Wednesday, December 30, 2009 38 meletops dah komen!

❤KASI BIBIR NAK LIDAH❤

KASI BIBIR NAK LIDAH??ooppss..korang jangan salah paham..nie bukan hal Cium-Mencium@French Kiss okay..

~kisses yang berkaitan tapi tak la berkaitan sgt~

Mungkin ada akan beranggapan entry nie berbaur lucah tapi tidak sama skali..aku malas nak guna ayat KASI BETIS NAK PEHA..saja aku guna KASI BIBIR NAK LIDAH yang memang aku tak tau maknanya..suka suki hati jer..aku nak cita ada la 1 blog nie yang boleh dikatakan blog berbaur politik..maybe dia nie penyokong kuat ***!!aku pun masuk sambil kenal2 tambahkan followers n kenalan baru..comment2 pun ada..bila masuk hal politik nie sebenarnya aku malas sgt nak komen benda mcm nie..bukan aku tak amik port tapi aku tak brapa suka untuk terlibat dengan politik yang aku sendiri tak pasti kebenarannya..

Ada jugak la aku komen tapi tak la panjang sgt pasal aku sendiri tak tau nak komen klu hal politik..bila aku komen tiba2 Tuan Empunya blog datang balik ker blog aku minta aku kasi komen yang panjang-panjang!!!PUNGGAH!!!aku pun pelik la..takkan sampai nak paksa orang untuk komen..isshh nak nyampah tak patut la..sama2 blogger so aku wat bodoh jer la..

p/s: Korang penah tak alami situasi macam nie & apa tindakan korang erk?gi balik blog dia dan komen panjang2 lagi ker?

Lagi 1 ari kita akan sambut Tahun Baru 2010..so aku nak wish Happy New Year 2010 untuk sume kengkawan blogger yang aku syg Sis Ieda, Sis Ixora, Adik Ain, Adik AkmarPurple, Farra Eng, Aisumi, Pakcik Mamau, Tue & ramai lagi..thanks 4 all ur supporters selama aku berblogger nie..Moga apa yang tak sempat diselesaikan tahun ni akan dapat kita selesaikan tahun depan..harap kebahagiaan akan memenuhi perjalanan hidup kita untuk 2010..

~GOODBYE 2009~
~WELCOME 2010~

HAPPY NEW YEAR





Sunday, December 27, 2009 8 meletops dah komen!

❤JOM KARAOKE SAMBIL BELAJAR❤

Holla..hari nie aku dengan murah hatinya nak ajak kengkawan tak kisah la sapa2 pun untuk berkaraoke bersama-sama sambil belajar bahasa Korea..nak tak??jom ar!!!lagu nie lagu sedih..aku suka sgt bila dgr lagu nie..aku kan seorang yg very sentimental..tajuk lagu nie Starlight Tears..lagu nie juga lagu petikan cita Boys Over Flowers yang sekarang nie tgh hot kat 8tv n sewaktu dengannya..



STARLIGHT TEARS (ENGLISH LYRICS)

the white starlight envelops the tears
the tears fall in the warm wind
do you feel it?
this trembling, quiet whisper that is going your way

i draw you on this white paper
the warm smile holds me
is this love?
even when i close my eyes, i see only you

i will be waiting for you
i will wait for you
i don't want to see the tears of pain anymore
you let me know
this love that's like a lie, i'll never let it go
because that love is you

i'm walking in my memories with you
the tears fill even the deepest area of my heart
what should i do?
even in my dreams, i miss you

i will be waiting for you
i will wait for you
i don't want to see the tears of pain anymore
you let me know
this love that's like a lie, i'll never let it go
because that love is you

please look at me, like the faraway stars
can't you be the one that's in my heart

i will be waiting for you
i will wait for you
i don't want to see the tears of pain anymore
you let me know
this love that's like a lie, i'll never let it go
because that love is you

so jom kita berkaraoke sampai pandai bahasa Korea..mana tau tetiba kita akan jadi seorang SINGER..chaiyok!!!chaiyok!!!chaiyok!!!

p/s: mungkinkah kita akan jadi seperti ini??




Friday, December 25, 2009 26 meletops dah komen!

❤MACAM CIPAN JER❤

Ada tak sesapa skang nie yang tengok & minat cita BOYS OVER FLOWERS dari Korea yang sekarang nie sedang ditayangkan kat 8TV pukul 8.30 malam..cita nie berdasarkan komik manga yang memang cukup famous kat Jepun, HANA YORI DANGO..ada tiga version..di Jepun, Korea & Taiwan..

~rupa komik Hana Yori Dango~

Kalau korang peminat METEOR GARDEN mesti korang tau cita dia..Meteor Garden nie version untuk Taiwan..plot cita sama jer untuk 3 version nie..yang beza Hero & Heroin jer..tapi dalam 3 version nie aku hanya nampak Korea jer Hero & Heroin smart n cun..

~Meteor Garden version Taiwan~

~Boys Over Flowers version Korea~

Aku taknak cita pasal Meteor Garden pasal aku sendiri tak tgk Meteor Garden nie..aku nak cita pasal Boys Over Flowers.. aku peminat fanatik cita-cita Korea sampai aku sendiri simpan impian nak honeymoon kat Korea..cita Jepun aku tak suka sgt kecuali Great Teacher Onizuka(GTO) yang penah famous masa aku skolah rendah lagi..boleh dikatakan sume cita Korea aku tak penah miss tgk..yang aku pelik napa bila tayang kat Malaysia, diorang nak alih bahasa ke Chinese..samada Mandarin, Kantonis aku pun tak tau beza..

Aku dengar mcm CIPAN jer bila cita Korea dialih ker Chinese..memang mcm cipan ar..Bahasa Korea sedap apa bila dengar..boleh jugak blajar serba sedikit bahasa Korea nie..orang Korea tapi konon mcm Chinese..gerak bibir pun mcm cipan..napa la Media Prima & 8tv nie kalut nak alih bahasa?biar jer la..bukan sakit telinga pun..

Macam tu jugak cita LALOLA..dah elok-elok Spanish, kalut nak alih ker Melayu..biar jer la Spanish..bukan tak paham lagipun kan ada subtitles kat bawah..apa susah..ker diorang malas nak wat subtitles??ish!!!nyampah tul dengar..bila tukar ke Melayu lagi la aku dengar mcm cipan!!nak tgk pun tak lalu..bukan aku kata bahasa kebangsaan tak elok..jgn salah paham k..aku masih anak Melayu n rakyat Malaysia..cuma nak komen bila cita dialih bahasa..napa Hindustan @ Tamil diorang taknak alih ker Melayu??(korang pikirlah sendiri)

p/s: kepada sesapa yang minat cita Korea, korang tgklah cita nie..syok ooo..funny ada..romantik ada..geram pun ada..tak rugi tau..hero2 pun hensem jer mata tgk..



Wednesday, December 23, 2009 17 meletops dah komen!

~KISAH SEDIH LANGKAWI - PART 3~

Holla..macam yang dijanjikan Kisah Sedih Langkawi aku Part 3..next day sebelum balik kitaorang siap packing barang sume..kul 9 pagi dah gerak kuar dari Sri Pulau Motel yang mungkin kitaorang takkan jejakkan kaki lagi kat situ..tak mo dah!!serik!!tetiba idea dtg secara spontan..kitaorang nak gi Perkampungan Mahsuri..nak gi Island Hopping mmg dah full..tkder rezeki..nak naik Cable Car yang teramat tinggi ni pulak, kwn2 aku takut..tak berani..gayat..takkan aku nak naik sorang..tak mungkin la..klu korang gi Langkawi tak naik Cable Car Gunung Mat Chinchang nie mmg rugi..tak sama mcm Cable Car Genting..kat Langkawi ni Cable Car dia mmg mencabar..tak caya?korang naik tgk..

~jalan nak ke Perkampungan Mahsuri ni mmg kawasan kampung..cantik sgt~

Tak sangka dah lain Perkampungan Mahsuri..10 tahun yang lalu tempat nie mcm cipan jer..skang dah cantik..siap ada gerai lagi..mmg lain sgt..hepi jugak la kami walaupun tak sehappy klu kami dapat Island Hopping..oleh kerana tak breakfast lagi, kitaorang breakfast jer kat dalam Perkampungan Mahsuri..best berlatarbelakang kan Jelapang Padi..ijau jer mata klu Sis Ixora gi mesti dia suka sbb kaler favorite dia..betul tak Sis??

~ni makam Mahsuri yang pihak Langkawi jaga elok2~

~nasi goreng biasa + daging masak kicap.sedap oooo..~

~best mkn sambil tengok view ijau nie..sejuk jer mata~

~saje suka-suka posing~

~2 view yang berbeza~

Rumah Mahsuri pun dah bertambah..siap ada rumah khas yang jual mcm2 barang..ada beg, kasut, kain batik, keychain yang lawa2..rabun mata bila tgk..tapi tak beli pun..

~cenderahati di salah satu rumah Mahsuri~
~Potret Mahsuri~

cuma potret waris ke-6 & 7 Mahsuri, Wan Aishah aku tak sempat snap..comel gila Wan Aishah ni masa kecik..abih jalan kitaorang trus ke tempat yang harus dituju Jeti Kuah..masa untuk kitaorang balik..pasti aku akan datang lagi sbb masih banyak tempat aku tak jelajah lagi..kali ni mmg tkder rezeki kitaorang lagi..

Yang paling aku sedih sgt coklat yang aku beli semuanya cair sbb aku tersilap letak dalam bonet..patutnya aku tak letak dlm bonet..sedih sgt bila tgk coklat abis cair..masa gi Perkampungan Mahsuri kitaorang park kete kat open parking..aku ingat tak cair..Sedihnya!!!Coklat Ku Cair..dah takder rezeki..Redha jer la..Sobs..Sobs..

Bye-Bye Langkawi..I Will Come Back Again..

p/s: so untuk korang sume, klu gi holiday jgn sesekali gamble..rancang holiday anda betul2..klu beli coklat make sure beli time nak balik..jgn beli awal2..klu tak cair mcm jadi kat aku!!



4 meletops dah komen!

~KISAH SEDIH LANGKAWI - PART 2~

Sesudah dapat bilik, kitaorang meneruskan plan untuk borong coklat untuk dibawa balik..walaupun masih belum mandi dari siang, kitaorang tetap wangi k..destinasi beli coklat kitaorang di Langkawi Saga..masuk jer aku terasa aku berada di dunia coklat walaupun tak sehebat The Chocolate Factory, tetap best..penuh dengan coklat-coklat yang buat kami rambang mata nak pilih..sambil kitaorang pilih sambil kitaorang check Kalkulator..tak nak abih budget kat coklat..aku pulak rembat coklat favorite aku HerShey's, Andes, Cadbury, Twins, Ferrero Rocher, Tango Mango & Toblerone..nak kata murah ok la..nak kata murah sgt2 tu tak la..lagipun cuti sekolah..cuba beli bila tak cuti..lagi murah..

~tak penah tgk aku Lolipops besar mcm nie..nasib baiklah aku tak beli..klu tak rongak gigi aku~

~coklat favorite aku~

~nie antara coklat aku beli, kat RM 100 gak..padahal skit jer~

~cuba teka mana satu Aku?~

lepas ke Langkawi Saga kitaorang gi jalan di Pantai Cenang..kebetulan ada ekspo..sambil 'jalan-jalan cari makan' tanpa Maria Tunku Sabri..jauh gila nak ker Pantai Cenang..crowded gila sampai nak 'cuci mata' tgk Mat Saleh pun tak sempat..

~aku with Siti Nor~

~aku with Aiza~

Tapi belum sempat sampai ekspo aku dah pening sgt2..rasa berat jer kepala..so aku stay dlm kete pas telan Panadol ActiFast..kwn2 aku yg lain gi ekspo..selesai sume barulah kitaorang balik bilik dan rest untuk next day@last day di Langkawi..kemana destinasi kitaorang for next day kena tunggu untuk Part 3 k..

p/s: bila nak kuar jalan make sure korang mandi klu korang tak mandi start sampai destinasi..klu tak korang akan pening mcm aku..fuh!!!!




Tuesday, December 22, 2009 11 meletops dah komen!

~KISAH SEDIH LANGKAWI - PART 1~

Pagi Jumaat 18 Dis 2009 aku dengan semangatnya bangun bersiap bersiap with Aiza untuk ke Jeti Kuala Perlis..rasa tak sabar pagi tu nk jejakkan kaki di Langkawi..tempat yang hampir 10 thn aku tak jejakkan kaki even aku sendiri tinggal di Utara..berdebar-debar seperti aku nk kawin even aku belum kawin..

Dalam perjalanan aku borak dengan Aiza, ramai ker tak orang kat Jeti nanti..Kul brapa la tiket ada kan..tengok2 bila sampai di Jeti Kuala Perlis, alangkah terkejut kitaorang bila nampak manusia berduyun-duyun ker Jeti..seperti 'Sardin yang disumbat mampat dalam tin'.. aku dah agak time cuti sekolah mmg mcm nie..kebetulan cuti Maal Hijrah tapi tak lah dijangka seperti nih..terlalu sesak sampai tak sempat nak wat apa2..nasib baiklah kawan kami lagi sorang dari Kelantan, Siti Nor dah siap beli tiket..dapatlah kul 10.30 pagi..alhamdullilah..

Kitaorang borak lagi, klu dah mcm nie rasanya ada bilik kosong lagi tak??sebenarnya kitaorang 'GAMBLE' holiday kitaorang kali nie..alkisahnya Siti Nor ni nak sgt ke Langkawi..last minute plan..kitaorang budget maybe bleh dpt bilik..1 day jer..lepas naik bot bertolak la kitaorang ke Pulau Langkawi..sampai jer tempat tuju 1st kitaorang ialah Kete Sewa..so bermulalah perjalanan yang kitaorang Gamble kan nie..dengan harapan dpt bilik..sedihnya sampai pukul 5 petang kitaorang masih tak dapat bilik..fully booked..tkder kosong..kitaorang dah hampa, sedih & mcm2 lagi..habis plan kitaorang nak naik Cable Car kat Gunung Mat Chinchang, Island Hopping, Chocolate Shopping..gara-gara tak dapat bilik..jenuh pusing..akhirnya kitaorang sampai di Cable Car..bukan nak naik tapi just tgk tempat tu..ujan pulak..tgh berehat dalam surau, kitaorang terserempak sorang makcik yang nak semayang..kwn2 aku pemalu..so aku lah yg mulakan langkah borak pas makcik yang baik hati tu selesai semayang..ni dialog 'tak malu' aku..

Aku~ askum makcik..
Makcik~ wsalam..dari mana?
Aku~ dari Sungai Petani..
Makcik~oo..datang dengan sapa?
Aku~ saya mai bertiga..nie kawan2 sy..
Makcik~ saja mai berjalan ka?
Aku~ aah la makcik..makcik dok hotel mana?
Makcik~ makcik ada anak laki keja dekat Lnagkawi.dia keja hotel..makcik mai Langkawi pun sbb jumpa sedara.dok pun umah anak laki makcik..hampa dok hotel mana?
Aku~ kami tak dapat hotel, chalet, motel sume penuh..kami rancang klu tak dapat gak ingat nak tdok dalam keta la..sok pagi balik..
Makcik~la kesiannya..Awat tak booking tiket awai2.?
Aku~ kami mai mcm tu ja..tak rancang apa pun..tak sangka penuh..selalu cuti sekolah tak la penuh mcm nie..mesti ada kosong lagi..
Makcik~ takpa lah pelan2 cari..
Aku~ klu tak jumpa jugak kami nak balik la..bot balik ada masa malam..makcik boleh dak tolong tanya anak makcik, ada lagi tak bilik kosong kat hotel tempat dia keja..
Makcik~ betui jugak, takpa nanti makcik tanya..makcik keluaq dulu..

Aku pun borak sambil berehat kat surau..elokkan balik makeup kitaorang yg sediakala dah cair.lama jugak kami didalam..kitaorang rancang nak balik..so next perjalanan kembali ker Jeti Kuah..beli tiket paling last..klu ada masa lagi kitaorang gi beli coklat..bila kitaorang keluar, tak sangka makcik tu masih ada kat luar dengan anak laki dia..ni dialog 'baik hati' anak makcik tu.

Makcik~ ni la budak2 yang tak dapat bilik tu..
Anak Makcik~ya ka..sume dah check mmg takdak?
Aku~ aah mcm tu la nampaknya..sampai la tak jumpa..
Anak Makcik~ klu mcm tu sy cuba kol tempat yang sy ada kwn tgk kot ada bilik lagi..
Aku~ trima kasih..
Anak Makcik ~ada lagi 2 bilik kosong..bukan hotel tapi motel..ada kipas RM70 & aircond RM 150..
Aku~ ya ka..Alhamdullilah..ada jugak..dekat mana motel tu?
Anak Makcik~ dekat pekan Kuah..nama dia Sri Pulau Motel..nak dak?tau dak nak pi sana mcm mana?naik apa?
Aku~ nak la..kami tak brapa tau sgt..tapi takpa la kami cuba cari lagipun kami mai naik keta..
Anak Makcik~kebetulan kami pun nak balik, jomlah sy tunjuk jalan skali kebetulan motel tu dekat ngan rumah kami..
Aku~ klu mcm tu oklah..jom..

Lega kitaorang dapat jugak bilik walaupun tak lah best mana even bilik air kat luar..masa tu rasa kitaorang kembali ke alam dok asrama..tak kisahla asal ada tempat untuk kitaorang tdo malam nie.kitaorang just amik RM 70..korang nak tgk bilik dia?meh aku tunjukkan..

~pandangan luar Sri Pulau Motel~

~katil untuk bilik RM 70~

~view dalam bilik ~

~keadaan barang kitaorang~

~kipas + siling yg suka berbunyi~

p/s: jgnlah korang cuba GAMBLE kan holiday korang..akan jadi mcm nie la..tunggu Kisah Sedih Langkawi Part 2..




Monday, December 21, 2009 8 meletops dah komen!

~SEDIHNYA AKU..HHUUWWAA~

Assalammualaikum..Aku mulakan entry mlm ni dengan kisah sedih aku yang teramat sedih..1st aku sedih sbb tak dapat siapkan Cabaran KamiBlogger untuk Level 4..last level & last task..aku tak der masa langsung nak update apa2..ruginya rasa..takper la dah bukan rezeki aku..aku Redha..nak tau apa punca aku tak sempat update apa2???(nak tau angkat tangan, baru aku cita)

Align Center
Kesedihan 2nd pulak masa aku sampai di Jeti Kuala Perlis & Langkawi..aku akan jadikan hal nie sebagai 'Kenangan Yang Terindah' untuk aku dan pengajaran untuk korang sume..Apa Erk??(nak tau pun angkat tangan walaupun aku tak nampak, baru aku cita)

Owhh!!sedihnya rasa..hhuuuuwwaaaaaa!!!!sobs..sobs...




Thursday, December 17, 2009 13 meletops dah komen!

~AKU OFF DUTY AR..CHILL OUT~

Holla kengkawan..aku akan Off Duty Esok 18hb dari berblogger, blogwalking, misi nuff n misi komen2 sebab aku akan melemaskan diriku di Pulau Langkawi..dah lama sgt aku tk jejak kaki ker Langkawi nie..last aku ke Langkawi pun masa form 5..so untuk kesekian kalinya aku akan ke Langkawi sekali lagi..

Apakah aku sempat untuk misi Cabaran KamiBlogger????aku rasa insyaAllah aku sempat untuk siapkan LEVEL 4..aku akan cuba curi masa untuk update..klu tak melepaslah..lagipun aku ke Langkawi cuma 1 day jer..

p/s: so jgn lupa untuk rindukan aku k..klu rindu sangat2 baca jer entry aku yg lain..anggap jer aku ada disitu k..syg u alls..

Apakah aku akan berbikini dan berunderwear seperti ini di Langkawi???
(korang pikirlah sendiri)




Wednesday, December 16, 2009 18 meletops dah komen!

~RECORD ASMARA~


Wolla..aku terbaca 1 artikel dalam akhbar ari nie..budak umur 14 tahun record dia punya aksi 'TERLAMPAU' dia dengan 5 lelaki bergilir-gilir???

Fuhh!!dasyat tul budak zaman sekarang..5 skali..makan Viagra ker budak nie @ terlebih Kacip Mak Timah @ terminum Tongkat Pak Ali!!siap record pastu simpan dalam fon..last terkantoi dengan family..apalagi terpaksa la ngaku..mmg dia pelakonnya..apakah dia pelakon yang dikaitkan dengan EN. TIGER WOOD??(lu pikirlah sendiri)..

gi wat report sure Abg2 & Pakcik2 Polis terkejut takpun terpanah bila ditunjuk aksi tu..nak kata dirogol tk pulak pasal ini kes direla..ada masalah nie budak nie..aiyooo..kenapa la advance sgt ar budak zaman skang nie..seram bila dengar..

p/s: rasanya ada tak sesapa cilok recording tu????hurmm..aku rasa ada kot yang akan cilok sebab dah diserahkan untuk jadi bahan bukti..sah2 nanti akan tersebar recording tu!!video mcm tu nak jadikan bahan bukti, disimpan, bek takyah..

p/s: bila baca entry nie tolong baca entry dibawah nie yer..plsss...tambah lagi markah aku k..sayang uuooaalllss..

BANTU AKU UBAH BLOG AKU


Monday, December 14, 2009 29 meletops dah komen!

~BANTU SAYA UBAH BLOG SAYA~

Holla..aku kembali lagi dengan Cabaran KamiBlogger untuk LEVEL 3..dalam Level 3 ni aku kena STORY morry pasal blog aku, AkukahMilikmu..blog aku nie sebenarnya adalah blog peribadi..masa aku 1st create blog nie, tujuan dia sebagai blog luahan hati a.k.a diari hati la..masa mula start blogging, 1 apa pun aku tak tau..tak pandai blogwalking apa sume..nak pasang widget lagi la tak pandai..tapi aku belajar melalui tutorial..cara nak pasang tu pasang ni, sampai la aku tau serba sedikit..nak kata expert blum lagi..pasal aku masih belum boleh dikategorikan sebagai Expert..
Sebelum ni jugak KEDUDUKAN blog aku nie agak serabut..dimata aku itu tak kena ini tak kena..itu mata aku, blum kira mata blogger lain..entah-entah lagi serabut diorang tengok..boleh dikatakan tiap ari aku cuba perbaiki..aku 'repair' sana sini..tukar layout..tukar widget sesuai..mcm2 sampai aku sendiri tak sempat jengah blog blogger lain..
Ini juga punca kenapa blog aku semakin BERAT..bukan hanya berat dengan pelbagai kisah tapi juga berat dengan pelbagai masalah..blog aku ni pernah alami masalah OBESITI hingga menyebabkannya lambat untuk Loading..tapi Alhamdulillah aku berjaya mengatasinya sedikit demi sedikit dengan men'reject' widget-widget yang tidak berkenaan..
Sekarang blog aku bukan saja blog berkonsep Peribadi..aku pelbagaikan juga KONSEP blog aku supaya orang tak jemu..yer la takkan nak suruh blogger tatap luahan kisah duka aku jer..kisah duka diorang pun belum tentu diorang larat nak tatap ni kan pulak kisah orang lain..mau aku di 'blacklist' nanti..aku masukkan Kisah Lawak, Resipi Masakan, Hal Semasa, Aktiviti Luar dengan kawan2, Kisah Personaliti Lelaki & Wanita, dan Hiburan..cuma 1 kisah jer aku tak minat nak letak iaitu Hal Politik..sbb aku tak mau jadikan blog aku tempat orang nak hentam sesama sendiri..tak mo den..tak minat..klu aku termasuk ke blog hal politik, terus aku cancel..tak mau masuk campur..


Bila dikira TRAFIK, of coz aku nak Trafik blog aku ramai, so aku harus kerja keras untuk naikkan trafik blog aku..supaya aku lebih FAMOUS, lebih GLAMOUR dan lebih MANTOP!!sesuai tak??ok jer..dulu trafik aku tak rancak macam sekarang, pengikut setia apatah lagi..KURENG!!!sekarang sudah berubah..aku semakin dikenali..aku introduce sebagai AkukahMilikmu kerana aku sudah serasi dengan nama nie & senang jugak nak sebut AkukahMilikmu nie..betul tak kengkawan??

PERANCANGAN MASA DEPAN, aku masih tak rancang apa2 terhadap blog aku tapi 1 yang pasti aku nak dapatkan Domain Hosting aku sendiri dari http://akukahmilikmu.blogspot.com ker http://akukahmilikmu.com..jadi sebelum tukar ker domain sendiri aku kena pastikan blog aku tersangat MANTOP!!

p/s: so kepada kekawan ku, aku masih inginkan cadangan dan pandangan untuk MANTOP kan lagi blog aku yang sediakala MANTOP supaya lebih kuat dan power..SUDIKANLAH tinggalkan segala KOMEN-KOMEN 'hot' korang untuk blog aku..boleh kita sama-sama syer cadangan hot korang tu..untuk kebaikan bersama..
~Aman Tiada Perang~
~Peace No War~
~Chaiyok!!Chaiyok!!





Be My Followers

Chat With Me

 
;