Saturday, January 30, 2010 28 meletops dah komen!

❤BASKON & ABON❤


Seorang lelaki bernama Baskon yang baru saja menjalani malam pertama bersama isterinya, menceritakan tentang kemuskilannya kepada seorang kawan, Abon.


"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Baskon. "Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."

"Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Abon ingin tahu.

"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan."
"Nah, terus malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, tanpa sengaja aku memberikan wang RM 100 pada isteri aku."

"Hah, gila kau!" Abon terperanjat. "Bagaimana? Isteri kau marah??"
"Itulah masalahnya," Baskon menjawap. "Dia malah memberikan pulangan wang RM 25 kat aku!"




Thursday, January 28, 2010 39 meletops dah komen!

❤ISTERI BERLAKU CURANG❤

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun...

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat sayangkan Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"


Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami.

Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."


"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak"
, kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita

"Ya, abang ingat" jawab si suami.

"Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."


"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? "
, kata si Tan Sri.

Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak...

p/s: entry nie sekadar hiburan dan lawak semata..dunia realiti rasanya mmg wujud kot keadaan mcm nie tapi hakikatnya tak mungkin la perempuan @ isteri akan berkorban tahap 250x kali..GILA@NAK MAMPOS klu wat mcm tu..mana mungkin suami maafkan..

p/s: Isteri & suami jangan sesekali berlaku curang...berdosa tau!





Monday, January 25, 2010 43 meletops dah komen!

❤PAPA & MAMA DI BILIK❤


Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya:

"Nenek, mana Papa dan Mama?"

"Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab.

Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:

"Dimana Papa dan Mama?"

"Mereka masih di dalam bilik" neneknya kembali menjawab.

Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:
"Di mana Papa dan Mama?"

"Masih di dalam bilik" jawab nenek.

Anak itu tertawa geli.

"Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi.

Si anak menjawab,

"Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue..."





Thursday, January 21, 2010 36 meletops dah komen!

❤FREE PUN TAK MAU AR❤

Semalam aku alami 1 situasi yg kalau boleh aku sendiri pun tak mau berada dalam situasi tu..apakan daya masa tu aku STUCK dalam keadaan tu..aku ke kedai smlm naik motor..Masa aku sampai kat kedai yg tak jauh dari umah aku, aku park motor kat depan kedai..senang aku nak nampak..pas abis aku beli apa yg aku nak, aku nampak ada la lori nie milik Mr.Cina yang ada urusan ngan Tauke kedai tu block motor aku..Mr.Cina tu nampak aku dan dia suruh aku tunggu jap..nanti dia ubah lori dia..aku pun tggu la dalam 5 minit mcm tu..sempat jugak la aku makan aiskrim RM1.20 yang aku beli..(aiskrim biasa jer tapi mahal nak mampus)..

~Lelaki Hensem Menggantikan Mr.Cina~

Tgh syok mkn tetiba Mr.Cina tu dtg ke arah lori dia..aku ingat dia trus nak masuk dalam lori tengok-tengok dia gi kat tepi tong sampah sbb nak KENCING...arrggghhhh!!!!!!apa nie..tong sampah tu pulak depan mata aku..rosak ar mata aku mcm nih..AKU TAK MAU TGK AR EVEN FREE...potong stim aku nak makan aiskrim..trus tak jadi..

Dah settle hajat dia, boleh pulak dia senyum kat aku mcm tkder apa-apa pun..Ishhh..pencemaran alam betul ar..sure binatang2 kecik kat situ mati gara-gara terkena kencing dia..apsal tak mau masuk kat TOILET dalam kedai tu..bukan tkder toilet pun..nak jugak TOILET FREE..

Apalagi aku dengan 'HATI YANG TERLUKA'(cewaaahhh)terus berambus dari tempat tu dan balik ke rumah dengan laju tahap IMPAK MAKSIMA + ADNAN SEMPIT pasal kejadian tu..sampai jer umah trus aku mandi n lupakan kejadian nie...
p/s: kepada Mr.Cina, pas nie tolong ar jgn wat cmnie lagi..cari ar port lain yang BAEK PUNYA!!!!klu terdesak sgt pun pandang ar org kiri kanan..takder sapa nak tgk 'wayang free' nie..




Wednesday, January 20, 2010 30 meletops dah komen!

❤KAW-KAW KUTUK❤

Holla...Aku bukan la pengemar Facebook tapi aku ada Facebook yang kadang-kadang aku bukak..main FarmVille @ Farm yang sewaktu dengannya lagi la tak pasal aku tak pandai main pun..kebetulan semalam aku bukak la Facebook aku pasal nak kacau kawan aku..

Sebelum bukak Facebook ni, aku ada terbaca 1 blog nie..bukan blog gossip k..blog personal mcm aku jugak..dia ada komen pasal si artis nie..Memey Suhaiza..cita terbaru dia ngan anak-anak Norman Hakim..siap peluk-peluk lagi mcm dah sah jadi Mak Tiri..lepas tu ada pulak aku terbaca beberapa 'siri' kenyataan terbaru Abby Abadi yg si Memey nie tak sudah2 nak menunjuk kat satu dunia tentang 'kebahagiaan' dia tu..si Memey nie rajin betul dok sms dia..ckp itu ckp ini..siap tanya ada tak barang dia tinggal dlm kete Abby..pastu siap ajak wat surprise besday party untuk Norman Hakim..WTH?????

~pic yang tak berkenaan tapi anggap jer berkenaan~

Masa tgh syok bukak Facebook, aku pun taipla Memey Suhaiza..ada la profile dia n aku pun tgk..wah ramai gila Fans..jari jemari aku pun mula merayap tekan itu tekan ini sampai ker koleksi gambar2..mak ai beb byk gila komen KUTUKAN dan HINAAN kat dia sampai aku sendiri gelak tak henti baca..Hahahaa...yang minat pulak ciput jer komen..penuh pic 'kebahagiaan' bersama Cik Abang( dia yang kata..bukan aku kata)..kalau aku kat tempat dia, aku padam jer Facebook aku..tak sanggup aku baca kata-kata Anti Memey Suhaiza ni..klu nak ada Facebook pun aku takkan letak pic kebahagiaan tu yang aku tak pasti akan jadi bahagia @ tak..

Mungkin dia nak kongsi 'kebahagiaan' dia tu tapi rasanya dia salah percaturan..tgk2 ramai yang tak sanggup kongsi 'kebahagiaan' dia tu..lebih2 lagi pompuan(paham-paham je la)..maybe Cik Abang dia tak kasi byk tunjuk ajar lagi tu pasal Cik Abang pun tgh syok melayan kebahagiaan tu..
Abby kata tak kisah la dia nak tunjuk apa pun tapi pandai2 la jaga hati orang lain sama..Aku sokong kata Abby..aku rasa tak payah la Memey tu nak sms hal yang tak berkenaan dekat Abby..biarlah luka tu elok dulu walaupun tak pasti bila nk elok luka tu..hati pompuan nie mmg parah bila terluka..(paham-paham jer la)..

p/s: sekian Terjah untuk hari ini..Layannnn...........



Monday, January 18, 2010 29 meletops dah komen!

❤HAHA..MACAM BENGONG JER❤

Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut,

"Pakcik, pukul berapa sekarang?"

Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapapun kan? Dan selalunya kita akan mendapat jawapan.

Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut di dalam hati. Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.

Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, "Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya? "

Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap, tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra."

Si pemuda termanggu mendengar ceramah orang tua itu. Entah kenapa pulak orang tua ni. Perjalanan masih jauh, apa salahnya kan? Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"

Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun sama-sama.Dan saya pasti memperkenalkan mereka kepada kamu."

Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. "Jadi?" tanyanya lagi.

"Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya, dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu mungkin menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu mungkin akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu mungkin akan menjadi menantu saya," katanya lagi.
Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung. Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama?"

Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang, "Masalahnya? Saya tidak mahu mempunyai menantu seperti kamu! Jam tangan pun takder. CIKAI betul!

p/s: moral of da storynya, pakailah jam tangan sebelum menaiki sebarang kenderaan awam walau kemana saja kalau hendak beristeri.




Saturday, January 16, 2010 36 meletops dah komen!

❤I'M SCARED❤


Sob..Sobs
..aku ketakutan..aku keseorangan..aku ditinggalkan bersama-sama 2 ekor kucing kesayangan ku..Cedeynya...

(huh!!!dah..dah..dah..tkder maknanya aku nk cedey)

Yang sebenarnya mulai ari nie sampai la ari Khamis nie aku akan keseorangan pasal family aku tkder..diorang ker Terengganu, Kelantan, Pahang & Kl..aku tak boleh pergi pasal aku kena jaga umah n kucing2 aku yg 2 ekor nie..sian pulak nak tinggal diorang..kan tak dapat makan ikan..aku tak sampai hati tinggalkan mereka..syg gila aku kat kucing aku..gila pun tak sayang mcm nie..(apa la aku ckp nie)

Ada tak sesapa nak temankan aku???meh ar!!!

Malam nie boleh layan cita My Wife Is A Gangster 3..syok ar...aku suka cita nie kelakar beb..Jom ar..

p/s: layan..teman ek..jgn lupa baca entry kesayangan ku nih k..

~KAWIN MACAM PAKAI SPENDER~




Friday, January 15, 2010 22 meletops dah komen!

❤KAWIN MACAM PAKAI SPENDER❤

Holla..kali nie aku nak cita pasal kawin mawin pulak @ kursus kawin..sapa yang penah gi kursus kawin sure tau mcm mana kan keadaan dia..2 ari penuh dengan ceramah..sekarang nie orang kawin mcm pakai SPENDER jer..buat grand2 tup2 masuk mahkamah..pastu komen kata kursus kawin nie tak membantu pun dalam rumahtangga..dalam rumahtangga tak 100% bergantung kat kursus kawin..kursus kawin sekadar membantu pasangan dalam hal2 rumahtangga jer..aku penah gi kursus kawin even aku tak kawin lagi..
Maya Karin penah kata 2 ari kursus kawin tak membantu pun..(ikut suka hati dia la..dia yg kawin..)tiap ari bukak paper jer ada kes cerai berai..tuntut itu tuntut ini..last yang jadi mangsa ANAK-ANAK la..kadang pelik ar ngan diorang nie..tak tau apa diorang pikir..hurmm...
Aku penah tgk 1 movie LICENSE TO WED..cita nie mmg kelakar..pasal 1 paderi nie yang pegang kelulusan untuk sorang couple kawin..so dia bagi mcm2 ujian sebelum couple ni diluluskan untuk kawin..ujian pulak bukan senang..banyak menguji kesabaran couple tu sampai hampir tak jadi kawin..kena jaga baby, jadi driver guide, communicate dalam hal2 personal nie n mcm2 ar..ada pengajaran jugak dalam filem nie..jangan ingat kawin nie senang jer..besar tanggungjawab tu..

Kan best kalau mana2 couple skrang nie yang nak kawin dapat ujian mcm tu..baru dia lebih hargai pasangan dia kot..tak la wat mcm pakai SPENDER..rasa taknak jer buang..paling syok dalam cita nie Paderi tu kasi Baby Robot yang perangai sebiji mcm Baby Bukan Robot..baru sama2 tau susah senang jaga anak..jgn hanya pandai wat anak jer..

Masa aku gi kursus kawin tu pun dari pagi sampai petang ceramah jer hal2 berkaitan rumahtangga..banyak jugak ilmu yang aku dpt..cuma tk dapat praktikkan jer lagi ilmu tu.. Ustaz & Ustazah yang kasi ceramah tu pun happening + gila-gila gak..asik gelak jer aku dalam bilik kuliah tu..kat negeri lain aku tak tau la mcm mana keadaannya..tapi kursus kawin kat Kedah nie syok wooo...tk caya tanya orang Kedah..

p/s: aku nak out..nak lipat baju pulak..bertimbun baju nk dilipat..kan best klu ada Doraemon kat sebelah aku..boleh minta dia kuarkan robot untuk lipatkan baju-baju nie..




12 meletops dah komen!

❤HATI SEORANG WANITA❤


~SENSITIF~

*bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.*

~CEREWET~

*bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala*.

~HALUS~


*ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.*

~IKHLAS~


*ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.*

~KORBAN~


*WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . WANITA amat tabah.*

~PRIHATIN~


*sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.*

~MANJA~

*walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA . suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesame kaum.*

~EGO~


*WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.*

~CINTA~


*CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus..*

~SEKS~


*seks bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal . NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja . LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu . fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan.*
p/s: aku nk jadi Doctor Love ar pas nie..



Tuesday, January 12, 2010 47 meletops dah komen!

❤I'M NOT MINAH REMPIT ❤

Piss..Piss..aku nak bagitau korang 1 rahsia..AKU BUKAN MINAH REMPIT..aku terbaca 1 blog nie.blog kepunyaan Mr Asada Ryutaro..tentang mat rempit..tergerak hati aku nak cita 1 kisah lucu tentang aku..masa tu aku baru 19 tahun..alkisahnya masa tu aku couple ngan sorang budak Politeknik Shah Alam..ex-bf aku nie 22 tahun..aku kenal melalui CrossLine Number..Jeng..jeng..jeng...masa tu aku kol kawan aku tapi line tu lencong ker no kawan ex-bf aku..aku pun gelabah dan terus terjah mamat nie yang tak tau apa2..kawan2 & kenal2 & jumpa..baik sgt ex-bf aku nie..nak wat camner takder jodoh..

Ex-bf aku nie pakai moto Yamaha RXZ..aku sengal skit bab2 moto nie..aku tak expert sgt bab2 brand moto nie..yang aku tau moto MODENAS KRISS aku kat umah yang aku guna masa gi sekolah..Ex-bf aku pun bukan MAT REMPIT..dia suka moto nie..bila kuar dating, budak2 roomate aku suka usha dari atas bilik..yer ar apartmen katakan..sbb nak tgk ex-bf aku tu yang Chinese Look..

~RXZ version aku..~

1 ari tu pas balik dari dating budak2 nie perli aku kata aku Minah Rempit..aku pun SENYUM+BANGGA masa tu bila orang kata aku Minah Rempit..padahal aku tak tau apa2 pun..last aku tanya ex-bf aku tu, apsal diorang panggil Minah Rempit..bila aku dah tau maksud Minah Rempit tu, trus ilang senyum & rasa bangga tu aku TENDANG, BUANG, SEPAK, TERAJANG dari diri aku..aku trus bagitau budak2 roomate aku, I'M NOT MINAH REMPIT..abis sume gelakkan aku..malu gila masa tu..nasib la budak2 klas & lecturer aku tak tau..klu tak MAMPUIH aku dicop MINAH REMPIT..mana aku tau moto jenis nie slalu dikaitkan dengan Mat Rempit..

Aku bukanlah ANTI-MINAH @MAT REMPIT pasal aku takder hak nak Judge diorang nie..masing2 ada reason tersendiri..cuma aku tak suka title Minah Rempit yang bawa 1001 maksud yang aku malas nak sebut..kita pikir sendiri la apa maksudnya..WOLLAAAAAA...

p/s: to MR.ASADA RYUTARO..thanks entry kat blog u telah kasi ilham untuk aku wat entry nie..hehe..




Sunday, January 10, 2010 20 meletops dah komen!

❤ DESIGN BARU ❤

Holla...untuk kesekian kalinya yang ntah berapa kali, blog aku berubah lagi..kali nie design aku lebih simple aku rasa..takder rama2..cuma Latte yang aku sendiri tak penah minum lagipun..cari punya cari aku tertarik kat template nie..so aku decide untuk guna template nie yang aku sendiri takpasti brapa lama aku nak guna..klu aku jumpa yang lagi menarik perhatian aku, maybe aku akan tukar lagi..
.

.

.

.

.

.

.

.

.
Blog masih lagi dalam sesi ubahsuai..klu aku tkder datang blog korang ari nie, maknanya aku tgh sibuk mengCodec template ni..hehe..nanti settle sume sure aku akan jenguk ker blog korang...
.

.

.

.
so Layaannnnn............




Friday, January 8, 2010 35 meletops dah komen!

❤KICK OUT MY WEIRD & BAD HABITS❤

Arrghh..susahnya nak buang perangai Pelik dan Buruk aku nie..Aku cuba dan terus mencuba sampai berjaya tapi tak berjaya jugak 100%..Aduh!!!susahnya nak buang perangai buruk aku yang suka Gigit Kuku @ Nail Biting..aku tak tau camner aku boleh ada habit ni tapi pantang asik skit mula la aku gigit..dulu mmg teruk tapi aku berjaya jugak gantikan gigi dengan Pengetip Kuku bila aku rasa nak gigit..WOW!!!menjadi jugak..last kuku aku dah nampak cantik..

~nie bukan aku tapi cuma gambaran jer~

Aku tak sangka ada jugak artis yg ada habits mcm aku nie..mcm satu hobi pulak gigit kuku nie..nak hilangkan habit nie mmg kena ada 'keazaman' yang kuat..mana tak nya setiap masa aku akan prepare Pengetip Kuku kat sisi..klu kuar gi mana2 pun aku akan make sure Pengetip Kuku nie ada dengan aku..tak nak ar jadi mcm artis sorang nie..sambil jalan gigit kuku..

~Lindsay Lohan Gigit Kuku~

Aku juga ada 2 perangai Pelik yang mmg aku sendiri rasa pelik..Aku suka Iron Baju walaupun baju tidur..aku tak suka baju tidur aku berkedut padahal bila tidur berkedut jugak..Aku jadi tak selesa tgk baju berkedut terutama Baju Kaftan @ Baju Kelawar..tapi aku bukan Kelawar k..Aku jugak tak suka orang Landing atas katil aku tanpa aku..maknanya klu nak Landing kena ada aku atas katil tu..klu tak jangan harap boleh Landing tak kira siang @ malam..Aku cuba jugak buang perangai nie..biar jer orang Landing...Alhamdullilah aku berjaya jugak buang perangai pelik aku nie..nasib la adik2 aku paham perangai Akak diorang nie..isshhh..Aku tak tau samada perangai aku nie dikategorikan Pelik tapi aku rasa mmg Pelik..hehe..

So..Lupakan sekejap hal nie, ari nie Dinner aku makan Pizza Sensasi Delight yang RM7.95 tu..Abah aku dengan murah hati belanja anak bini dia makan piza..bila aku tanya apsal dia murah hati, katanya abah aku seronok sebab dia beli BASIKAL..untuk exercise petang2 pasal dia dah boring naik moto & kete..Aiyooo apa la abah aku nie..Sorang 1 set..best...thank u Abah..

~Pizza Promotion Poster~

~nie jer aku sempat snap sebab hp bateri abih..Hampeh tul!!~

p/s: korang pun sure ada weird & bad habits kan?hurmmm..sama2 kita pikir..nite...ZzzZZzzz..




Tuesday, January 5, 2010 44 meletops dah komen!

❤AIRMATA AKU 1 SEN❤

AIRMATA AKU 1 SEN??apsal murah sgt airmata aku?kekadang aku rasa airmata aku ni tak bernilai dan kekadang aku rasa bernilai sgt..hisshh..bila aku tgk apa2 cita cepat sgt air mata aku ni nak meleleh padahal cita tak la sedih sgt..kekadang malu pun ada..skit2 nak mengalir..letih tul aku mengCOVER diri supaya orang tak nampak..yer ar klu adik aku nampak sah2 dia mengata aku..aku tgk adik2 aku tak nangis pun..mak aku lagi la..tapi aku SOBS..SOBS..

Bila baca paper ada cita sedih ker apa mesti airmata aku nak mengalir..tak la sedih mana pun bila pikir balik..orang lain bukan main susah airmata nak ngalir..aku rasa klu himpun airmata sure aku boleh wat MANDI..nak jugak jadi mcm orang LAKI..cukup susah nak nangis..tapi aku penah jumpa laki senang nangis..kelakar pulak rasa bila tgk laki nangis..bukannya aku tak menghargai airmata aku..aku SAYANG sgt airmata aku..ada kawan aku lagi susah nak nangis..tgk cita sedih mcm cita lawak..kalau lah boleh jual airmata konpem aku jual kat EBAY..sure kaya..berlambak airmata aku..

Alhamdullillah..setakat nie aku masih berjaya mengCOVER airmata aku yang asik mengalir dari pandangan orang..selalunya aku wat2 selsema la..nguap la apa la semata-mata taknak org tau aku nangis..tapi ada 1 cita yang masih tidak berjaya wat aku menangis..cita Sepanyol..setakat yang aku tgk payah nak wat aku nangis sebab cita dialih suara..jadi lawak wat aku gelak..

p/s: korang penah tak alami situasi mcm nie?selalunya apa korang wat bila airmata korang mengalir dan orang lain nampak?




Be My Followers

Chat With Me

 
;