Saturday, May 22, 2010 32 meletops dah komen!

~JoM KeNali SiaPa WaNita ~

Seorang LELAKI yg bakal menjadi SUAMI patut mengetahui kejadian tubuh WANITA dan SIFAT-SIFAT mereka. Kejadian wanita itu tidak sama dengan kejadian lelaki..
1. Susunan badan wanita hampir sama dengan susunan badan kanak-kanak, menyebabkan wanita itu berperasaan yg keras, mudah terpengaruh oleh peristiwa suka duka, khuatir dan lainnya. Kenangan akan mempengaruhi emosinya agak lama. Emosi yg lebih kuat pada wanita adalah sifat yg sesuai untuk mendidik anak-anak.

2. Kepala wanita dewasa lebih kecil daripada lelaki. ini tanda bahawa akal wanita kurang dari akal lelaki. Pada lelaki itu banyak kecerdikan dan kecerdasan, pada wanita lebih banyak kekusutan dan kekacauan. Perasaan wanita jauh lebih lemah.

3. Kulit daging wanita umumnya halus dan lunak, dagingnya lemah, hujungnya daging lembut, penghujung urat juga lebih lembut. Hubungan urat dengan daging adalah amat lemah serta tipis seratan dagingnya.

4. Tulang wanita terutamanya tulang dada dan punggung adalah berlainan dari lelaki. Kejadian tulang itu agak menyulitkan wanita berjalan, mengakibatkan wanita berjalan dengan cara atau lenggok tertentu..

5. Anggota tubuh wanita mengandungi banyak halia. Di dalam halia terkandung banyak lemak. Maka pada tubuh wanita di dapati banyak mengandungi lemak dan lebih subur..

6. Saluran darah serta urat saraf wanita lebih kecil dan sempit. Ini menyebabkan kumpulan urat saraf wanita lebih mudah dari segi kejadiannya dan lebih subur.

7. Rambut wanita lebih subur dan ini menyebabkan rambut boleh tumbuh dengan panjang dan lebat, sebagai pasangan kepada akalnya yg pendek.

8. Wanita mempunyai sifat yg suka 'menunjuk-nunjuk' akan rupa parasnya dan bentuk badannya. Suka dipuji akan kecantikannya dan suka menghiaskan dirinya untuk mendapat pujian. Maka wanita yg soleh adalah lebih baik di pilih menjadi bakal isteri agar sifat-sifat ini hanya ditonjolkan kepada suaminya sahaja.

9. Wanita akan melakukan apa saja kerana perasaan sayangnya kepada suaminya dan anaknya. Perasaan ini biasannya perlu di nasihati oleh suaminya kerana akan cenderung bagi isteri itu terlalu manjakan anak, atau mengambil berat tentang hal ehwal suami yg membuatkan suami berasa kurang senang. Namun itu di lakukan atas perasaan sayang.

p/s ~ unik kan sebenarnya PEREMPUAN ni..aku BERSYUKUR aku dilahirkan sebagai PEREMPUAN..



Tuesday, May 18, 2010 36 meletops dah komen!

~ReAsOn BaLik aWaL TerMaNtOp~


Seorang BOSS entah macam mana MOOD dia memang baik sungguh pada hari nie..Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia kasi tapi alasannya mestilah MUNASABAH. Haaaa!!apalagi alasannya mestilah pasal SEMBAHYANG ajer! Tau-tau jer dah ader 4 orang pekerja bawahan datang MINTAK balik awal..

Pekerja 1 : A’kum Boss, boleh saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat
rumah, leh tak?
Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, SEMBAHYANG JEMAAH lagi, banyak pahalanya..!


Pekerja 2 : Saya boleh balik awai kut Boss?
Boss : Hang apa pasai?
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya SEMBAHYANG ZOHOR ker tak?
Ntah-ntah dia ponteng?
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!


Pekerja 3: A’kum Boss!
Boss: Ha? pasai apa pulak ni?Nak balik awal gak ka?
Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!
Boss: Alasan apa lak hang nie?
Pekerja 3 : Saya nak balik SEMBAHYANG JENAZAH.. Ada orang kampung saya meninggal pagi tadi, nak Sembahyang Jenazah…!Boleh kot boss yer, pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!!Itu Fardhu Kifayah jer!Orang kampung lain yang
ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!Dah!Pergi buat
kerja..

Pekerja 4: A’kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?
Boss : Pasai Apa?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kata dia dah boleh SEMBAHYANG!
Boss: Ya ka? Ha! Kalu macam tu awak baliklah…Kesian awak dah seminggu
tunggu!!!
Pekerja 4 : Tima Kacih Boss!!!Heee..hee
p/s ~ ada berani tak kasi reason macam ni kat BOSS?try ar..hihi..




Sunday, May 16, 2010 26 meletops dah komen!

~MyFrieNds2u.cOm~

Holla, Just Wanted To Say Hi & I'm Back..Alhamdullilah..lega bila rasa ok kembali..rasa rindu nak update blog..mana mungkin aku tinggal lappy aku lama2..bleh sewel jadinya..aku baru jer register dalam 1 lagi social network terbaru..rasanya baru 2 hari social network ni launching..MYFRIENDS2U

Kononnya MyFriends2U ni 'facebook' versi Malaysia..so rupa pun mmg mcm Facebook..kaler pun biru mcm Facebook..interface pun mmg ala Facebook..ingatkan special skit dari Facebook..aku masih lagi 'explore' MyFriends2u ni..tak pasti dia mesra alam macam Facebook ker tak pasal masih baru so tak leh judge lebih2 sgt..tapi musykil jap napa bila register ada pulak Normal User & Belia4B..apa beza entahlah..

Dalam MyFriends2u ni pun ada jugak pages klu sesapa nak cari job @ iklankan job..nak iklankan jodoh pun bleh jugak.lebih kurang macam Facebook la..so cuba2 lah tengok MyFriends2u ni..aku nak sambung balik explore MyFriends2u sambil makan cucur ikan bilis mak aku wat..rangup..yummy!!yummy!!

UPDATE ~ dlm myfriends2u ni, kita tkkan tahu ada friends request unless kita check sendiri.tak macam social network lain kita di inform klu ada friend request..so rate aku untuk myfriends2u takat ni cuma 2/10..


Friday, May 14, 2010 20 meletops dah komen!

~I HaVe To ReSt, I'LL Be BaCk~


I need rest..Aku taknak pandang lappy aku jap..Aku addicted sgt dah ni..Aku addicted ngan KOREA..Aku addicted dgn lagu-lagu KOREA..Aku addicted ngan talk show & game show KOREA..boleh dikatakan aku addicted apa saja berkaitan KOREA..sume gara-gara YOUTUBE..

Oleh kerana addicted ni, aku tak cukup tidur..aku letih..aku jarang tidur petang tapi kul 2 petang pun aku dah ngantuk..gara-gara KOREA aku tidur 4 pagi..aku tak mau latih diri aku tidur petang pasal nanti malam sure aku jadi KELAWAR..esoknya aku pasti tukar jadi PANDA..

panda pirate Pictures, Images and Photos

Kenapa aku addicted ngan KOREA?aku start addicted ngan KOREA ni masa aku sekolah lagi..masa tu abah aku bawak balik pamplet tourist pasal KOREA..aku tertarik ngan KOREA, then popular pulak cita WINTER SONATA..aku tak miss cita ni.makin bertambah addict aku ngan KOREA..dari situ jugak aku banyak tengok cita KOREA, aku tengok talk show & game show KOREA, aku cuba paham life & culture KOREA, aku layan lagu-lagu KOREA, aku simpan segala maklumat tempat menarik kat KOREA..aku cari mana tempat shopping kat KOREA..aku cuba kenal artis2 KOREA dan aku cuba belajar bahasa KOREA..

Dulu aku mmg tak layan YOUTUBE, tup2 dalam 1 hari aku addicted ngan YOUTUBE..aku bukak YOUTUBE sure aku cari KOREAN ENTERTAINMENT..kan bagus kalau aku tak kenal YOUTUBE, taklah aku addicted mcm ni..sebabkan YOUTUBE jugak aku tak larat tgk blog..klu aku bukak blog pun aku layan dulu YOUTUBE..naya ar aku mcm ni.so aku decide nak rest jap..aku nak tidur..aku nak cover balik letih aku ni..1-2 hari jer aku off duty..next day i'll be back again..InsyaAllah..


p/s ~ target aku sekarang aku nk study bahasa KOREA & himpun budget untuk aku fly ker KOREA..maybe addicted aku akan hilang bila kaki aku sendiri 'jejak' tanah KOREA.


Monday, May 10, 2010 46 meletops dah komen!

~CoUpLe TerSanGat RoMantiS~


Pada suatu hari, sepasang suami isteri yang sudah lanjut usianya mengunjungi pejabat lama mereka bagi mengingati kembali nostalgia semasa mereka berkerja dahulu. Kesempatan ini digunakan oleh mereka untuk menikmati sup ekor yang terkenal di kafeteria masa itu. Kebetulan pada masa makan itu ramai pegawai yang turut serta makan melihat pasangan tersebut dan melihat kemesraan mereka.

Si suami dan isteri berbaris memesan sup ekor mereka tetapi mereka hanya memesan satu mangkuk sup ekor, sepinggan nasi dan dua gelas teh ais serta satu pinggan dan mangkuk kosong. Semua orang memerhatikan gelagat pasangan suami isteri dengan rasa hairan. Mengapa mereka hanya membeli satu pesanan sup dan nasi sahaja? Malah beberapa orang pekerja sedih melihat kedaifan kedua orang tua itu kerana hanya mampu membeli makan untuk seorang sahaja. Si suami mula membahagikan nasi dan sup ekor itu kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk dirinya dan satu lagi diserahkan kepada isterinya. Kemudian mereka pun makan dan si suami terus makan dan si isteri tersenyum melihat si suami makan tanpa makan walaupun sedikit.

Seorang pekerja tiba-tiba berdiri dan berjalan menuju kemeja mereka..Dengan rasa sedih, pekerja itu mempelawa mahu membelanja pasangan berkenaan semangkuk sup ekor lagi. Dia terharu melihat pasangan suami isteri yang difikirkannya hanya mampu membeli satu hidangan sahaja. Namun pelawaan itu di tolak dengan lembut oleh pasangan tersebut dengan mengunakan bahasa isyarat, sambil keduanya tersenyum mesra.

Si suami kembali menyambung menikmati makanannya sementara isterinya memandang sambil tersenyum sehinggalah sup ekornya sendiri menjadi sejuk. Selepas beberapa lama, pekerja tadi datang semula kemeja pasangan berkenaan kerana gelisah melihat gelagat mereka berdua. Si isteri masih tidak makan hanya menunggu suaminya menghabiskan makanan. Betapa besarnya cinta isteri kepada suami sehingga rela berkorban menunggu suaminya selesai makan.

Pekerja tadi sudah tidak dapat menahan rasa hairannya lalu bertanya,
"Makcik, saya lihat dari tadi makcik tidak makan tetapi hanya menunggu dan melihat pakcik makan. Boleh saya tahu, mengapa makcik tidak makan dan apa yang makcik tunggu?” Dengan tersenyum, si isteri menjawab, "Makcik tunggu GIGI PALSU, yang sedang dipakai oleh pakcik tu.."


Wednesday, May 5, 2010 32 meletops dah komen!

~JaNgaN TunGgu LaMa, NanTi RePut ~

Malam ni aku kembali lagi..bukan DOKTOR @ USTAZAH @ TYPEWRITER tapi sebagai seorang PEREMPUAN MELAYU SEPARUH TERAKHIR a.k.a LADY SARA..aku dengan suka hatinya on la facebook aku even aku jarang sgt layan facebook ni..tup2 ada la kawan lama aku spesies dugong ni add aku..kawan lama masa sekolah ni jugak kawan kepada ex-bf aku..aku gelarkan dia MR.A (mmg nama sebenar)..sebenarnya aku dah lama nampak facebook MR.A ni tpi aku wat bodoh jer..mls nak add..oleh kerana dah di add aku pun approve la..tiba2 dia ajak chat, aku pun chat la jugak..
Nama pun kawan lama, apalagi mulalah soal aku A-Z..life aku mcm mana, dah kawin ker belum, dah ada anak ker?dia pulak dah kawin..aku pun terus terang la aku belum kawin, macam mana nak ada anak!!tup2 terus dia kata kat aku 'JANGAN TUNGGU LAMA, NANTI REPUT'..rasa angin jer 1 badan aku..aku bengang sebenarnya dengan ayat mcm ni & aku jugak rimas klu org tanya aku napa tak kawin lagi..aku nak wat macam mana klu jodoh tak sampai lagi..even seru dah ada, calon takder aku nak wat cmner..serabut kepala otak aku, kekadang aku rasa nak lari dari Kedah nie..

Umur mmg jadi masalah klu kat luar bandar mcm Kedah ni..klu kat KL umur 27 tpi still single, it's not a big problem..tpi di Kedah, jadi 1 masalah pulak. org akan mengata lebih2 lagi jiran2 yg ala-ala Mami Jarum..dapat crita mula sebar mcm ASTRO..ada pulak tu mcm CNN, BERNAMA, & AL-JAZEERA..menyampah gila..tolong la doakan..nak jer aku kata kat diorang nie, 'DAH JODOH TAK DER LAGI, AKU NAK WAT MACAM MANA'..mentang2 lah anak diorang sume dah kawin..nasiblah mak abah aku tak tanya soalan mcm ni..klu tanya kompem aku lari gi Puchong,kenapa PUCHONG?pasal abah aku ada beli umah kat sna, so lari ke situ la..
Balik pada kisah MR.A spesies dugong ni, masa dia tanya tu mmg salah time, aku mmg moody masa tu, apalagi mmg kena 'sembur' dengan aku..aku dah tak peduli dia kawan ker apa..aku pun kata la kat dia jadi la matured skit..kita masing2 umur 27..so cakap pun matured la skit..klu dah tak kawin tu maknanya jodoh tkder lagi..paham jer lah..doakan jer aku cepat sampai jodoh..ni tak, SIMPATI pulak kat aku..nak wat apa simpati.takder maknanya aku nak simpati..bukan budak kecik nk simpati2 ni..

Kalau kira kawan2 aku, sumenya dah kawin..yg tak kawin lagi aku n best fren aku..jodoh kami ni malu2 skit nk kuar skang ni, so terpaksa la bersabar..bukannya aku tak cuba cari jodoh aku, aku pun bukan tkder kapel sebelum ni, aku kembali single pun baru 1 tahun, so aku nak relax jap dari bercinta ni..release otak jap..takder maknanya aku nak jual mahal ker apa..jual sedang2 jer..ok la dari tak jual langsung!!

p/s ~ so sampai sni nukilan cinta aku..mlm ni panas, nak wat per pun malas..aku perlu berseksi jap untuk kembali rajin..Gud Nite..'imagine' la seksi mcm mana aku..



Sunday, May 2, 2010 38 meletops dah komen!

~SuRaT ReSiGn TeRSeMpOI~

Aku ada adik laki sorang yg kekadang sengal skit sama macam akak dia sorang ni.adik aku ni konon nk try keje kilang..pas SPM katakan.tup2 panggil aku minta buatkan surat resign keje dia..dah malas keje kilang pulak..merungut sana sini kalah abah aku.aku dengan sengalnya taiplah 1 surat resign special untuk dia yg ditulis dengan rasa suka hati laki mak bapak tiri nenek angkat aku..

O********* HIGHTECH SDN.BHD
P*******,
J***** P******* B****** M*****,
14100 B******M*******,
S****** P***** T******
K******

TUAN,

PER : SURAT BERHENTI KERJA

Saya seperti nama diatas, ingin memohon berhenti kerja. Saya berharap permohonan ini diluluskan. Berikut adalah sebab- musabab saya ingin berhenti kerja:-

1. Makanan di kantin tak sedap tapi mahal macam KFC. Tambahan pula kalau makcik senior yg kira.

2. Waktu rehat tersangat pendek 15 minit je… Nak beratur pun dah 20 minit!!!

3. KERJA BERDIRIIIIIIIIIII… Kasut takde sponge pulak!!!!!

4. Bas kilang tersangat laju… . Tersangat BAHAYA

5. Kalau setakat nak keja kilang, lebih baik tak payah ambil SPM. Indon tak ambil SPM pun boleh keja jugak!!!

6. Pekerja dipaksa O.T. Ingat kita orang ROBOT ke!!! Kalau tak O.T. ugut nak bagi Warning Letter pulakk…

7. Pintu kecemasan dihalang. Bila BOMBA audit baru kalut. KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.

8. Scan in/out sikit nak masuk kena beratok sampai GATE HOUSE nak balik kena beratok BOLEH TAWAF satu kilang..

9. Pintu keluar masuk 2 shj. Pekerja beribu… Masuk LATE marah!!! Balik LATE driver BAS pulak marah!!!! sampai rumah mak bapak pulak yang marah KAMI selalu kena MARAHHHHHH

10. Boss kadang 2 ok, kadang 2 tension sampai tak ingat 2 yang kami ni orang gak

11. BANYAK LAGI NAK HABAQ TAPI KUT TAK SANGUP DENGAQ KOT!!!!

Untuk pengetahuan tuan, saya telah berjaya menabung sebanyak RM 1.5 juta selama saya bekerja sebagai operator. Wang itu telah saya laburkan dalam bentuk dinar emas. Setiap bulan, pendapatan saya adalah sebanyak RM890. Inilah faktor utama saya ingin berhenti kerja. Terima kasih atas segala kerjasama … tunjuk ajar tuan selama ini dengan saya.

**Akhir kata, terimalah sebuah pantun MAUT dari saya**

IKAN KELI, IKAN KEMBUNG, ANGKAT KAKI, LLLAAAMMMBUNG…

Dah siap aku bagi pada adik aku, mengamuk dia bila aku tulis mcm ni..silap2 kena maki balik dengan boss dia..tu la suruh lagi akak dia yg sengal buat..ni la padahnya..tpi yg sebenarnya aku cuma nk mengusik dia jer..lain kali nak suruh taip surat resign, duduklah sebelah aku,ni tak boleh pulak dia keluar ngan kawan makan sate..bukan nk bawak balik skit..padan muka!!

p/s ~ so sempoi ker, terbaek ker, mantop ker @ gorjes surat resign ni??ni contoh surat resign yg aku jumpa masa kelik2 adik google dan aku edit ikut 'kesedapan' otak aku..



Be My Followers

Chat With Me

 
;