Monday, August 31, 2009

AYAM BBQ..

Menu aku berbuka ari nie adalah ayam bbq..dah 3 kali buat tak menjadi coz salah bahan..last menjadi gak coz guna bahan tradisional..bkn segera..sblm nie aku pakai bahan segera..bau dh mcm ayam kat AYAMAS...bau sedap...rasa pun sedap...klu ader sesapa nak cuba try la resipi nie..

~AYAM BBQ~

  • 2.0kg ayam
  • 1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 batang serai
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan gula/gula kabung/gula merah
  1. Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.
  2. Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.
  3. Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.
  4. Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais.(lagi lama perap lagi sedap!)
  5. Bakar ayam di atas bara api .. Selamat Mencuba!

4 meletops dah komen! :

IxoR@ said...

nasib la tgk ayam tu time dah berbuka pose....

menyelerakan betul la....nak sepinggan!

~akukahmilikmu~ said...

cukup ker sepinggan?sara up jadi 2 pinggan untuk ixora..

F U N F A B U L O S I T Y said...

makk aih..terer gile masak.sedap tuu.lame tak makan mcm ni. ;D

♥akukahmilikmu®♥ said...

Funfabulosity~ nak wat cmner..dah nama pun pompuan..hehe..

Post a Comment

okies!!tulis je apa nak ditulis kat bawah nie!!

Be My Followers

Chat With Me

 
;