Tuesday, November 3, 2009

ALKISAH PULAU BOGEL..



KUALA LUMPUR: Gempar apabila sebuah akhbar online di Denmark, semalam memaparkan babak mengaibkan sebuah program realiti terbitan sebuah stesen televisyen negara itu yang menonjolkan aksi peserta Survivor Robinson Ekspeditionen berlumba lari dalam keadaan telanjang bulat.

Lebih memeranjatkan apabila seorang pembaca akhbar ScandAsia.com di Internet yang mempunyai pertalian saudara dengan rakyat Malaysia, mendapati rancangan realiti di TV3 Denmark itu menjalani penggambaran di sebuah pulau di perairan Mersing, Johor.

Difahamkan, semua peserta program realiti televisyen yang sedang disiarkan di negara Scandinavia itu dibawa khas dari Denmark bagi mengharungi pelbagai ujian lasak secara fizikal dan mental.
Bagaimanapun, timbul persoalan sama ada penerbit program itu mempunyai agenda tersembunyi apabila mewajibkan semua peserta berlumba lari dalam keadaan bogel, seolah-olah mahu menunjukkan kepada dunia rakyat Malaysia masih kuno dan tidak berpakaian.

Rancangan realiti itu yang diadakan setiap tahun memilih lokasi berbeza di seluruh dunia bagi menarik perhatian penonton negara berkenaan yang disiarkan melalui saluran televisyen itu.
Namun, difahamkan, ini pertama kali program berkenaan mensyaratkan peserta lelaki dan wanita menanggalkan semua pakaian sebelum berlumba lari sesama mereka.


Ia sekali gus mencetuskan kritikan penonton program itu yang menyelar penerbitnya kerana menjatuhkan air muka peserta, selain cuba mencetuskan kontroversi itu negara yang menjadi lokasi penggambaran.
Babak acara lumba lari bogel berkenaan yang tersebar melalui akhbar online yang mempunyai pautan dengan laman web program realiti televisyen berkenaan, dianggap satu bentuk penghinaan disengajakan yang boleh menjatuhkan maruah peserta.

Berdasarkan maklumat, seramai 16 daripada 22 peserta program berkenaan terpaksa menyertai acara lumba lari dalam keadaan bogel manakala lima peserta lagi masih berseluar dalam.
Mereka kemudian disyaratkan memakan ulat gonggok sebagai ujian ketahanan fizikal, sebelum melalui proses undian bagi menyingkirkan peserta yang dianggap tidak lagi layak menyertai cabaran.

Difahamkan, seorang peserta wanita yang enggan membuka pakaian untuk menyertai lumba lari berkenaan disingkirkan daripada program berkenaan sebelum dihantar pulang ke Denmark serta-merta.
Berdasarkan dua gambar berasingan yang dipaparkan di akhbar online itu, beberapa lelaki dan wanita kelihatan sedang berlari dalam keadaan bogel di kawasan di pantai.

Turut dipaparkan gambar seorang wanita sedang berlari dalam keadaan bogel secara bersendirian.

Seorang rakyat Denmark yang mengirimkan e-mel mengenai babak panas berkenaan kepada Harian Metro, semalam menyifatkan program yang dipaparkan itu bentuk ‘pertandingan pornografi secara lembut’.

Sebaik membaca akhbar online pagi semalam, dia mendakwa terkejut bagaimana program seumpama itu boleh dibenarkan menjalani penggambaran di Malaysia selain menyatakan rasa hairan mengapa ia boleh sewenang-wenang diluluskan pihak berkuasa di negara ini, khususnya di Johor.

Mengikut sejarah, Ekspedisi Robinson dicatatkan berlaku pada 1905 apabila sekumpulan 65 orang tempatan dan seorang lelaki bernama Robinson memulakan perjalanan dari di Kuala Tembeling, Pahang pada pagi 17 Mei dengan menaiki bot menuju Kuala Tahan bagi menakluki puncak Gunung Tahan di Banjaran Titiwangsa.


[ Denmark source-more photo ]
[sumber]



17 meletops dah komen! :

butterfly said...

malukan malaysia:(

IxoR@ said...

huh....apa nak komen nih?

aii malu la...

♥♥♥akukahmilikmu♥♥♥ said...

itulah Butterfly..klu artis dangdut@seksi bukan main haramkan la apa la..batal konsert la..ini siap lari bogel lagi..selamba badak jer..Malaysia kan murah hati..wat la apa pun..buat bodo jer..tkker malu orang Denmark yang bgtau..orang luar pulak tu..

♥♥♥akukahmilikmu♥♥♥ said...

kita yang pompuan lagi malu Ixora kan..nampak murah gila..aiyyooooo....apa nk jadi nie!!!

chokio_nia said...

yeke ne??ceh..malu ah jadi org johor cmne..cisss

♥♥♥akukahmilikmu♥♥♥ said...

Ain..ini cita betul bukan rekaan semata-mata..la Ain orang johor rupanya..orang kedah tgk pun sama malu..

Ieda the Rainbow Princess said...

Astaghfirullah..Mmg nie agenda dorang nk malukan Malaysia agaknya..Mcm2 cara,kn org barat buat nk rosakkan nama baik Malaysia,nk rosakkan akhlak muda-mudi di Malaysia nie..Yg org berkenaan d Malaysia nie pun,knp lah bg dorg nie buat pengambaran mcm nie dkt Malaysia!?X boleh pk yg mana baik yg mana x ke..

♥♥♥akukahmilikmu♥♥♥ said...

sume nak untung la tu Kak Ieda..apa lagi..duit byk tk kira dah baik n tk baik..wat malu jer..ada ker lari mcm tu..dh la rakyat mesia dh byk rosak akhlak..jgn la tambahkan lagi..

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

hai sara,

kina x puas hati la..mcm ne dorang nyer pengambaran tue leh LULUS kan?

tolong la gov. negara kita nih bukak mata besar2.

buat malu je lah!!!

♥♥♥akukahmilikmu♥♥♥ said...

Kinakoyu@Mama..yang tu kena tanya kerajaan negeri Johor la..cmner dorang bleh luluskan..ntah2 ada duit kopi kut..dh byk benda perlukan gov buka mata luas2 tapi dorang yang wat bodo..abih nk wat cmner?

DarK_sHadow™ said...

wow...best nye..nk g melancong kat pulau 2 la...emm ko ada sangkut paut dgn CIK DARA ekk..

♥♥♥akukahmilikmu♥♥♥ said...

gatal btul la u nie Dark Shadow..tkder nya sangkut paut..tapi i follow la blog tu..

DarK_sHadow™ said...

ala gatal ke..follow la blog la blog aku...

DarK_sHadow™ said...

ko msuk blog aku n baca kisah pegembala kambing..

DaHLia said...

mcm mn lak leh lepas ke Mersing?? isk..mestilaa dia mintak permission tok ketua dulu...dan lagi lak..xkan xde org mersing yg tau kesahihan ni?? org Mersing, sila komen!!!!

♥♥♥akukahmilikmu♥♥♥ said...

Dahlia..mcm mana boleh terlepas, paham2 jer la..tnya gomen..suh dorang jawap..

aril said...

kat malaysia ni pun ada pulau yang orang suka bogel sambil berjemur..tapi xjumpa lagi yg sambil berlari mcm ni..:-)

Post a Comment

okies!!tulis je apa nak ditulis kat bawah nie!!

Be My Followers

Chat With Me

 
;