Monday, March 29, 2010 15 meletops dah komen!

❤OH! STORM.. WHY ME!!❤

Holla..aku mulakan ari nie dengan kisah Blind Date..Alkisahnya kawan aku ada Blind Date dgn one guy nie..tpi kawan aku ni pulak malu-malu kambing!!aku la yang kena jadi orang tengah..tup2 si guy ni pun malu-malu monyet jugak..last jadi la Blind-Blind Date..(ada ker?hentam jer)..yang bestnya Blind-Blind Date ni kat panggung wayang..tkder tempat lain ker!!!adoiyaiii....dah la tgk cita cina..tup2 kami berempat jer Melayu..nasib la cita nie kelakar..tk la boring..

~Just Another Pandora's Box nie ala-ala bengong skit..dia campur abis filem2 Cina mcm KungFu Hustle, KungFu Panda, Crouching Tiger Hidden Dragon, Red Cliff, A Chinese Oddssey & The Matrix..~

Blind Date ni tk lama..Sebelum jumpa Date nie kawan aku kata..

"Sara, depa naik 2 keta Storm kaler kuning!!"

Aku~ "Hah!alamak, aku malas tul naik Storm!!dah la tinggi..tak pernah aku naik Storm..slama nie aku slalu naik yang Ribut ja!! "

Kawan ~ "Hang nie mental la..nasib la ada hang..satgi aku rasa depa lagi mental.."

Aku ~ "Storm tggi pastu cara naik pulak mcm kena panjat 'gunung'..klu aku terjatuh jgn gelak.."

Kawan ~ "orait aku tk gelak!!dlm hati ja aku gelak"..

Tup-Tup sampai jugak Storm kuning nie..dari jauh jer aku dah nampak Storm ni seolah "senyum sinis a.k.a prejudis" kat aku..(mental jap) aku dah gelabah dah nie mcm aku pulak yg Blind Date padahal temankan jer..masa nak naik aku dah risau..tgk2 mamat yg drive Storm nie kuar dari keta jap, apalagi aku amik peluang naik Storm dengan cara aku yg ala-ala Gangsters..(ces..tk ayu langsung ko naik, Sara)..

Pas abis tgk wayang kitaorang gi makan2..pas gi makan2 kitaorang balik ar..aku lega sebab si Peneman mcm aku ni, kelakar tk hengat!!kena pulak dengan aku yang ala-ala mental, abis lah..tk larat nk gelak..tk sudah2 mengutuk cita Just Another Pandora's Box..pastu masa nak balik, aku pun "bermanis mulut, jiwang2 karat , kasi ayat bunge2" skit sebelum kuar dari kete..
~pic nie tak berkaitan pun..khas untuk cuci mata~

Aku ~ "ok..thanks about wayang n makan2..so, take care..drive elok2 & see u.."

Peneman ~ "orait..take care too, jumpa lagi.."

masa nk kuar dari keta ada 1 kejadian memalukan untuk aku..Arghhh!!!malunya..depan mamat nie pulak tu..!!!Aku terjatuh dari Storm...wuaaaaaaaa!!wwuuuaaaa!!

Kenapa aku boleh TERJATUH?? pasal aku lupa aku naik STORM..aku biasa naik kete rendah..turun jer kaki dah jejak tanah!!last kaki aku 'lunjur' laju baekkk punyeee dari STORM..apalagi dah macam 'nangka' jatuh..nasib la malam..klu cerah kompem aku tak kuar umah 5 tahun..aku tak kuar ngan laki pulak 'up' lagi 5 tahun..amik ko, Sara! padan muka!!tu la jiwang lagi!!

Saat paling sengal aku tgk si Peneman ni gelakkan aku..Hampeh!!bukan nk tolong angkat aku ala-ala Hero Korea..lagi gelakkan aku tk hengat dunia ada ar!!aku pun terpaksa wat muka ala-ala Heroin Korea skit..nk cover punya pasal..dalam ati "nasib la bukan bf aku..klu tak dah lama aku wat mcm kes "Awek Gangster Belasah Boyfren Dia"..kompem aku BlackList Storm!!aku takmau naik Storm lagi dah..Benci!!Benci!!!..

p/s ~ aku rasa mamat tu bila balik umah sure ar dia kutuk aku ngan kawan2 dia..mana taknya jatuh dari Storm..nasib tk record..klu tk aku dah glamour dalam Youtube...Hampeh!!




Saturday, March 27, 2010 24 meletops dah komen!

❤ANAK MAMAK MENANTU MAMI❤

ANAK MAMAK MENANTU MAMI..oopss aku bukan nak komen pasal cita ANAK MAMI tpi aku tertarik pada 1 interview pasal ANAK MAMI..dalam interview tu ada sorang reporter nie tanya kat orang awam, apa pandangan diorang kat ANAK MAMI nie..ramai la yang kata ANAK MAMI nie sweet, baik, pandai masak lauk KANDAR apa sume tpi ada la 1 mamat berlagak cipan konon dia hensem ar kata,

"saya tak suka anak mami sebab dia GELAP dan GILA EMAS"

wah!!wah!!wah!!ini mendatangkan marah nie..banyak Anak Mami skrang tak "pure"..Anak Mami "pure" tak dress up mcm Anak Mami skrang..Anak Mami bandar tak sama mcm Anak Mami luar bandar..jauh beza..Anak Mami bukan semua la Gelap dan bukanlah Gila Emas..lebih baik dia gila Emas dari dia gila "Handbag Gucci, Louis Vuitton @Lamborghini"..tak ke mampus..

Anak Mami bandar mak bapak dah tak kontrol..even nk pakai "Bra" saja gi Mall pun tkder hal punya..orait jer..tpi Anak Mami luar bandar jgn harap boleh wat mcm tu..Aku dah berkecimpung dengan dunia Anak Mami luar bandar ni sampai orang pun panggil aku Anak Mami, mula2 aku pelik, aku terasa mcm aku anak angkat dlm family..lama2 aku pikir maybe sebab aku bercampur dengan keluarga Mami dari kecik so aku terbawak2 "feel" Anak Mami..

Anak Mami ni bukan gila emas tpi emas nie 1st choice Mami..takat Emas Putih jual tkder harga, taknak punya..tpi bukanlah emas yang berkilo-kilo karat dia, even sikit jer kilo, as long dia emas, Mami tkder hal punya..Mami bukan mcm 'Azean Irdawatie @ Kartina Azizi' pakai gelang sampai ke "Bahu"dalam cita ANAK MAMI KEMBALI, MAMI JARUM ker apa..takder ar..sama jer mcm Mak bukan Mami.pakai 1-2 gelang jer..

Paling best bila dengar cara diorang dialect satu sama lain..Mami, Nana, Sama, Pema@Prema, Ata, Mamu, Caca, Chamma..tkder nya nak panggil makcik,pakcik..tgk cita Anak Mami pun tkder nya diorang panggil mcm nie..tu la bestnya bila bercampur ngan Anak Mami..sume 'words' dpt dgr..Ada pulak certain org takut sebab Mami cerewet..hakikatnya Mami tk cerewet pun..dia pun mcm Mak bukan Mami, nak yg terbaik untuk anak dara dia..

So jgn la takut nak kenal Anak Mami ni..diorang nie baik2..cakap pun mana pandai nak maki-maki@carut ker apa..tpi klu diorang marah, tu dia keluaq abih loghat Mami..paham ngan tak paham jer..loghat depa sama ja dengan loghat utara lain cuma sebutan jer nampak unik skit..aku sendiri even 'pure' utara pun masih tak paham certain words utara..Abah Perlis, Mak Perak, Anak Kedah..last sorang slang Perlis, sorang slang Perak.."blur" tengah2 tu Aku la..


p/s ~ sapa suka ANAK MAMI, put ur hands up!!!




Wednesday, March 24, 2010 22 meletops dah komen!

❤ORANG GILA KAMPUNG PINANG❤

Alkisah ada satu kampung ni bernama Kampung Pinang 18 Batang. Kat kampung ni orang hidup aman dan bahagia. Dalam kampung yang aman ni adalah sorang laki ni.. Nama dia Ali. Ali ni orang gila kat kampung ni. So..ramai la yang pandang hina kat dia. Ramai jugak yang suka memainkan dia..

Pada suatu hari..si Ali ni gi la masjid nak Semayang Jumaat…dia ni educated nyer orang gila tau..semayang tak tinggal..Lepas si Ali ni Semayang Jumaat, dia nak balik tup2 dia tengok Selipar Jepun kesayangannya dah takda. Aper lagi, mengamuklah dia…

Tanpa segan silu dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata,

“kepada sesiapa yang mencuri selipar aku, baik ko pulang cepat!!!!!!!…”

Semua orang menjadi takut..ye la..orang gila kan ..Buatnya dia tetak anak bini orang kang..ha..naya.. Diulang sekali lagi…

”kepada sesiapa yang curik selipar kesayangan aku tu..baik ko pulang cepat. Kalau tak aku akan buat seperti mana ayah aku buat!!!”

lalu orang yang curik tu pun pulang la balik.

“lek la bang.. gurau jek”….

Tapi Ali memandangnya dgn muka yang serius..muka macam nak makan orang lalu budak yang curi selipar dia tu pun blah tanpa memandang ke arah Ali.. takut punya pasal… lalu tok imam pun menegur Ali dan bertanya,

“kalau dia tak pulang apa yang akan kamu lakukan..?? apa yang ayah kamu lakukan..??”

Dengan suara dan wajah yang slamber..Ali pun berkata,

“saya balik kaki ayam la tok….”









p/s ~ Ali nie sebenarnya bukan la gila..cuma dia jarang bergaul dan keluarga dia ada yg gila..Penduduk situ pulak suka salah paham even hidup aman dan bahagia..hampeh tul..

p/s ~ aku dah tau apa punca benda alah nie salu kuar..

rupanya GengBlogger sedang mengalami masa2 SULIT skit n dikatakan selalu di ABUSED oleh insan2 yang suka mengABUSED..onwer GB kata skrang nie GB mmg tk dpt digunakan wat sementara waktu..dalam usaha nk kembali seperti sediakala..so, Harap Sabar ek..so sesapa yg ahli GB nie klu nk elakkan Authentication ni kuar, u all boleh padamkan banner GengBlogger wat sementara waktu sbb selagi ada banner GengBlogger ni, selagi tu la akan ada Authentication Required..


Tuesday, March 23, 2010 10 meletops dah komen!

❤THE BLUE SCREEN OF DEATH❤

THE BLUE SCREEN OF DEATH..nak kata seram tklah seram pun..takut lagi la tak..tpi dia nie selalu muncul untuk OS SYSTEMS & WINDOWS samada WINDOWS baru or WINDOWS 7..dulu yang selalu muncul THE BLACK SCREEN OF DEATH..pas KULI PAKCIK BILL GATES kaji balik, tup2 rajin kuar skang ni THE BLUE SCREEN OF DEATH..Hampeh tul...tengah seronok surf internet tup2 dia kuar..geram tul..tak la tiap hari dia jadi..kadang2 jer..mengada betul..

Oleh kerana geram aku cari info pasal THE BLUE SCREEN OF DEATH ni pasal aku nk paham pasal dia..The Blue Screen of Death, atau lebih tepat 'Windows Stop Message' terjadi apabila Windows mengesan sesuatu masalah atau kesalahan yang tidak dapat diselesaikan..Segala maklumat diagnostik akan dipaparkan melalui Blue Screen. Dalam versi yang lebih baru dari sistem operasi, kandungan memori PC dibuang ke sebuah fail untuk kemudian analisis a.k.a MiniDump...

~contoh-contoh BLUE SCREEN OF DEATH@ BLUE SCREEN OF DOOM..untuk LAPPY aku, tak ingat pulak part mana error..hehe~

THE BLUE SCREEN PF DEATH (juga dikenali sebagai stop error, BSOD, bluescreen, atau Blue Screen of Doom) adalah perkataan sehari-hari digunakan untuk paparan ralat dipaparkan oleh beberapa sistem operasi, khususnya Microsoft Windows..They can also be caused by physical faults such as faulty memory, power supplies, overheating of computer components, or hardware running beyond its specification limits.
A BLUE SCREEN OF DEATH can also be caused by a critical boot loader error, where the operating system is unable to access the boot partition due to incorrect storage drivers, a damaged file system or similar problems..


p/s ~ Nasib baik la Lappy aku tak kuar RED SCREEN OF DEATH..dulu masa aku pakai Desktop yang slalu jadi BLACK SCREEN OF DEATH..ish!!!ish!!!apapun APPLE MACBOOK AIR & LINUX wait for Me k..paling aku idamkan..

The Blue Screen Of Death

p/s ~ sesapa yg join GengBlogger, ada tk korang dapat benda mcm nie??

macam mana nk settle kan benda nie..bila masuk password untuk GengBlogger, ttp tk mau jadi..Help Me!!!!!




Saturday, March 20, 2010 25 meletops dah komen!

❤BEAUTIFUL BLOGGER AWARD❤

Tak sangka aku dapat BEAUTIFUL BLOGGER AWARD from ADIK SYA..thanks yer Sya sudi ingat kat Sis Sara yang agak-agak CUN & FANTASTIC ni..

~ Thanks & Link The Person That Gave U Da Award..
~ Pass Da Award Onto 15 Bloggers You've Recently Discovered & Think Are Fantastic..
~ Contact Said Blogs & Let Them Know They've Won Da Award..
~ State 7 Things About Yourself..


THIS IS 15 WANTED BEAUTIFUL BLOGGER..

~ Miss Ieda
~ Miss Ixora
~ Miss Aisumi
~ Miss Hanis
~ Miss Independent
~Miss Zella
~Miss Ain
~ Miss KikiLala
~Miss Paani
~ Miss Moon Bloody Spell
~ Miss Lynn Nasir
~Miss Plain Jane
~Miss Dara
~ Mr. Jejaka Anggun
~Mr. Zan X-Ray

7 THINGS ABOUT ME..
~ Love Gadgets & Internet..
~ Love Everything About Korea..
~ Big Fan of SS501..
~Hate Being 27 Coz i'm Still Single..(just kidding)
~Love Eat..Eat..Eat..
~Love Red, Brown, Black & Silver Colour
~ I'm Happy Coz I'll Become A Cun BusinessWomen Soon..InsyaAllah..


p/s ~ Dun 4get to read my post below..Komen..Komen..Komen..
DIA BENGANG @ BANGANG





Friday, March 19, 2010 26 meletops dah komen!

❤DIA BENGANG @ BANGANG❤

Holla aku kembali dari stress ptg tadi..alkisahnya aku stress sampai malas tgk blog..so aku Jalan-Jalan Cari Pasal sambil 'repair' balik wayar otak aku yg lari..tup2 aku terjumpa 1 lawak bodoh nie yg 'automatically' buatkan wayar otak aku sambung seperti biasa..mmg lawak abis aku rasa..jom baca sama2 lawak nie..

Seorang pemuda bercerita kpd temannya..

'Bengang betul aku!'

'Hah? kenapa Man?'
tanya temannya.

'Semalam aku berkenalan dengan awek cun di cafe, terus kita orang ke rumahnya, dia yg ajak aku, pas tu kitorang sama2 buka baju, Tengah best, tau-tau suami dia datang. Terkejut besor aku, terus aku melompat ke jendela bilik sambil berpaut dibawah jendela dengan jari aku!'

'Wah, sial betul ko'
sahut temannya.

'Ya, tapi itu belum apa-apa' sahut pemuda itu. Kemudian suaminya masuk bilik menegur isterinya, dia cakap 'Wah..kebetulan sayang dah telanjang, sebentar abang kencing dulu'. Pas tu tau tak, si suami hampeh itu kencing terus di jendela, terkena kepala aku'..

'Hah!'
Temannya geleng2kan kepala. 'Patut la ko bengang gila'..

'Ya, tapi bukan itu yang buat aku bengang'.. 'Selepas tu, aku dengar mereka bermesra-mesraan. Jari aku dah lenguh dah ni. Setelah mereka selesai, suaminya membuang kondomnya keluar jendela, tau tak jatuh dimana? kat kepala aku!'

'Wah! Dasyatnya, kalau aku memang aku bengang!'
kata temannya

'Sebentar!!Aku belum selesai, yang buatkan aku lebih bengang lagi, suaminya mau buang air besar tgk2 toilet rosak. Jadi dia mengcangkung di pinggir jendela, terus jatuh diatas kepala aku!'

'Wah..wah, pasti lengkap dah penderitaan ko' sahut temannya.

'Ye... ye... tapi ko tau tak, yang paling buat aku BENGANG... BENGAAANG... BENGAAAAANG gile bila aku tengok ke bawah rupa-rupanya kaki aku jaraknya cuma 10cm dari tanah... ..!!!!

p/s ~ moral of da story pulak len kali jgn wat affair ngan WIFE org..Dajalkan diri sendiri jer..so bagi aku Mamat nie boleh dikategorikan BANGANG...


10 meletops dah komen!

❤OTAK MENTAL JAP❤

BLUR JAP..







HANG JAP..







STRESS JAP..












WAYAR DALAM OTAK SUME LARI..







I'LL BE BACK A.S.A.P..
NK CARI SEGALA-MALA WAYAR YANG LARI NIE..
NTAH MANA SEMBUNYI..




Monday, March 15, 2010 30 meletops dah komen!

❤STYLE LELAKI KENCING❤

Holla..lamanya aku rasa tak update blog padahal baru 4 ari..aku bz dengan kenduri Tahlil dan Akikah sampai tkder masa nk tgk blog..bila dapat on blog aku pulak BLUR..idea sume lari ikut Abang Kassim Ponn..Ponn..tetiba aku tertarik kat 1 entry dalam blog Cik Dara..pasal Style Lelaki Kencing.Kelakar gila bila aku baca..Tak sangka ada macam jenis style kencing..hehe..Yang aku selalu nampak Style Lelaki Normal jer..nk jugak tgk Style Lelaki HipHop..Sure berterabur..

Lelaki Normal : Masuk ke toilet, sekiranya penuh, keluar dan kencing di balik pokok.

Lelaki Rempit : Selalu ikut member member nya ke toilet walaupun dia taknak buang air kecil.

LelakiJuling : Curi2 pandang lelaki di sebelahnya ketika sedang kencing.

Lelaki Pemalu : Jika merasa di lihat di intai oleh orang lain, air kencingnya tidak keluar, tapi pura2 kencing, kemudian keluar dan kembali lagi kemudian untuk kencing sesi kedua.

Lelaki Suka Berangan : Membuka seluar dalam dan lalu kencing di atas seluar sendiri.

Lelaki Effisien : Meskipun terasa nak kencing, tapi ditahan dulu sampai masa untuk buang air besar, baru kemudian melakukan keduanya dalam satu waktu. Sungguh effisien.


Lelaki Pemabuk
: Suka kencing atas kaki sendiri.

Lelaki Palsu : Kencing di toilet wanita!

Lelaki Cover : Pakai seluar yang abis dikencinginya.

Lelaki Serabai : Pakai seluar yang dikencinginya dulu tapi di cium dulu seluar dalamnya kot2 sudah bertukar bau durian.

Lelaki Kreatif : Kalau kencing kakinya diangkat satu…

Lelaki Rambu : Suka kencing jiran tetangga..

Lelaki Funky : Kencing di tempat public.

Lelaki Sial : Selalu kencing kawan kawannya..

Lelaki Kaki Enjoy : Kencing sambil mengeluarkan bunyi bunyi ghairah..

Lelaki Jimat Masa : Cuma buka zip, keluarkan anu dia pastu terus pancutt..

Lelaki Moody : Biasanya pakai pampers..

Lelaki Kurang Ajar : Kencing dan di ikuti dengan kentut.

Lelaki Buta Huruf : Kencing di toilet yang di letakkan sign ROSAK atau Tandas Sedang Di Bersihkan..

Lelaki Hiphop : Kencing sambil kejang2 breakdance..

Lelaki Pembenci : Kencing dah ludah kencing sendiri..

Lelaki Ramah : Suka ajak orang sebelah bersembang sambil kencing, tak kira sapa kat sebelah dia.

Lelaki Percaya Diri : Selepas kencing, anunya dibawa berjalan jalan ke sinki..

Lelaki Pelupa : Selepas kencing, keluar toilet, terburu buru masuk balik sebab ada beberapa titis lagi air kencing yang tertinggal..

Lelaki Dermawan : Kencing tak keluar tapi tetap bayar 20 sen.


p/s ~ paling hampeh bila Lelaki makan petai pastu masuk toilet..boleh kena Heart Attack jika terbau...Tak Mo Den Hidu..




Thursday, March 11, 2010 24 meletops dah komen!

❤I HATE U,LINTAH❤


Sedih gila bila tgk paper kisah budak umur 1o tahun kena gigit lintah sampai meninggal dunia.gara-gara mandi sungai tup2 lintah masuk dalam DUBUR dia pastu gigit bahagian dalaman sampai berlaku pendarahan serius..kesian sgt kat Adik Siti Nazirah Abdul Kadir nie..

Ngilu jer aku rasa bila baca yang LINTAH masuk dalam badan..pastu mak dia check tgk tup2 ada LINTAH yang dah kekenyangan kot dalam UNDERWEAR anak dia..bahaya tul LINTAH nie..Aku dulu pernah kena gigit ngan PACAT..demam kat 1 Minggu..start pada tu aku dah SERAM kat LINTAH & PACAT nie..

Skang nie macam2 dah jadi kat Kanak-Kanak bawah umur..Kena Dera, Kawin Paksa, teruk sangat aku rasa..macam hal kawin bawah umur ni, apa la teruk si Bapak budak nie, ada ke patut dia kawinkan anak dia ngan org yang budak nie patut panggil 'pakcik' dalam kereta..tk kesian ker kat anak dia..masa depan dia jauh lagi..Pelik betul la zaman sekarang nie..ntahlah..aku sendiri dah tak paham hal zaman sekarang nie..sakit pala nak pikir dah..

Pasni aku takkan jejak kaki aku kat mana2 sungai dah..aku dah blacklist sungai dalam aktiviti mandi manda even aku tak suka mandi kat sungai..sebenarnya aku sendiri tak pernah mandi sungai...yang aku berani pun Swimming Pool kat port khas untuk budak2..hehe..kali ni aku taknak letak pic lintah pasal aku geli tgk..

p/s ~apapun takziah kat Keluarga Adik Siti Nazirah Abdul Kadir ni..Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat Oleh Allah S.W.T..Amin..AL-FATIHAH..



Wednesday, March 10, 2010 28 meletops dah komen!

❤OK @ KO❤

Pernah tak korang di NGORAT @ di TACKLE cousin, kawan, @ adik beradik EX-BF/EX-GF korang??apa situasi korang masa tu?

Bayangkan masa bercinta dengan Ex-Bf/Ex-Gf dulu korang kenal Sedara dia even tak kenal sgt pun...tup2 bila dah Break Off, dia cuba nak kenal korang..Kalau dulu tak boleh nk kenal sangat maybe takut Bf/Gf marah@cemburu..Now bila dah break cuba 'Masuk Jarum'..kebetulan pulak Sedara tu masih Single..kalau kol korang tiap ari..borak macam dah lama kenal pastu siap berMMS pic lagi..apa korang rasa?rasanya semua orang pun boleh paham apa maksudnya..lagipun korang totally Single & Available..

Korang pernah terfikir tak apa situasi akan berlaku bila Ex-Bf/Ex-Gf korang tau yang korang dengan Sedara dia ni saling berhubung?apa pulak situasi bila korang terJODOH dengan Sedara dia nie?bila KENDURI, ex-bf/ex-gf korang datang?tengok2 korang dah jadi 1 keluarga..bila RAYA pulak sah2 la kena pergi rumah Ex-Bf/Ex-Gf korang tu..dah nama Sedara..

macam mana korang nak berdepan ngan situasi nie?nak mengelak @ buat seolah korang tak bercinta pun ngan Ex-Bf/Ex-Gf ni?
Cukup kuat ker korang nak berdepan ngan situasi nie?

Kalau aku maybe aku tersepit antara OK @ KO..ok sebab tak salah kalau nak kenal, mana tau tu Jodoh kan..KO pulak pasal nanti aku akan teringat kisah cinta aku ngan Ex-Bf tu dan takut aku akan samakan Orang Baru ni dgn Ex-Bf..Aku rasa aku sendiri tak cukup kuat nak berdepan situasi nie..

p/s ~ apa korang akan wat?apa reason klu korang OK @ KO?




Monday, March 8, 2010 24 meletops dah komen!

❤MACAM HANTU RAYA❤

Aku kembali lagi hari nie dengan mood yang tak berapa baik pasal 'Maggi Aku Sudah Kembang'(aku tiru ayat Afdlin Shauki)..Puncanya aku geram sebab Abg Kassim PonnPonn tak jadi juara..Aku ingat orang Kedah akan menang..tup2 orang Sabah..dapat Naib Juara pun ok gak..pastu pulak aku bengang sebab Bubur ChaCha yang mak aku wat dah masam..dah nak basi..Aku makan 1 sudu pastu aku rasa lain..aku suruh mak aku rasa tgk2 mak aku kata dah tak boleh makan..1 SUDU BUBUR DAH ADA DALAM PERUT AKU?APAKAH AKU AKAN ALAMI KERACUNAN MAKANAN??owh tidak sama sekali..perut ku MANTOP!!..InsyaAllah..

Lepas tu tambah geram lagi bila aku tgk TERJAH..tah kenapa aku gi tgk pasal aku tak tgk pun sebelum nie..MELODI, FUHH, JGN TIDUR LAGI, aku tak layan sgt..cara tak sengaja aku tgk TERJAH nie..aku tertarik kat 1 minah nie yg ala2 Mami Jarum dalam tu, ketawa bagai nak rak..mcm lawak sgt cita dia tu..Kalau ketawa dia best tkper gak nie tak ketawa dah mcm HANTU RAYA mengilai..kalau sesapa tgk cita TERJAH nie sure korang tau sapa minah yang aku maksudkan nie..dalam TERJAH hanya dia yg gelak mcm tu..mak aku sampai terkejut masa dengar dia gelak..Aiigooo...

Aku pun ketawa gak tpi taklah mengilai mcm tu..Kalau malam2 tetiba dia gelak konpem aku pengsan kat situ gak..Terkejut punya pasal...So untuk redakan geram, aku bukak la channel lain..HBO 411 ada cita YES MAN, Jim Carrey berlakon..tgk2 aku ter'miss' cita nie kat 1 jam..Argghhh geramnya..nasib la Astro suke repeat cita dia..ada chance aku tgk lagi cita nie..even terlepas 1 jam at least cita nie dah berjaya kurangkan geram aku..

p/s ~ No..No..No..Yes..Yes..Yes..kan senang kalau aku mudah nak kata No pada hal yang aku taknak dan Yes pada hal yang aku nak..kekadang kita susah nak kata NO kat perkara yang kita taknak..risau ada yg terasa..cita YES MAN ni mmg best..ada pengajaran gak dalam cita nie..kalau sentiasa kata YES untuk sume hal pun tak bagus jugak..maybe kena 50/50 kot..




Saturday, March 6, 2010 36 meletops dah komen!

❤10 TIPS UNDANG CINTA❤

Tip 1 : Apabila anda tidur berseorangan di bilik anda, jangan tidur di tengah-tengah. Ia seolah-olah anda tidak mahu sesiapa tidur dengan anda. Jadi, tidur hanya di sebelah. Sebelah lagi, biarkan kosong. Sediakan bantal seolah-olah anda mempunyai pasangan. Kalau katil single, beli lah double…Haaa…tapi ada pulak tu kan, tidur nala 'kangkang' punya besar, hahaha… camner cinta nak terundang tu beb.. Pelik? Pelik tapi menarik..

Tip 2 : Buang semua barang-barang yang tidak terpakai di dalam bilik anda. Ini kasi Feng shui (angin&air) sikit lah. Kasi masuk tenaga (chi) biar anda bersemangat! Bilik kena bersih dan lapang walaupun kecil. Biar kosong tak pa, Ini berselerak je, penuh je barang, adoi…semangat cinta nak masuk pun, segan, undur balik beb! :)

Tip 3 : Ruang tamu? Haaa…kerusi dan sofa tu, kenalah cari yang ala-ala romantik sikit. Jangan duk pakai kerusi antik, kayu jati ke rotan ke adoi!! Potong stim betul, keras beb. Cari sofa empuk dan berwarna sexy kemudian biar lantai ruang tamu tu berwarna light brown or cream warm… macam tengah bercinta gitukan, bayangkan cinta anda datang visit, lepak tengok dvd…then easy untuk berdepan dengan anda, so mestilah nak cozy, romantik, selesa, seolah-olah anda bersedia untuk bercinta gitu, betul tak?

Tip 4 : Almari anda… please la wei, jangan laaa sarat macam ikan bilis dalam tin! Kalau boleh pakaian yang dah out of date tu sedekah kat anak-anak yatim hehehe. Buatkan almari pakaian anda supaya mempunyai ruang kosong. Sebelah anda letakkan pakaian anda, sebelah lagi letakkan hanger kosong 2-3, seperti pasangan anda bakal meletakkan pakaiannya di situ! Kikiki :oops:

Tip 5 : Apabila makan, sediakan pinggan dan sudu serta gelas kosong. Seolah-olah anda sedang menunggu pasangan anda akan pulang untuk makan bersama-sama. Sekali, korang duk ngan mak bapak pulak, mak korang akan cakap kat bapak korang, “Apahal dengan anak kita tu bang, dah angau agaknya” hahaha..
Tip 6 : Bagi mereka yang memiliki garaj kereta, atau parking space dalam compound rumah tu siapkan tempat kereta itu seolah-olah ada sebuah kereta lain bakal datang dating, eh!…parking. Haaa…bayangkan, gambarkan dalam kotak fikiran anda, bagaikan real. Moga-moga, terundanglah seorang pasangan yang memiliki kereta itu datang parking dan bercinta dengan anda.

Tip 7 : Gambar-gambar di dalam frame in your room tu mesti letak gambar-gambar couple sedang bercinta gitu. Sedang berpimpin tangan kat atas bukit gitu haha..ala-ala hindustan hehe. Frame gambar, mak, abah, sedara mara, binatang, artwork ke…itu semua kena letak LUAR bilik! "Only your future loved one stays and all the love that in the air.."

Tip 8 : Lekatkan poster potret jenis pasangan yang anda idamkan di bilik tidur berdepan mengadap anda tidur. So setiap malam sambil baring, anda boleh khayalkan secara detail kehidupan anda bercinta dengannya. Setiap hari, anda tengok je poster itu, bayangkan, gambarkan di dalam fikiran anda selama 41 hari, sehingga kemana-mana anda pergi pun anda dapat mengingati nya, dapat lihat seolah-olah percintaan anda itu, REAL! Haa…ini memang menjadi ni. Anda akan lihat, sooner or later, wajah pencinta yang hampir-hampir dengan gambar poster itu akan hadir dalam hidup anda. Tapi biar logik lah sikit poster tu..

Tip 9 : Apabila ditanya adakah anda sudah berpunya? JANGAN jawab “I’m single” NO! Hehehe…Instead, sentiasa menjawab, “Saya memberi ruang kepada diri saya untuk berkenalan dengan semua, walaupun saya sedang mempertimbangkan seseorang.” walaupun tak da sapa sebenarnya. Never say you single…nanti single lah you sampai bila-bila nak? Haaa rules of attractions!…apa yang you cakap, fikir, semua akan tertarik kepada you, akan menjadi dalam hidup you! Tapi, jangan pulak cakap…I dah milik orang! Habislah…siapa nak kat you lagi?

Tip 10 : Setiap hari dan setiap masa, tell yourself “I’m loveable, I’m in love!…he/she loves me!” Jangan sesekali pula, fikir yang anda tidak disayangi, tidak dicintai atau tiada sesiapa inginkan anda! It’s a NO! NO! Situations. Yakin dan percaya…and say it out loud!


p/s ~ arini aku dah bertukar jadi Doctor Cinta lagi..harap korang paham ek Loghat Kedah aku..hehe..Jangan Lupa Cuba Tips Nie Ek..Aku Nak Cuba Tip ke-8 ni mana tau kot Jejaka ala2 Johnny Depp datang minang aku..


Friday, March 5, 2010 20 meletops dah komen!

❤JOM INSAF❤

Hidup Ini Adalah Suatu Perjalanan..
Perjalanan Pula Terdapat Berbagai Ujian..
Setiap Ujian Itu Tersirat Hikmahnya..
Setiap Hikmah Menjadi Anak Kunci Keinsanan..

Kenali Malaikat Dengan Menghafal Nama-Nama
Mereka Berserta Tugasnya..

Seringlah Berbisik Dengan Mereka Tetapi Awas!..
Jangan Terpedaya Pula Dengan Bisikan Syaitan..

Hafal lah Kesemua Cerita 25 Para Rasul itu Bersama Sejarahnya..
Disitulah Tersurat Masalah Yang Terkumpul Di Akhir Zaman Ini..
Fikir-Fikirkanlah..

Seorang Wanita Solehah Adalah Lebih Baik
Daripada 70 Orang Lelaki Soleh..

Wanita Yang Jahat Adalah Lebih Keji
Daripada 1000 Lelaki Yang Keji..


Harta Yang Paling Untung SABAR..
Teman Paling Akrab AMAL..
Pengawal Paling Waspada DIAM..
Bahasa Paling Indah SENYUM..

Dalam Banyak Makanan..
Yang Terbaik Adalah Gandum..
Dalam Banyak Air Minuman..
Yang Terbaik Adalah Air ZamZam..

Kanak-Kanak Mampu Mengembirakan Nurani Orang Dewasa..
Dengan Telatah Mereka..

Andai Ada Yang Benci..
Itu Petanda Penyakit Hati Yang Kronik..
(dengki, khianat,ujub)..




Thursday, March 4, 2010 19 meletops dah komen!

❤HOT AKU PANAS❤

Holla..malam nie aku panas..aku HOT..setiap hari aku hot..setiap hari aku PANAS..gara2 global warming yang melanda negara skarang nie..pas mandi pun aku panas..sebelum mandi lagi la panas..bukak air tetiba jadi panas..


Owh..Aku Panas!! Owh..Aku Hot!!

Bila malam menjelma apatah lagi..Aku bertambah panas!!nak tido aku rasa panas even kipas laju tahap CIPAN..tapi tetap hot...akhirnya aku tido dengan SEKSI bukan SEKSA..aku cuba bertahan dengan dugaan ini yang menguji kesabaranku..Akhirnya aku tak tahan lalu aku cari AIRCOND..lega rasa..

Owh..Aircond.. Aku Sejuk!!Aku Segar!!!Aku Selesa!!

p/s ~ pendek jer entry kali nie pasal tekak aku sakit..kurang minum air dan aku pun tak tau apa pulak kaitan tekak aku ngan blog..aku rasa aku dah MENTAL skrang nie..

~~Blow Me A Kiss..Do Let Me Know..If U Feeling Me~~



Be My Followers

Chat With Me

 
;