Sunday, February 28, 2010 26 meletops dah komen!

❤KOD RAHSIA HONEYMOON❤


Mak Minah
dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi. CT, SERI, MURNI dan SURI. Suatu hari mereka berpakat untuk kawinkan anak-anak mereka serentak. Selepas diijabkabulkan, keempat-empat anaknya bercadang untuk pergi berbulan madu.

CT berbulan madu ke Pulau Langkawi, SERI ke Pulau Tioman, MURNI ke Pulau Kapas dan SURI ke Pulau Pangkor.

Sebelum pergi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan abah, ceritakan macam mana bulan madu korang. Tak payah tulis panjang-panjang, pakai KOD IKLAN aje dah cukup. Ringkas, padat dan cepat”. Panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.

Seminggu kemudian mereka terima surat dari CT yg bertulis “KFC”. Tercari-carilah kedua suami isteri tu iklan KFC, bila jumpa tersenyumlah kedua-duanya bila membaca iklan yang bertulis “HINGGA MENJILAT JARI”. Berbahagialah si CT tu rupanya, kata mereka.

Esoknya terima pula surat SERI yang bertulis “PEPSI”. Maka mereka pun carilah iklan Pepsi dan tersenyum lagi keduanya bila membaca iklan yang bertulis “NIKMATNYA HINGGA KE TITISAN TERAKHIR”. Bahagia juga si SERI rupanya.

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat MURNI yang bertulis “STANDARD CHARTERED”. Maka dicarilah iklan Standard Chartered, sambil tersenyum mereka membaca iklan tu “BESAR, TEGUH DAN PERAMAH!”.
“Bahagianya si MURNI tu bang,” kata Mak Minah pada Pak Mat.

Seminggu berlalu tapi masih tiada surat atau perkabaran dari SURI. 2 minggu, tak ada juga. Pak Mat dan Mak Minah mula risau dan tertanya-tanya. Masuk minggu ke-3, barulah mereka menerima surat dari SURI dengan isi kandungannya yang bertulis “AIR ASIA”. Maka bergegaslah kedua-duanya mencari iklan penerbangan Air Asia tu, sebab dah tak sabar nak tahu apa yang berlaku pada anak bongsu mereka.

Tapi, bila dibaca Mak Minah dan Pak Mat terkulat-kulat tak tau samada nak senyum atau nak nangis.

“Bahagia ke si SURI tu bang?” tanya Mak Minah pd Pak Mat.

“Ntah…” jawap Pak Mat sambil menerung dan membaca berkali-kali iklan Air Asia tu.

“APA MOTTO IKLAN TU” tanya Mak Minah lagi.

Dengan selamba dan kuat Pak Mat menjawap “7 KALI SEMINGGU - 3 JAM SEKALI - NON-STOP!!”..


p/s ~ amik kau 7 kali seminggu/ 3 jam sekali..non stop tu...


Tuesday, February 23, 2010 21 meletops dah komen!

❤SEDIH & TAKZIAH❤


Hari ni aku teramat sedih sbb aku dapat berita yang Abah kepada kawan baik aku, Aiza telah kembali ke Rahmatullah kat Algeria akibat serangan jantung..Aku teramat sedih sbb Pakcik Zakaria juga aku anggap seperti Abah Angkat ku..aku dan Aiza membesar bersama2 dari kami tadika lagi..kami berjiran dari kecik lagi..Pakcik Zakaria juga byk tolong keluarga aku dulu..Aku hargai sume jasa Pakcik Zakaria..Hanya Allah s.w.t jer yang dapat balas segala budi baik dia..Amin..

Maybe esok aku tak dapat berblogging sbb aku nk ke rumah Aiza..aku nk temankan dia nk tgk apa yang aku boleh tolong..Kami jugak perlu tggu ketibaan jenazah Pakcik Zakaria sampai Malaysia yang kami tak pasti bila akan sampai..mungkin lagi 2-3 hari..Aku sendiri speechless bila dapat berita ni..aku cukup kagum tgk kawan aku ni cukup tabah masa dapat tau berita ni..sedaya upaya kawal sedih dia sebab tak nak mak dia @ mak angkat aku ni susah hati...aku sendiri tak dapat bayangkan keadaan aku klu kat tempat dia..

"Untuk Arwah Pakcik Zakaria, Hanya Doa Yang Mampu Sara Beri Untuk Pakcik..Terima Kasih Atas Segala Budi Baik Pakcik Masa Sara Susah Dulu..Hanya Allah s.w.t jer Yang Mampu Balas Budi Baik Pakcik..Semoga Roh Pakcik Tenang dan Aman Di Sana & Sara Doakan Semoga Roh Pakcik Dicucuri Rahmat..AL-FATIHAH.."

p/s ~ kepada kengkawan Blogger ku, sama2 la kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah Pakcik Zakaria..Amin..





Monday, February 22, 2010 28 meletops dah komen!

❤MALAM PERTAMA JAMIL & AYU❤


Alkisah, seorang pemuda bernama Jamil, berasal dari Benut, Pontian. Keluarganya hanyalah keluarga sederhana. Ayahnya bekerja sebagai tukang jahit dikampungnya. Kerana kegigihannya, Jamil berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke UTM walaupun dengan perbelanjaan seadanya.

Semasa semester 3 di kampus, Jamil jatuh hati pada seorang gadis bernama Ayu Sofea, juga pelajar di fakulti yang sama. Ayu adalah putri seorang tokoh korporat ternama di daerah Johor Bahru dan juga keturunan diraja. Walaupun secara ekonomi, mereka jauh berbeza,namun itu tidak menghalang keduanya untuk saling mencintai.

Ayah Ayu yang mengetahui putrinya begitu mencintai pemuda dari keturunan biasa, tak mampu mencegah gelora cinta putrinya. Maka setelah keduanya lulus, pernikahan keduanya pun dilakukan dengan meriah. Pesta besar-besaran diadakan untuk mengiringi pernikahan Jamil & Ayu.. Ayah Jamil yang tak punya banyak harta, hanya dapat memberikan bantuan sumbangan pakaian,langsir, sarung bantal, yang semuanya dibuat dan dijahit sendiri khas untuk pernikahan anaknya..

Bahagiakah Ayu bersanding dengan Jamil ?????


Ternyata kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Tibalah saatnya malam
pengantin. Mereka berduapun masuk ke kamar pengantin dengan bahagia.Namun, ketika Jamil membuka pakaiannya dan hanya memakai seluar dalam,tiba-tiba Ayu berteriak dengan kuat, sebelum pengsan tak sedarkan diri. Jamil masih dalam kebingungan dan tidak tahu kenapa isterinya histeria dan pengsan. Dilihatnya seluar dalam yang dipakai.
Aduh!!! Jamil lupa yang seluar dalam itu dijahit oleh ayahnya, dibuat dari kain bekas bungkus tepung gandum. Di tengah seluar dalam itu masih terpampang
jelas tulisan,”BERAT BERSIH 25 KG” .
Sudah tentu Ayu terus pengsan melihatnya. Ayu tidak dapat membayangkan seberapa besar 'isinya' dengan berat sebegitu.

p/s ~ aku tak pasti sapa yg sengal..Ayah Jamil yang buat underwear guna kain bekas bungkus tepung gandum @ Ayu ex-student & kerabat raja yang terexcited tgk 'BERAT BERSIH 25 KG' nih??




Friday, February 19, 2010 28 meletops dah komen!

❤AKU CIK LIPAS & NEGRO❤

Aku ada nama gelaran..dulu masa aku budak2 orang kampung abah aku, Perlis suka panggil aku Negro..aku bukan Negro..cuma masa tu kulit aku gelap skit..So aku dipanggil Negro..bila balik kampung 'aku disambut mcm aku pelancong asing yang datang melawat kampung abah aku..'..bukan disambut dengan kompang & kalung bunga tapi disambut dengan panggilan Negro..

Sekarang aku dah tak dipanggil Negro..sbb kulit aku tak gelap mcm dulu..aku telah jadi seorang yg sgt manis...sehingga aku dipanggil 'Hitam Manis Cikgu' masa sekolah..sekarang gelaran tu dah tkder sbb aku sudah bertambah cerah tapi masih kekalkan 'manis' tu..
Lepas Spm aku merantau ke Kuantan Pahang..aku study di IKIP..masa tu aku dapat 3 orang abg angkat..(Abg Nuar, Abg Iwan, Abg Alie)..2 dari Kelantan 1 dari Johor..aku dilayan mcm 'Puteri'..abg angkat aku nie jual Burger kat sebelah Apartmen Asrama aku di Beserah..apa aku nak makan sume diorang kasi..tgh malam lapar diorang antar mkn sampai roomate & budak2 bilik lain pun 'jeles' tgk..bila cuti aku dibawa jalan ker Teluk Cempedak( Tc), Tanjung Lumpur (makan ikan bakar) dan lain2 ( aku tak ingat tempat lain)..oleh kerana aku takut lipas aku digelar Cik Lipas oleh abg angkat aku nie..

tapi kami 'terpisah' bila aku kembali ke Kedah..last aku bercakap dengan diorang thn 2004..pastu lost contact..no diorang tak dapat dikesan..nie jugak sebab napa aku tak tukar no hp aku..pasal aku harap 1 day aku akan jumpa diorang balik..aku rindu saat2 tu..maybe diorang dah kawin & ada anak..sekarang aku dah tkder gelaran..tkder sapa nak panggil aku Cik Lipas & Negro & Hitam Manis Cikgu..owhh..rindunya aku..

p/s ~ napa aku wat entry nie???sebenarnya tadi masa sapu sampah aku terjumpa lipas n tetiba jer aku teringat tentang kisah manis aku..korang ada tak nama gelaran???sure ada tapi apa erk????nak tau jugak..




Thursday, February 18, 2010 12 meletops dah komen!

❤AKU HAMPIR JADI INCREDIBLE HULK❤


Hari nie aku hampir nak jadi Incredible Hulk kat kedai yang aku antar laptop ari tu..kebetulan aku pakai baju kaler ijau..kisahnya aku baru perasan yang byk driver aku hilang..aku start tau kata hilang pun masa adik laki aku nak Webcam...tiba2 tak boleh..so aku cari problem dia..rupanya byk gila Owner kedai nie tak install balik driver aku..pastu aku trus gi kedai tadi..aku tanya napa Bluetooth, Webcam, Speaker & driver lain Not Functional...padahal sebelum antar kat dia mmg elok lagi..tetiba dia kata Speaker rosak. Cd Reinstall aku pun rosak...aku tau cd tu tak mungkin rosak..aku masih tak puas ati ngan reason tk logik dia..maybe dia pikir aku tak tau pasal Software/Hardware nie..

Silap aku masa adik aku amik tu aku check apa yang takder..nie dah seminggu baru aku sedar..Bongok tul aku rasa..bila dah lama mula la dia kata dia dah wat elok2 dah..maybe aku ada wat 'something wrong' kat Lappy aku..aku pun bersoal balas tapi tak la sampai bertekak..aku masih control lagi hot aku..aku tanya napa tak kol aku sebelum install Windows 7 la apa la..aku tak suruh pun..patut tanya Owner Lappy a.k.a Aku dulu..
pastu dia kata antar balik Lappy kat dia..dia nak repair lagi..aku kata takper..dalam ati aku kata dari pada antar nanti dia pow lagi duit aku..aku tak mau nanti lagi tambah masalah..bila balik umah aku mula la bukak lappy aku yg baik nie..apalagi aku fix sendiri driver2 nie sume..nasib ada internet..akhirnya kat 2 jam aku berjaya fix balik driver aku yang 'sengaja' dihilangkan nie.

p/s ~ lappy nie baik sgt ngan aku...kat 2 tahun dia hidup dengan aku..tapi masih nampak baru..tkder calar langsung..tak nampak pun mcm lappy yang dah lama pakai..org lain aku tgk lappy berhabuk, bercalar & siap ada kesan tergores lagi..mana taknya tiap ari aku lap, buang habuk apa sume...walaupun dia bukan lappy idaman aku, dia aku jaga seolah lappy idaman..




Monday, February 15, 2010 18 meletops dah komen!

❤KISAH PAK MAT SAYANG BINI❤

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Aznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia hampir menjangkau 50-an telah diperhatikan oleh jiran-jirannya kerana sikapnya yang agak luar biasa iaitu beliau akan pergi ke kubur isterinya sebanyak 3 kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari 2 minggu secara berterusan.

Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya. Pada suatu hari,seorang pemuda di kampung itu bertanya pada Pak Mat..

"Pak Mat ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu."

Pak Mat menjawab, "sebenarnya sebelum Aznah hendak menghembuskan nafasnya yg terakhir, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu dan sebab tu lah pak cik terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh...hehe.. "

"Cis !!!tak guna betul org tua ni !!dah tua pun masih menggatal lagi.." kata pemuda tersebut sambil berlalu meninggalkan Pak Mat ni dengan impiannya..





Sunday, February 14, 2010 24 meletops dah komen!

❤REAL LIFE SLEEPING BEAUTY❤

Louisa Ball, 15, menghabiskan sebahagian besar kehidupannya sejak beberapa tahun lalu dengan tidur di atas katilnya. Dia boleh tidur selama dua minggu tanpa terjaga.
Masalah tabiat tidur luar biasa yang dialami Louisa jarang berlaku dan dikenali sebagai Sindrom Kleine-Levin atau penyakit ‘Sleeping Beauty’ yang akan menyebabkan dia tertidur untuk tempoh lama kadangkala hingga beberapa minggu.

Berikutan penyakit itu, Louisa sering tidak ke sekolah, tidak dapat menyertai kelas tarian dan tidak dapat bercuti bersama keluarga kerana dia tidur nyenyak sepanjang tempoh itu.
Penyakit Louisa mula dikesan pada Oktober 2008 selepas dia sembuh daripada selesema.
Ibunya, Lottie, 45, berkata: “Dia diberi ubat selesema untuk seminggu tetapi tidak pernah sembuh sepenuhnya. Selepas itu kami dapati dia mula tidur lena untuk jangka waktu yang luar biasa lamanya,” katanya. - Agensi

~Miss Louisa Ball~
Berita Harian

Dasyat gila Louisa nie..lama gila dia boleh tido..sapa la Prince Charming yang akan dtg kejutkan dia..Aku sendiri pun klu tido lama boleh pening pastu aku mesti pikir apa la yang aku dah miss masa aku tido tu..nie kan pulak tido lama gila mcm dia..konpem bangun aku jadi gila..pasal aku dah miss byk hal..

Apapun aku 'salute' ar kat dia.boleh tido lama gila gara2 ubat selsema..

p/s ~ Hepi Chinese New Year..Kebetulan hari ni jugak Valentine's Day..Aku tak nak wish Hepi Valentine's Day pasal aku sendiri tak suka org wish kat aku Hepi Valentine's Day..Malam nie sure ramai kena 'tangkap basah' beb..Aku ingat malam nie nak join JAIS, JAWI, JAIK, JAIJ, JAIP, JAIT (ader ker JAIT??) wat operasi..hikhik...so pls PAKAI UNDERWEAR MALAM NIE..


Friday, February 12, 2010 42 meletops dah komen!

❤CEPAT TANGGALKAN KAIN❤

Zack dan Mira sepupu. Tiap-tiap kali kat kampung diorg akan kongsi satu bilik. Masa tu malam raya.
Zack: Mira!

Mira: Nape Zack?

Zack: Ikut aku kat bilik tidur jap!

Mira: Jangan tarik!

Dalam bilik......

Zack: Kau tahu tak aku ni seorg lelaki yg pantang kalau tak dapat apa yg aku nak selama ni.......

Mira: Huh? Zack: Dah tak tahan dah Mira! Cepat tanggalkan kain kau tu sekarang jugak!

Mira: Ape ni Zack??!!

Zack: Setelah sekian lama aku berkongsi bilik ngan kau Mira........ aku betul-betul dah tak tahan dah ni Mira! tanggalkan cepat!

Mira: Zack na...na..nanti dulu.....Zack. ...

Zack: No excuse! tanggalkan skang! kau nak aku guna kekerasan??? !

Mira: Ja..ja..jangan buat perangai camni Zack....Mira takut....... esokkan dah raya..... baru habis sebulan berpuasa....

Zack: Pasal esok nak raya lah aku suruh kau tanggalkan kain langsir kau ni!! Tiap2 tahun mesti guna kain langsir kau utk bilik ni! Aku tak kira tahun ni kain langsir aku pulak!

Mira: ce.....la... ..ka...

p/s ~ for Mira, jgn cepat salah sangka & for Zack, jgn suka wat org salah sangka..hehe..




8 meletops dah komen!

❤I'M COMING BACK❤

Holla..aku sudah kembali seperti sediakala..

Alkisahnya laptop aku nie bukan la rosak teruk mana pun..Removable n Dvd Drive tak boleh pakai..bila cucuk PenDrive dia kata "This Drive Need To Format"..aku pun tak tau apsal jadi mcm tu..aku dah fix sume ttp tk jadi..so aku decide antar kat CC yang aku salu lepak dulu sblm aku ada internet sendiri..kebetulan aku ada hal masa tu so aku minta adik laki aku antarkan..so aku tulis atas kertas apa masalah laptop aku nie..siap no fon apa sume..aku mmg kenal owner kedai nie..aku dah inform kat adik aku bgtau dia yg lain sume ok tkder masalah cuma 2 hal nie jer..backup pun dah..cd nak reinstall balik pun sume dah ada..

Tadi pas semayang Jumaat adik aku gi kedai tu balik pasal aku pesan suruh amikkan..dah siap kot..nak harap owner tu kol tak tau maybe thn depan baru kol..aku budget tak mahal la pasal sume dah aku prepare..balik jer adik aku inform kena RM40..aku tanya apsal sampai RM40 dia kata dia format & install sekali Windows 7 Ultimate..dia kata cd reinstall Vista aku rosak..ROSAK???setahu aku cd tu langsung tak guna..tak bukak pun lagi kat 1 thn..mcm mana boleh rosak..pas tu pulak dia kata Built In Speaker aku pun rosak..aku kata kat adik aku, mana mungkin rosak pasal sblm antar aku dgr ok jer..klu aku gi amik sah2 aku soal A-Z pasal aku nak dgr reason dia.perangai aku mmg mcm nie..klu aku kata benda lain rosak tetiba dia wat benda lain, aku org pertama soal A-Z...nak marah pun tk guna dah..pasal dia dah wat..pasal Speaker aku tak kisah sbb aku salu guna Headphone jer..

Aku tak kisah samada pakai Vista sbb setakat nie ok jer aku pakai Vista..so bila dia install Windows 7 pun aku ok jer..so aku kena biasakan diri pulak ngan Windows 7 ni..




Wednesday, February 10, 2010 18 meletops dah komen!

❤************❤

TIRED..STUCK..LAPTOP WAT HAL..DAH FIX TAPI TAK MAU OK GAK..SO AKU AKAN STUCK MAYBE SAMPAI ESOK..MAU ANTAR KAT KEDAI FAVORITE AKU.SUH DIA TGK..NAK HARAP AKU TGK MAKNANYA AKU TAKKAN TGK LA JAWAPNYA.AKU TAK LARAT PIKIR NAK TROUBLESHOOT...

p/s: jgn lupa untuk rindukan aku malam nie..InsyaAllah aku akan kembali esok..tugas aku blogwalking & klik2 nuff terbantut la..sori guys...i gonna miss u..



Tuesday, February 9, 2010 12 meletops dah komen!

❤SS501 ASIA PERSONA TOUR❤

Kepada peminat Idol Group SS501 nie sure tau kan pasal Asia Persona Tour Concert diorang..Diorang akan wat konsert kat Asia termasuk la Malaysia..13 FEBRUARI 2010 means lagi 4 ari diorang akan wat konsert Persona nie kat Bangkok, Thailand...sepatutnya konsert kat Thailand nie buat thn lepas lagi tpi ntah napa jadi bulan 2..kat Malaysia patutnya bulan 12/2009..tapi sampai sekarang tkder lagi confirm date bila akan wat konsert nie kat Malaysia..klu wat pun sure akan wat kat Genting Highland..kan sejuk kat situ..tapi ada pulak berita yang SS501 nie batalkan konsert kat Singapore & Malaysia..sebabnya tak tau napa!!!klu tgk Schedule diorang pun Malaysia tkder ar dalam senarai aktiviti konsert terdekat diorang..yang baru pun Bangkok ni jer..pastu diorang akan fly balik ke Seoul..

Tapi klu betul diorang confirm dtg Malaysia, AKU ADALAH ORANG PERTAMA YANG TAK AKAN BELI TIKET...even aku minat diorang nie, tpi diorang masih tak berjaya wat aku beli tiket konsert diorang..haha..Artis lain wat konsert pun aku tk minat tgk ni kan pulak artis luar..aku rimas tempat crowded nie..lain la klu aku boleh naik pentas join nyanyi @ aku boleh ikut diorang balik..klu nk tgk pun aku tgk kat Youtube jer..kan aku sekarang ketagih Youtube..boleh dikatakan aku ketagih tgk sume aktiviti SS501 nie..aku dah tgk aktiviti diorang dari 1st kemunculan diaorang sampai la yg paling latest..

Kim Hyun Joong
Heo Young Saeng
Kim Kyu Jong
Kim Hyung Joon
Park Jung Min

SS501 FIGHTING, KAMSA HAMIDA, SARANGHAE!!!!!




Monday, February 8, 2010 20 meletops dah komen!

❤AKU SEORANG PENAGIH❤

Aku Mengaku Aku Seorang Penagih..bukan Penagih Dadah @ sewaktu dengannya tapi Penagih Youtube..aku sekarang ketagih layan Youtube..klu orang lain ketagih Facebook,Friendster, Twitter & sewaktu dengannya, aku pulak ketagih Youtube..
Dulu bila org kata Youtube best, aku wat tak tau jer..aku kata 'Apa la best sgt ngan Youtube nie?'..now terbalik..punca aku boleh ketagih nie, bila aku layan cita We Got Married (WGM) kat Youtube, cita tu dah la kat 50 episod..bila aku on jer laptop mulalah aku buka Youtube..Aku tak pulak ketagih Facebook apa sume..Aku ada hampir semua Social Network..Aku ada Facebook, Tagged, Myspace, Twitter, Friendster, Hi5, Ning..tapi aku jarang bukak..Blogger nie yg terbaru aku paling syg..mcm diari hidup aku..Kesan bila aku ketagih pulak, aku lupa nak blogwalking..sian blog aku..aku wat tak endah jer kat dia..nasib baik la tkder kesan lain yg boleh pengaruhi life aku..

So aku dengan sukarelahati mengaku Aku Ketagih Youtube @ Aku Youtube Tegar..

p/s ~ nampaknya We Got Married aku dah siap loading..so aku layan jap ek..nanti malam aku blogwalking..ddaaadaaaaa..




Saturday, February 6, 2010 39 meletops dah komen!

❤PERTANDINGAN BREAST❤

Malam nie aku mulanya tkder mood nak tgk blog..tak tau napa..tetiba kemalasan untuk berblogger datang..ni sah2 jangkit dari Kak Ieda aku yg comel gebu..aku hanya check email jer mcm biasa..delete-mendelete, kemas-mengemas email supaya cun..tetiba aku terbaca 1 email dari kawan aku yang bila aku baca tak larat aku nak gelak.entah mana la kawan aku dapat entry nie..tajuk dia "PERTANDINGAN BUAH DADA"..ada ker orang sanggup wat pertandingan nie..ayoooooo....layan jer la..

Dalam satu pertandingan memilih siapa mempunyai BUAH DADA paling besar, pengacara mengumumkan nama peserta.

Katanya..."peserta keempat ialah ROSMIATI ynag mempunyai ukuran sebesar BUAH TEMBIKAI.." semua penonton yang terdiri daripada lelaki2 tua menjerit dan bersorak..

"peserta kelima ialah LIYA yang mempunyai ukuran sebesar BUAH NANGKA.." Hadirin bersorak dengan lebih gamat lagi..

"Seterusnya peserta ini bernama MARINI yang mempunyai ukuran sebesar BUAH LIMAU.."belum sempat pengacara habis berkata, seorang lelaki tua yang tidak bergigi bangun lalu berkata.."sebesar BUAH LIMAU..boleh baliklah..."

Pengacara tersebut menyambung kata "itu baru ukuran PUTING nya Pak..."
Sebaik mendengar kata-kata pengacara itu, orang tua itupun terkejut lalu pengsan...

p/s ~ mcm CIPAN jer lawak nie..poyo jer pakcik tua ni.dah la tkder gigi...





Thursday, February 4, 2010 18 meletops dah komen!

❤SOLAT SUBUH SI MAMAT❤

MAMAT ni amat lah tergila-gilakan MINAH anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngorat-punya-ngorat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala.

Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si
Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya. Agak terganggulah jugak kemanisan malam pertamanya tu.
Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, Pak Haji Dollah menggejutkan semua isi rumah untuk Solat Subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan Solat Subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Pak Haji Dollah.Minah. Dia dok asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam.

Maka,
Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang Berwirid.

Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi,

"Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" tanya Pak Haji Dollah..

Si Mamat Jawab "eh.. ia ke tiga rakaat?? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi."

"Masya Allah"...
Mengucap panjang Pak Haji Dollah..Si Minah pulak tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya..Rupanya Si Mamat ni tak pernah sembahyang Subuh..dia tak tau Solat Subuh 2 Rakaat..


8 meletops dah komen!

❤1st TIME DI TAG❤


Holla..Ini kali pertama aku di tag..sebelum nie aku tak pernah di tag blogger lain..tgk2 aku di tag oleh Cik Pany..thanks yer Cik Pany..

1) WHERE IS UR CELLPHONE?
Of coz sebelum tido letak kat sebelah bantal..bgn pagi sedar2 hp dalam sarung bantal..

2) RELATIONSHIP?
Single & Available..

3) YOUR HAIR?
Panjang la jugak..Cun pun yer jugak..(perasan jap)

4) WORK?
Kerja..Kerja..Kerja..

5) YOUR SISTERS?

2 Orang..Masih Bujang Trang Tang Tang..

6) YOUR FAVORITE THING?

Gadgets Aku..

7) YOUR DREAM LAST NIGHT?

Ntah..bangun pagi jer lupa mimpi apa semalam..

8) YOUR FAVORITE DRINK?
Sume Favorite except Air Basuh Kaki..

9) YOUR DREAM CAR?

NazaKia & Peugeot 207cc & Mini Cooper..

10) YOUR SHOES?
Wedges aku..aku kureng dengan Heels..

11) YOUR FEARS?
Aku Takut Bila Tengok Laut Lama2..Rasa Macam Aku Akan Jatuh & Lemas..

12) WHAT DO YOU WANT TO BE IN 10 YEARS?
Aku berkawan baik ngan Bill Gates & Donald Trump..

13) WHO DID YOU HANG OUT WITH LAST WEEKEND?
Tkder..pasal Last Weekend aku tak Hang Out mana2 pun..

14) WHAT ARE YOU NOT GOOD AT?
Repair Kapal Terbang..hehe..

15) ONE OF YOUR WISH LIST ITEMS?

Aku Nak Ke Korea Jenguk My Favorite Young Masters, SS501..lama sgt tak jumpa diorang..tak 'hang out' sesama..(items ker mende nie, lantak jer)

16) WHERE U GREW UP?
Dalam Rahim Mak Aku..Pas Kuar Sambung Balik Membesar Kat Kedah..

17) LAST THING U DID?
Makan Mee Sanggul Sambil Layan Youtube..

19) WHAT AREN'T YOU WEARING?
Kasut..Pasal Dalam Umah..

20) YOUR PET?

Kucing Aku, Toi yang tak sudah2 kacau aku bila tido..

21) YOUR COMPUTER?
Laptop Dell Kaler Pink yang Bukan Idaman Aku..Masa Order Kaler Merah tapi Sampai Kaler Pink..

22) YOUR LIFE?
Payah Nak Describe Wat Masa Nie..Alhamdullilah..

23) MISSING?

Abah & Adik Laki Aku yang tak balik lagi Dari HongKong..Rindu nak Buli Adik Laki aku..

24) WHAT R U THINKING ABOUT RITE NOW?
Bila La The Tooth Fairy aku ni nak abis Download..Dari Semalam Tunggu..

25) YOUR CAR?
Rite Now 'Free Car'..

26) YOUR KITCHEN?
Not My Kitchen Actually..It's My Mom Kitchen..My Kitchen Tak Wujud Lagi..

27) YOUR FAVORITE COLOUR?
Merah Dunhill, Silver, Hitam & Coklat..

28) LAST TIME U LAUGHED?
Masa tgk Audition American Idol tghari tadi..Ada Ke Bengong Laki Pakai Bikini..Sume Judge Lari..

29) LAST TIME U CRIED?
Lagi La Tak Ingat Pasal Airmata Aku Tersangat Murah..Senang Kuar..

30) LOVE?
Love Is Cinta..Cinta Is Love..Hentam Jer..Malas Nak Describe


Monday, February 1, 2010 42 meletops dah komen!

❤BENCI TAHAP CIPAN❤

Holla..aku kembali lagi malam nie..walaupun aku tkder mood sgt tapi demi blogger aku terjah juga..ari ni aku dapat mesej yang aku teramat BENCI TAHAP CIPAN bila baca..ingat aku APA?sesuka hati mak bapak dia nak kata camtu kat aku..sesapa yang ikut blog aku sure tau pasal mamat yang aku pernah cita, JOHARI(mmg nama sebenar)..mamat yang suka ilang mcm CHIPSMORE + CONFIDENT TERLEBIH TAHAP BABUN + PERASAN BAGUS TAHAP BABENG..sebelum nie aku ada buat entry pasal mamat nie..mulanya aku ingat dia nie ada niat tak baik, mana taknya terlalu berahsia ala MISTERI NUSANTARA..nyampah..tkder masa aku nak ikut rentak dia..tiap kali dia kol aku malas nak cakap..dia msg aku tak reply..last dia tanya napa aku tak nak layan dia..aku kata la yang aku malas nak layan orang misteri..rahsia byk sgt pasal diri dia...akhirnya dgn selamba dia kata dia terpaksa berahsia..ni antara dialog nyampah tahap cipan aku kat dia..

si Cipan ~ u, apsal i msg u tak reply?
Aku ~penting ker untuk i reply?
si Cipan ~ sebelum nie ok jer u layan i..napa skang dah lain?u ada org lain ker?
Aku ~ tahun baru sifat pun baru..
si Cipan~ tkper ar klu mcm tu pas nie i tak msg u dah..(trus dia letak fon, budget mrajuk + ingat aku akan pujuk)

Pas tu aku rasa aman jer..tetiba tk sampai 15 minit...
si Cipan ~ u, pls..bagi i terangkan segalanya..

Aku ~ u nak terangkan apa?i letih ar nak dgr u punya keterangan..sume tak boleh pakai..jumpa u taknak..i ada kat kl aritu, u taknak jumpa..skang i dah mls..reason u sume tak logik..susah nk caya..

si Cipan ~ sebenarnya makcik i tak suka i ada makwe..i kena ikut ckp dia..klu tak 1 sen pun i tak dapat apa2..klu u nak kata i ni Gila Duit pun kata la..i trima..i pun nak kaya..

Aku ~ klu mcm tu apa kata u kawin jer ngan makcik angkat u nie..kan senang..wat per u harapkan i??u kan ada kebolehan..dulu pun u keje Project Manager..apsal tetiba bila makcik u tawarkan u job as CEO u trus jadi rambang mata + tamak??

si Cipan ~ bukan senang makcik i tu nak kasi harta dia kat i yg tkder apa2 pertalian dgn dia..pasal tu i ikut jer ckp dia..

Aku ~ ikut u ar..i tak tau nak kata apa dah..

si Cipan ~ i syg u..i suka u pasal u jauh..makcik i takkan tau i bercinta ngan u..dia tkkan boleh kacau..

Aku ~ apa2 la..i malas nak kata apa dah..ikut u la hidup u..

Dalam hati aku dah sumpah seranah dah..JAUH???suka hati hang jer..so aku malas nak msg..aku diam jer + wat bodo bila dia reply msg..ingat pastu dia diam..tgk ada lagi pulak..

si Cipan ~ napa u tak reply msg i??klu mcm tu pas nie i tak kacau u lagi dah..bye..i syg u..

Aku ~ (dalam hati, ah!!aman rasa)..

Aku baru jer nak rasa tenang tetiba masuk pulak lagi msg..msg nie aku paling nyampah sgt2..senang2 jer dia kata mcm tu..terasa mcm GRO pulak..

si Cipan ~ BERAPA RIBU U NAK SUPAYA U LAYAN I MCM BIASA???

??????????WHAT THE HELL??????????

p/s: dia nie betul2 malukan diri dia sebagai LELAKI..sampai mcm tu skali dia nak beli CINTA aku..




Be My Followers

Chat With Me

 
;