langkawi..dah pegi lain pulak jadi..last minute planning yg diharapkan menjadi..tkper 1 pengalaman dan pengajaran untuk kita kongsi bersama..jgn sesekali gamble holiday kita tak kira masa cuti skolah or tak cuti..

susah sgt calling2 yer I disini..boleh kita gi sesama..

IxoR@ said...

Fuhhh..lega.

Nasib baik dpt tempat menginap...biarpun kurang selesa tapi itulah adat....dah gamble kan?

Tido tak penting....yg penting percutian...jalan2...

♥akukahmilikmu®♥ said...

Sis Ixora~ tu la..nasib baik sgt masa tu..jumpa makcik yg baik hati nie..pas nie taknak dah gamble2..

Post a Comment

okies!!tulis je apa nak ditulis kat bawah nie!!

Be My Followers

Chat With Me

 
;