Friday, November 6, 2009

INGATLAH!!



~Kebaikan bersedekah di dunia itu ada 5 iaitu suci harta, bersih diri, jauh dari bala, menyenangkan hati dan berkat rezeki..~

~Orang yang suka bersedekah itu akan diberkati Allah, rezekinya dipanjangkan, usianya disihatkan, tubuh badannya dimuliakan dan dipermudahkan segala usahanya..~

~Jangan merasa malu untuk meminta kepada Allah sentiasa kerana kita adalah hamba yang lemah serta banyak kekurangan & kelemahan..~

~Berilah kepada yang meminta & jangan ditanya apa tujuan permintaannya, sesungguhnya orang yang pemurah itu adalah yang hampir dengan syurga dan juga sebaliknya..~

~Yakini kamu dengan hatimu, kerjakanlah ibadat pada waktunya, basahkan lidah dengan zikrullah dan menasihati sesama manusia dengan kebaikan, itulah titik permulaan sebagai insan..~

~Sebahagian dari tanda syukur itu ialah jujur, redha dan ikhlas..tanpa tanda-tanda tersebut, jelaslah ia kufur & kufur itu lebih hina dari kafir..~

~Sesuatu kesalahan & kemungkaran yang dizahirkan kepada kita adalah untuk menceritakan tentang kita yang mempunyai masalah yang sama tetapi berlainan keimanan..~

~Jika hari ini hari terakhir bagi 2009, pernahkah kita menghitung amal kebaikan & keburukan kita?Andai ajal menziarahi kita esok hari, sudahkah kita bersedia..~




12 meletops dah komen! :

Yuki Yusuf said...

setiap hari memikirkan mati

agar tidak leka..

takut juga bila satu hari sudah tiada

kemanakah kita??

*salam kenal*

(^__^)

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

KOyuki..betul kata u..setiap ari kita patut ingat mati agar kita tidak leka..

Salam Kenal Koyuki..

daros kuneng said...

salam kembara..

jangan terlalu mengira pembalasan..

kelak diri kita semakin jauh dariNya..

ngee..

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

Eko..i tak paham la apa u kata..bleh jelaskan lebih lanjut!!!

IxoR@ said...

Insaf seketika...

Tazkirah hari Jumaat ni.... baik buat renungan bersama....

wirajiwa said...

Yaa Allah , ringankanlah tangan2ku kepada mereka yang memerlukannya, disaat aku senang dan diasaat aku susah. Engkau kuatkahlah hati ini yang lemah dalam mengejar kebaikkan.

Lady E said...

Assalamu'alaikum..Sara..Apa khabar?
Maaf ya Sara,Sis lewat singgah Blog
Sara..Syukran ya Sara coz sudi share
info agama & memberi sedikit tazkirah
buat Sis seorang insan yg hina di sisi-Nya
ini utk dijadikan panduan..

daros kuneng said...

salam kembara..

maksodnye yela..

mengharap pembalasan adalah menyerupai mengharapkan upah ataupon rasuah..

sedangkan apa yg dituntot yela keikhlasan..

tu sbb ramai orang yg dilihat membuat kebajikan semasa idopnye tp di yaumil mahsyar nnti hampa..

taa..

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

aah Ixora..baik buat renungan bersama..untuk bekalan akan datang..

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

Wirajiwa..dalam betul kata-kata..insaf seketika Sara mendengarnya..Amin....

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

Waalaikummusalam Kak Ieda..Sara sihat jer..sama la kita..insan yang kerdil yang masih mencari ilmu dan panduan atas muka bumi nie dalam menghadapi hari2 seterusnya..

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

Salam Eko..terima kasih atas keterangan lanjut u..baru la Sara paham..betul apa kata u..buat satu kebajikan tapi dalam hati mengharapkan balasan..kan lebih afdal jika kita ikhlas tanpa mengharapkan apa2..

Post a Comment

okies!!tulis je apa nak ditulis kat bawah nie!!

Be My Followers

Chat With Me

 
;