Friday, July 9, 2010

~dOa eLaK DirOgOl & DiCaBuL ~

Posted by ~Cik Sara~ at Friday, July 09, 2010
Hari ni sempena hari Jumaat, entry aku pun macam biasa akan lebih kearah keagamaan okey..skang kan makin menjadi2 hal bapak rogol anak, org tu rogol org ni, org tu cabul org ni, naik takut bila baca..apatah lagi klu kena.mau trauma trus..so kali ni aku wat entry tentang doa untuk elak dari dirogol & dicabul..elok diamalkan tiap hari sebelum keluar rumah..


رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم
تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ


~BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM ~

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya"..

Nie pulak doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, bersertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

~ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM~

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim"..
(Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih)

Semoga ia dapat dihafaz dan diamalkan oleh semua wanita kat luar sana, cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh kita, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemakbulan doa ini juga diikat tentang kewajipan untuk beriman dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan menutup aurat kita. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal kita.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga kita. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilan kita sendiri..

p/s ~ so sama2 la kita wahai perempuan renungkan hal ni..yang lelaki sama2 la fikirkan k mana tau klu anda jugak 'risau' akan 'dirogol & dicabul'..


20 comments on "
~dOa eLaK DirOgOl & DiCaBuL ~
"

ieda on July 9, 2010 10:25 PM said...

tkasihhh dikkk for this infooo .. great infoo :))

e_ja on July 9, 2010 11:08 PM said...

salam kenal..tq 4 the info dear..:-)

HonEyBuNNy on July 10, 2010 2:52 AM said...

salam..thanks for sharing...

zella y on July 10, 2010 8:40 AM said...

thanks for sharing...

yg ayat pertama tu mmg zella ada amalkan... yg ayat ke dua ni mmg xtau... thanks ye... boleh la di hafal dan di jadikan amalan harian...

zety on July 10, 2010 10:51 AM said...

bagus doa ni.thanks:)

encikmeor on July 12, 2010 10:02 PM said...

thenks...

risau org rogol meo jg

Aril Lanang on July 13, 2010 10:00 AM said...

nice info 4 sharing...

°° ♥ p a A n i ♥ °° on July 14, 2010 3:56 PM said...

nak copy and save leh cik sara? :D

shaa bonitaa on July 15, 2010 2:45 PM said...

bagusnya =)

~Cik Sara~ on July 16, 2010 12:30 AM said...

Ieda ~ sama2.

~Cik Sara~ on July 16, 2010 12:31 AM said...

Eja ~ salam kenal gak..

~Cik Sara~ on July 16, 2010 12:32 AM said...

Honey Bunny ~ OK..

~Cik Sara~ on July 16, 2010 12:32 AM said...

Zella ~ owh dah amalkan ek?sara baru nk amalkan..

~Cik Sara~ on July 16, 2010 12:33 AM said...

Zety ~ sama2..

~Cik Sara~ on July 16, 2010 12:33 AM said...

Meo ~ aik?dah agak pun.

~Cik Sara~ on July 16, 2010 12:34 AM said...

Aril ~ welcome..

~Cik Sara~ on July 16, 2010 12:34 AM said...

Paani ~ amik la..tk per.

~Cik Sara~ on July 16, 2010 12:34 AM said...

Shaa ~ hihi.

Anonymous said...

nice sharing.

~Cik Sara~ on July 16, 2010 12:35 AM said...

Anony ~ tq.

 

AkukahMilikmu Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting