Monday, November 30, 2009 14 meletops dah komen!

~WHO'S SARA@AKUKAHMILIKMU?~




Siapa Sara?Kenali Sara lebih lanjut..Ooppsss Akukahmilikmu..

u can call me Sara..di facebook aku dikenali dengan nama Cik Sara..mulanya nk letak Datin tpi rasa mcm poyo lak..so tukar ke Cik Sara..umor aku korang leh kira sendiri 1983..aku lahir Perak tpi migrate ke Kedah..so aku tak terer loghat Perak..aku masih single and available..so 'u are free to change it anytime'..paham tak maksudnya? tak paham wat paham jer..

now aku seorang freelance, fulltime blogger, fulltime subber, freelance typewriter...aku tak makan gaji sebab aku tak suka makan gaji..aku tak suka ikut rules orang..aku suka ikut rules aku sendiri..

aku suka tangok blog aku cantik sebab tu aku suka tukar template blog aku..aku tak setia dengan satu template jer..sebab tu aku takmau create own design sbb byk template ready made lagi cantik aku punya design( actually aku malas nak edit sana-sini)

aku seorang yang fanatik dengan Korea..apa saja kaitan dengan Korea aku mmg suka kecuali hal politik dorang..yg tu aku paling tak suka..menyampah..tanya je apa yang aku tak tau pasal Korea, sume aku tau walaupun kadang2 tu aku wat mcm aku Korean..tapi ada aku kisah!!!

nak berkenalan takder masalah tapi tolong jangan bagi ayat poyo @ ayat manis kat aku sebab aku dah menyampah dgn ayat2 ni sume..naik muak..jgn tanya byk kali aku ada boyfriend ke tak!! klu ada aku tak layan mna2 laki..klu aku layan tu maknanya i'm free..aku tak suka didesak so jangan desak aku sbb bila sekali desak, nampaklah aku punya kegarangan keluar..


nak hp number aku? bolehh jer, 012-284xxxx.. 4 number blakang tu tolong cari sendiri..klu dapat anda memang seorang yang genius mengalahkan adik Adi Putra..

blog ni mmg lebih kepada personal..so klu aku terasa ati ngan someone @ aku menyampah, jelik, muak, benci ngan someone confirm aku luah kat sini...zaman dah maju..tak perlu pakai surat, sms, mms, telegram & etc.taip jer apa ada dlm kepala otak, terus publish...amik ko!!!glamour!!

so feel free to kenal-kenalan ngan aku..aku tak garang walaupun ramai kat aku garang..aku garang ngan orang yang buat aku jadi garang jer..paham??tak paham pun takper sbb aku pun tak paham kekadang ngan diri sendiri..







Friday, November 27, 2009 14 meletops dah komen!

~AMAH SIAL + TAK GUNA..~


Hi Frenz..sori yer aku lambat skit nk reply msg kat chatbox..aku akan datang balik blog korang yang lawat blog aku erk..ari ni aku nak cita pasal satu kes libatkan amah Indon kat Tanjung Malim Perak yang telah dera sorang BABY@BAYI umo 1 tahun 8 bulan sampai parah..apa kejadah nie BABY tu kecik lagi..ada ke patut si Amah Tak Guna ni gi dera dia, tarik rambut sampai jatuh katil pastu lempar pulak dari bilik ke ruang tamu!!kejam betul la minah nie..silap2 dh nazak..bayangkan la BABY lagi..klu dh besar lain la dia kuat lagi..ini BABY..mana mampu tahan sakit mcm tu..

tapi si BANGANG nie tk tau yang parents BABY ada pasang CCTV dalam umah..bagus sgt..aku sokong tindakan tu..aku rasa sapa2 yang amik pembantu umah Indon, better pasang CCTV kat umah..senang nk tgk apa amah2 nie wat..mak baby nie tkpuas ati bila doktor kata anak dia mcm terjatuh@terhempas atas benda keras sampai lebam pipi, muka mata sume..last balik umah mak dia check record CCTV..baru tau rupanya amah ni yg buat..

padan muka kena tangkap terus ari yang sama gak..Amah tu tak boleh kemana dah pasal bukti terang2 ada..aku baca pagi tadi terkejut aku tgk berita nie..Bayi pulak tu..aku dengar jer dah sedih..belum lagi aku tgk baby tu..silap2 amah tu aku LEMPANG..dtg tempat org wat perangai mcm nie...jenis malas jaga budak tapi nk duit jer..

aku rasa klu aku kawin nanti, laki aku kaya ker, sah2 aku pasang CCTV..yer la klu tk kaya nk pakai amah wat per..senang aku nk tgk kalau amah tu dera anak aku..tkpun klu amah tu gatal nk ngorat laki aku..pasal makcik aku pun ada kes mcm nie..amik amah Indon..last amah tu ngorat menantu dia sambil ngorat pakcik aku..tk ker naya?tpi yg best makcik aku kata klu nak kawin lain pun cari la org mesia..amik Indon wat per..baik pulak makcik aku nie..dah tua kan..

p/s: aku boleh rasa apa perasaan mak n ayah baby nie..mak dia kandung anak dia kat 9 bln lebih..last anak dia org wat mcm bola..baling camtu jer..mentang2 la baby tu tk pandai ckp lagi..ishhh...

p/s: kepada Baby Allysa Idrina Azizan..semoga kamu cepat sembuh..dan semoga Amah yang buat kamu mcm ni dapat balasan setimpal..

korang layan la video nie..aku suka lagu nie.Time For Miracles by Adam Lambert..aku suka mamat nie walaupun dia tak suka aku pasal dia suka laki jer..lagu nie tkder kena mengena pun dengan cita kat atas..harap maklum..


p/s: aku nak sambung balik hal aku nk siapkan teka silangkata nie..bye....


Thursday, November 26, 2009 6 meletops dah komen!

~SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA~




Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua kawan-kawan blogger Akukahmilikmu@Sara..Maaf Zahir Batin yer klu kata-kata dalam blog nie ada menyinggung hati sesapa..Sorry Yer..

~jika kejahatan dibalas dengan kejahatan, itu adalah dendam..
jika kebaikan dibalas dengan kebaikan, itu perkara biasa..
jika kebaikan dibalas dengan kejahatan, itu adalah zalim..
jika kejahatan dibalas dengan kebaikan, itu adalah perkara mulia dan terpuji..~

11 meletops dah komen!

~RAHSIA NAMA..~


A
Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.

C Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.

M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.

N Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.


p/s: rahsia nama aku S nie memang betul..ishh...



Tuesday, November 24, 2009 10 meletops dah komen!

KATA-KATA HIKMAH..

Kali nie aku himpunkan kata-kata hikmah sempena Besday aku semalam..kata-kata hikmah nie dari family n friends yang aku sayang dan aku hargai sesangat sebab sudi wish kata-kata hikmah kat aku..Thanks..

~hepi besday my fren..may all ur
wish come true n cepat2 dapat jodoh k..
fren 4 ever-from my bestfren, Aiza~

~semoga panjang umor dan berjaya selalu..
from my family~

~hepi besday to u sara..cik dara ucapkan semoga kamu berjaya dalam hidup kamu..impian kamu nak buka butik tercapai..panjang umo..murah rezeki n cepat-cepat dapat jodoh..jgn lupa jemput cik dara makan nasi minyak..from Cik Dara~

~hye (:
just wanna wish u hepii bday (:
may ALLAH bless u always (:
from Syamira~

~Happy Birthday!!
hppy brthdy tu u.. hppy brthday2x happy birthday to u.. (nyanyi ikut melodi msing2)
moga pnjang umo, murah rezki, sntiasa dlm lindunganNya.. InsyaAllah..from MaizaC'Joe~

~owh..hepi bdae akak...may Allah bless u..n may all ur dreams come true..nak kawen jemput ain k..from Ain~

~Salam Sara..Happy Birthday to U cayunk!!
Long live life..Murah rezeki..Cptttt dpt
jodoh!(Ehemmm!)Amin.. :) May ur life be filled with colors & ur wishes all come true!
Happy Birthday My Friend!Mmmwwwaaahhh!!!from Kak Ieda~

~HAPPY BIRTHDAY TO YOU!! semoga panjang umur yg diberkati Allah swt, happy selalu, selamat drpd segala mcm musibah, diperkenankan Allah swt segala impian, bertemu jodoh terbaik utkmu dan dikurniakan zuriat yg soleh..amiin..from Lynn Nasir~

~sis... hepi besday to u..from Sumi~

~epi besday! ;)..from Acap~

~sara....happy birthday yg ke 26!!
welcome to 26's zone! ceria2 slalu..hepi2 sokmo.. moga dpt jodoh yg terbaik.. =)..
from Zahra_ Safia~

~happy birthday...
smoga pjg umur...
murah rezeki...
hidup bahagia...
sihat sentiasa...from KikiLala~

salam....
wow! happy birthday!!!!from FatinSulaiman~

~Hepi Besday!!! Semoga panjang umo dan murah rezeki..Wishing you happiness today and to remind you too, you make the world a nicer place just by being you!! from Koyuki~

~"happy birthday"
more happiness in ur life....from Sis Ixora~

~hepi besday to u Sara.. smoga yg baek2 blako blaku ke atas diri mu..from Tue~

~hepi besday!from Mr.Clive~

~selamat hari lahir kak sara..from Cik PurpleAkmar~

~epi bday syg:)..from Arnamee~

~epi besdei dan selamat ke alam ketuaan sara..
what ever can go wrong can go wrong..
so..never give up..from Eko~

~hey,
happy birthday! enjoy it!!from Arief Arf~

~Happy Belated Birthday.
Learned from mistakes, be a better person ok!from YobSumo~



Monday, November 23, 2009 16 meletops dah komen!

BESDAY GIRL..

I'm hepi today..yer la ari ni kan besday aku..so aku lah besday girl..today is my day..thanks pada yang telah wish kat aku..moga wish kalian sume bawa makna, berkat dan segala-galanya la...thanks yer..aku hargai dan aku hepi sangat..paling best aku dapat makan kek yang aku memang nak sgt makan tpi sebab mahal aku malas nak beli..tggu special day baru aku sanggup beli..

thanks to penaja kek aku..

aku teringin makan kek Mango Delight tapi asik tak dapat kek tu sebab asik tkder yg whole punya.pastu yang slice pun dh tkder..geramnya..tahun lepas pun mcm tu..kempunan tk sudah aku..last aku pilih Chocolate Indulgence..kek nie sedap tapi dia pilihan kedua..pilihan pertama of coz Chocolate Indulgence ni..


dulu aku tak pandang pun kek Secret Recipe pasal aku ingat sama jer mcm kek lain..rupanya tak..kek skit jer tapi krim coklat byk..haha..aku suka coklat..

amik la kek nie sorang satu..aku jamu dalam blog nie..sedap tau..

thanks yer Secret Recipe pasal sediakan kek yang memang sedap2..tapi apsal selalu jer tkder Mango Delight?

nie la hadiah yang aku nak..HEADPHONE..tapi lain pulak yang abah aku beli..abah aku nie tak pandai pilih dia pilih ikut harga..yang anak dia nak ikut saiz HEADPHONE..alkisahnya adik aku jer tau pilih tapi abah aku cepat sangat gi beli tak bawak adik laki aku..aku gila HEADPHONE mcm nie.

HEADPHONE lama aku mcm nie..masa tu aku beli mahal lagi kat RM 100.. tahun 2002 tk silap..ari pertama beli aku dh rosakkan Headphone tu..aku pelik apsal tkder suara..aku tak tau volume kat kepala dia..aku ingat kat wayar...aku pikir aku kena tipu..abih aku check tk jumpa pun volume..aku geram sampai tertarik wayar then terputus..pastu aku raba2 Headphone aku ternampak button volume tu..apsal la aku sengal sangat masa tu..aiyooo..dh rugi..start dari masa tu aku tak nk beli headphone..aku pinjam kat adik aku jer..pun ntah kemana pasal adik laki aku terputuskan wayar dia..tak sangka adik aku 2x5 ganas mcm aku..

aku siap print lagi pic HEADPHONE nie minta abah aku belikan tapi dia beli yang BACKPHONE..bukan tak syok tapi tak selesa letak kat kepala..arrgghh..aku tanya abah aku, dia kata dia tak nampak pun HEADPHONE..dia cuma nampak BACKPHONE mcm dia penah guna sebelum nie..aku dh pesan kat adik aku awal2 ikut abah masa gi beli..

alkisahnya abah aku ni mula2 suspen ingat aku minta HANDPHONE..adik aku baru sebut HEADPHONE dia dah jerit..kata TAK BOLEH..lepas terangkan baru tau HEADPHONE bukan HANDPHONE..aku tanya pasai pa jerit, abah aku kata dia dengar mcm HANDPHONE pasal ada bunyi PHONE kat belakang..apa la abah aku nie..gelabah tul..mak aku pun ketawa jer ngan abah aku nie..

p/s: panjang lebar aku cita kan..jgn lempang aku sudah..aku kan Besday Girl..so ari nie ari aku k..




Sunday, November 22, 2009 22 meletops dah komen!

HEPI BESDAY TO ME!!


Jeng!Jeng!Jeng..inilah yang dinanti-nanti oleh ku..ulang tahun kelahiranku@ my besday..genap la aku 26 tahun..cepat masa berlalu..dah nak tua rupanya..ni la yang aku tggu sgt walaupun tak ramai yang ingat tarikh lahir aku pasal kat hujung tahun..dlm family aku jer yang last besday..1 st besday mak aku la..adik pompuan aku kedua last pasal dia bulan 9 dan aku 11..bulan 11 nie bermakna bagi aku sebab aku dan best fren forever aku kongsi bulan yang sama cuma beza hari jer..dia awal bulan aku akhir bulan..yang best jugak banyak ex boyfren aku yang sebelum nie kongsi bulan yang sama..bulan NOVEMBER..mcm kebetulan jer..

Yang sebenarnya kata mak aku, aku lahir 22 November tapi masa gi daftar sijil beranak, orang yang tulis tu, gi letak 23 November..aku tak cita sangat kat org pasal tu..so orang sume dah biasa dengan 23 November..ok la..yang paling best 23 Nov nie aku boleh minta macam2 kat abah aku..cakap jer nak apa..gerenti dia tak marah..aku dah pun minta hadiah tapi esok la aku tunjukkan hadiah tu..tak la mahal seperti hadiah2 yang lalu..tahun nie aku tak nak demand..aku minta yang biasa jer..aku memang nak sangat hadiah nie pasal aku memang nak!!aku malas nak beli..aku nak minta kat abah aku jer..pasal sebelum nie apa aku beli asik putus wayar jer..aku gigit la..sume ada..last aku malas nak beli guna duit sendiri..jahat tak?tkper..besday anak dia..


So tunggu next entry aku esok sempena besday aku..

p/s: so ada tak sesapa nak wish kat aku?kalau tak nak wish pun takper..jumpa dalam next entry esok yer..tungguuuu....





Wednesday, November 18, 2009 22 meletops dah komen!

DETIK DEMI DETIK..


Menghitung Hari..Detik Demi Detik..Masa Ku Nanti Apakah Ada..

JENG..JENG..JENG...

♥♥

♥♥

♥♥

♥♥

♥♥











5 Ari Lagi..Tak Sabar Aku Tunggu..Apa Erk????

Tungguuuu............




p/s: apa erk sebenarnya lagi 5 ari tu?rahsia la..klu bagitau dah tak rahsia la maknanya..





Saturday, November 14, 2009 28 meletops dah komen!

2012..


Lastly cita yang paling ditunggu2 sume peminat wayang dah kuar..best gila aku cakap..aku samapai terpikir bila kiamat mcm nie keadaannya?suspen, sedih sume ada..takut apatah lagi..kata sejarah Mayan( erk..aku pun tktau mana Mayan nie) tahun 2012 bersamaan kalendar moden sekarang bermakna tahun yang dikatakan Akhir Zaman@ Kiamat..yang aku yakin tak benar pasal hari Kiamat nie hanya Allah s.w.t jer yang tau rahsia bila Kiamat..dan dalam Al-Quran pun tak diceritakan bila kiamat..yang diceritakan cuma tanda-tanda awal Kiamat..2012 hanyalah andaian semata-mata..biasalah mat saleh kan idea dorang kita sendiri tak sangka-sangka..aku respect mat saleh yang wat cita mcm nie..(respect wat filem jer, lain aku tak respect pasal dorang pun bukan respect aku)boleh kata bila la orang kita terpikir nak wat filem mcm nie..asik wat cita Cinta, Rempit, Drift, Bohsia yang aku tk penah tgk pun pasal aku tak minat cita mcm nie..tkder lagi filem yang boleh wat aku tersangat Excited nak gi tgk..

Rupanya cita 2012 nie sebelum nie ada lagi 2 title gunakan 2012..2012 DOOMSDAY dan 2012 SUPERNOVA..

2012 DOOMSDAY nie pasal ombak Tsunami melanda Mexico..pelakon pulak pelakon lama yang aku pun tk kenal sgt..


2012 SUPERNOVA pulak pasal meteor melanda bumi sehingga bawa kehancuran..wah!!!tapi 2 cita nie aku pun tk tgk lagi pasal aku sendiri tk tau ada lagi siri title 2012 nie..

Yang paling best 2012..best sgt aku tgk..aku tk gi pun panggung wayang pasal aku suke tgk kat umah..ngan mak, n adik2 aku..sambil makan apa2 la yang boleh dimakan..tgk kat umah kitaorang boleh repeat byk kali..haha..mcm biasa aku tgk online jer.
ujan2 mcm nie malas gila nk kuar..

sedih gila masa tgk sorang Sami nie terkejut + tergamam tgk ombak Tsunami setinggi Gunung Everest melanda tempat dia..tak terkata apa..tapi dia sempat berdoa sampai la ombak timpa dia..kesian gila tgk..aku sendiri terpikir bila kiamat sempat ker tgk keadaan mcm tu @ adakah keadaan mcm tu..aku rasa tak kot..masa tu sume nyawa dah ditarik kembali pada Maha Esa..

Sedih masa hero cita nie John Cusack sedaya upaya selamatkan anak dia padahal anak dia nie tak pernah hormat pun pada dia..tapi tu la kasih sayang sorang bapa yang sanggup pertaruhkan nyawa dia untuk anak..sedih ar..

p/s: klu korang nak tau samada ada ker tak manusia yang hidup @ sempat selamatkan diri, korang tgk sendiri yer..kang cita tak suspen la..silap2 kena lempang!!!

syyyyoookk woooo!!






Friday, November 13, 2009 8 meletops dah komen!

BLOGGER BOY IS COMING BACK!!HAPPY!!



Wah hepinya aku pasal cita Blogger Boy dah kembali untuk Season ke-2..Suka sgt dapat jumpa Budi balik..tapi dia dah gemuk la sekarang..misai n janggut pun dah tak der..tk macho dah tapi tetap hensem dengan rambutnya yang dikaler perang tau..

Masa episod baru semalam best la..Budi memang moody gila sampai Kid ( housemate Budi) kena marah ngan dia..Kisah semalam mula dengan hal student Budi yang kehilangan Pen Ajaib dia..menangis2 student dia pasal pen tkder..katanya pen tu bermakna bagi dia..Jenuh jugak la si Cikgu Budi nie carikan pen tu..sume kedai dah takder..

Macam2 Budi kena semata-mata nak cari pen tu..tetiba ada satu accident Budi terserempak ngan Nina's Father..secara kebetulan..kata Nina's Father, Nina hepi n sedang rancang wedding dia dengan James, her's Fiancee..tapi rasa-rasa Nina tak kawin kot dengan James..

Then Budi terjumpa balik dengan Maya..Maya nie dulu pilihan Mak Budi untuk jadikan menantu..mana tau kot musim nie Budi bercinta ngan Maya..sapa tau kan..anyway best sgt tau Blogger Boy dah kembali..


Name: Qi
Character: Budi

Name: Julie Woon
Character: Nina

Name: Nas-T
Character: Kid

Name: Cheryl Samad
Character: Maya

p/s: kepada sesapa yang suka dengan cita mcm nie, tgk la Blogger Boy setiap hari Khamis jam 9.30 mlm kat 8tv..tak rugi tau..cita dia lain dari lain..thanks to Lina Tan, Bernard Chauly and Rafidah Abdullah( 3R Host)..best gila idea korang..wat aku happy jer..



Tuesday, November 10, 2009 26 meletops dah komen!

LONELY..I'M LONELY..


Aku rasa sunyi sangat malam nie..entah kenapa..mungkin sebab aku demam sama..sume jadi serba tak kena..nk tgk blog pun rasa moody..kawan2 aku yang terdekat sume dah kawin..yang terbaru kawan aku nak kawin bln 12 nie..cepat masa berlalu tapi aku masih mcm ni..hati aku masih lagi tak terisi..kadang aku rasa nk tutup pintu hati aku tapi kadang aku rasa sunyi sangat2..kekadang aku rasa upset n menyesal bila fikirkan aku salah cari pasangan..orang yang aku sangkakan 5 tahun aku kenal boleh aku wat suami tapi hampeh sebab 1 sikap pun tak boleh pakai..wat masa nie yang aku nampak la..

Bila difikirkan balik kenapa aku jumpa dengan si mamat nie yang teramat la panas baran, ego tggi nak mampus..mcm bagus..masa mula kenal atas kawan..skang aku dah bosan dengan match maker nie..mula2 ok la..time tu aku masih study..lama2 jumpa pulak ngan family..aku jadi orang yang cukup disayangi mak n ayah dia..tapi aku yang tak dapat tahan ngan perangai anak dia..nak kata teruk tu yer jugak..tapi aku percaya dia boleh berubah..atas rasa percaya la aku tertipu..owh!!!tipah tertipu!!

Masa senang aku la dia panggil sayang bila susah aku ditinggal melayang..silap aku juga apsal aku tak pasang 'spare part ' awal2..konon setia time tu pulak aku jangka dia jodoh aku..rupanya tak.sume hal dah bincang..soal kawin pun dah..cuma 8 hal jer yang wat aku was2 untuk bersuamikan dia..1 panas baran..2 ego tak kena gaya..3 takder tolak ansur..mampus la klu aku jer kena tolak ansur....4 takleh nk memahami aku..asik nk aku jer memahami dia..5 belum apa2,jadi bini pun belum dah kawal aku mcm2..dia tak tau ker aku nie bukan jenis suka dikawal tk kena gaya..kawal skit2 ok la..nie melampau sgt sampai aku beli magazine pun marah..WHAT THE HELL???..bukan guna duit dia pun.. 6 bila susah dtg cari aku..masa aku kat hostel dtg cri aku..bila senang mak ai..wat bodoh jer..cmner nk wat laki..7 jenis suka angkat tangan jugak nie..baling barang tkyah kata la.. 8 yang aku reject trus jadi pakwe n calon suami coz suka mencarut!!!ingat aku jer dia suka carut..rupanya ngan mak ayah dia pun dia carut bila dia hot..klu dah mak ayah pun kena apatah lagi aku..

Bukan aku tak nampak masa awal kenal tapi tu la..aku buta sbb cinta time tu..dia pulak 27 time tu..skang dah 31 thn..tkder pa perubahan aku tgk..mak dia pun selalu minta aku nasihatkan dia..mula2 yer ar nk dgr..lama2 hampeh!!tknk dgr sudah..aku blah jer..ingat aku heran..bila senang dia lupa aku kat 1 year..sepi tanpa berita..padahal dekat jer..kedah jugak..20 minit jer ..aku apa lagi..aku bgtau.."kita bawak haluan masing-masing la.." dan aku pun mulakan hidup baru.lega sbb aku tak rasa kehilangan pun..yang aku rasa cuma penyesalan..yang paling aku nyampah dia tak paham bahasa..aku kata tkyah kacau lagi la dia kacau..nk tggu aku cakap tamil kot baru paham..

p/s..aku mkn bihun jap..lapar..


Berbalik pada cita aku sunyi tadi..aku dah 26..lagi 1 bulan lebih aku masuk 27...tapi aku masih single..aku cuba bukak pintu ati aku pada orang lain tapi tak menjadi..entah kenapa ati aku tertutup rapat wat masa ni pada cinta..terkunci..aku tak tau bila dia akan terbuka semula pada cinta..bukan tak der yang ajak aku kawin tapi hati aku yang taknak terima lagi..mungkin belum sampai masanya..takper aku tabah menunggu apa yang Allah s.w.t tetapkan untukku..

p/s: pada kekawan blogger..doakan la semoga aku berjaya jumpa insan yang boleh buka pintu hatiku kembali..jika ada jodoh aku berkahwin, akan ku jemput korang sume dtg kenduri sambil bentang kapet merah ala VVIP..jgn tak datang sudah...

(amende la aku merepek masa demam nie..Adooyyaaiiiiiiiii!!!mengong tul)





Saturday, November 7, 2009 10 meletops dah komen!

MJ LEBIH BERNILAI SELEPAS MATI (1958-2009)


"Michael Jackson lebih bernilai selepas meninggal dunia berbanding semasa MJ masih hidup lagi", kata ayah kepada MJ menerusi satu temu bual bersamanya di televisyen..

Joe Jackson yang berumur 80 tahun itu membuat pengakuan tersebut menerusi program 'EXTRA' tetapi dengan pantas menambah yang dia lebih rela MJ hidup dari mati.

"Saya menangis sendirian apabila merenung kembali memori yang kami lalui bersama", kata Joe lagi..

Ayah kepada 10 orang anak itu selalu disalahkan kerana didakwa menjadi punca kenapa MJ melalui zaman kanak-kanak yang sukar..

MJ meninggal dunia pada bulan Jun lepas pernah menceritakan secara terbuka bagaimana bapanya menderanya semasa MJ masih kecil..



Nie adalah video movie MICHAEL JACKSON THIS IS IT..best sgt tgk disebalik tabir konsert dia..





Friday, November 6, 2009 12 meletops dah komen!

INGATLAH!!



~Kebaikan bersedekah di dunia itu ada 5 iaitu suci harta, bersih diri, jauh dari bala, menyenangkan hati dan berkat rezeki..~

~Orang yang suka bersedekah itu akan diberkati Allah, rezekinya dipanjangkan, usianya disihatkan, tubuh badannya dimuliakan dan dipermudahkan segala usahanya..~

~Jangan merasa malu untuk meminta kepada Allah sentiasa kerana kita adalah hamba yang lemah serta banyak kekurangan & kelemahan..~

~Berilah kepada yang meminta & jangan ditanya apa tujuan permintaannya, sesungguhnya orang yang pemurah itu adalah yang hampir dengan syurga dan juga sebaliknya..~

~Yakini kamu dengan hatimu, kerjakanlah ibadat pada waktunya, basahkan lidah dengan zikrullah dan menasihati sesama manusia dengan kebaikan, itulah titik permulaan sebagai insan..~

~Sebahagian dari tanda syukur itu ialah jujur, redha dan ikhlas..tanpa tanda-tanda tersebut, jelaslah ia kufur & kufur itu lebih hina dari kafir..~

~Sesuatu kesalahan & kemungkaran yang dizahirkan kepada kita adalah untuk menceritakan tentang kita yang mempunyai masalah yang sama tetapi berlainan keimanan..~

~Jika hari ini hari terakhir bagi 2009, pernahkah kita menghitung amal kebaikan & keburukan kita?Andai ajal menziarahi kita esok hari, sudahkah kita bersedia..~




Wednesday, November 4, 2009 14 meletops dah komen!

SPECIAL ABOUT NUFFNANG!!


Malam nie aku mulakan dengan 2 entry..1 pasal Pulau Bogel 1 pasal Nuffnang..aku baru jer active Nuffnang..sebelum nie aku tak amik port pasal Nuffnang..bila tgk blog kawan lain byk Nuffnang dan bila tgk msg dari kawan blog aku yang kata "letak jer iklan Nuffnang" barulah aku join Nuffnang..pas aku buka akaun Nuffnang tengok aku rupanya salah sorang Nuffnang Glitterati..pas aku active kat berapa ari..rajin klik2 ngan kekawan blogger, aku pelik napa la tak kuar langsung earning nuffnang aku..bukan aku gelojoh nak duit cuma hairan jer..aku pun tanya kawan blogger aku En.Tue rupanya amik masa dia nak kuar earnings..kena la sabar n selalu update akaun kita..esoknya aku check la..eh! ada rupanya..aku jer suspen lebih..ahaksss..so aku post kan pasal Nuffnang yang aku tau..

SIAPA @ APA NUFFNANG

Nuffnang adalah satu syarikat pengiklanan yang berikan peluang kepada blogger untuk menambah pendapatan melalui blog dengan program pay per klik..Nuffnang adalah satu syarikat pengiklanan internet yang berasal dari Malaysia dan Nuffnang juga dikenali di negara lain seperti Singapura, Filipina dan Australia..

CARA BAYARAN PAY PER KLIK NUFFNANG

Jika anda dapati akaun Nuffnang anda telah mencapai sasaran sehingga RM50 keatas, bermakna anda boleh 'cash out' jumlah tersebut dan Nuffnang akan membuat bayaran secara cek terus ke alamat yang anda telah daftarkan..

Lebih baik jika anda adalah ahli Nuffnang Glitterati bukan Ordinary kerana jika anda Nuffnang Glitterati, Nuffnang akan bayar dalam tempoh 30 hari selepas akhir bulan berbanding 60 hari untuk Ordinary..tarikh masa pemprosesan dan penghantaran cek pula tak akan lebih dari 3 minggu..

BESTNYA NUFFNANG

Dengan mendaftar sebagai ahli Nuffnang, anda juga dapat melihat statistik trafik yang lawat ker blog anda..Maklumat tersebut sangat berguna jika anda adalah seorang blogger yang sangat pentingkan jumlah trafik blog anda dan dengan berpandukan statistik tersebut, anda dapat tahu waktu bila yang sesuai untuk anda postkan entry terbaru yang mungkin dapat menarik lebih ramai trafik yang dashyat..

inginkan maklumat lebih lanjut mengenai Nuffnang nie sila layari Nuffnang Malaysia.

p/s: so apa lagi kekawan..jom kita klik2..majulah klik2 untuk Nuffnang..





Tuesday, November 3, 2009 17 meletops dah komen!

ALKISAH PULAU BOGEL..



KUALA LUMPUR: Gempar apabila sebuah akhbar online di Denmark, semalam memaparkan babak mengaibkan sebuah program realiti terbitan sebuah stesen televisyen negara itu yang menonjolkan aksi peserta Survivor Robinson Ekspeditionen berlumba lari dalam keadaan telanjang bulat.

Lebih memeranjatkan apabila seorang pembaca akhbar ScandAsia.com di Internet yang mempunyai pertalian saudara dengan rakyat Malaysia, mendapati rancangan realiti di TV3 Denmark itu menjalani penggambaran di sebuah pulau di perairan Mersing, Johor.

Difahamkan, semua peserta program realiti televisyen yang sedang disiarkan di negara Scandinavia itu dibawa khas dari Denmark bagi mengharungi pelbagai ujian lasak secara fizikal dan mental.
Bagaimanapun, timbul persoalan sama ada penerbit program itu mempunyai agenda tersembunyi apabila mewajibkan semua peserta berlumba lari dalam keadaan bogel, seolah-olah mahu menunjukkan kepada dunia rakyat Malaysia masih kuno dan tidak berpakaian.

Rancangan realiti itu yang diadakan setiap tahun memilih lokasi berbeza di seluruh dunia bagi menarik perhatian penonton negara berkenaan yang disiarkan melalui saluran televisyen itu.
Namun, difahamkan, ini pertama kali program berkenaan mensyaratkan peserta lelaki dan wanita menanggalkan semua pakaian sebelum berlumba lari sesama mereka.


Ia sekali gus mencetuskan kritikan penonton program itu yang menyelar penerbitnya kerana menjatuhkan air muka peserta, selain cuba mencetuskan kontroversi itu negara yang menjadi lokasi penggambaran.
Babak acara lumba lari bogel berkenaan yang tersebar melalui akhbar online yang mempunyai pautan dengan laman web program realiti televisyen berkenaan, dianggap satu bentuk penghinaan disengajakan yang boleh menjatuhkan maruah peserta.

Berdasarkan maklumat, seramai 16 daripada 22 peserta program berkenaan terpaksa menyertai acara lumba lari dalam keadaan bogel manakala lima peserta lagi masih berseluar dalam.
Mereka kemudian disyaratkan memakan ulat gonggok sebagai ujian ketahanan fizikal, sebelum melalui proses undian bagi menyingkirkan peserta yang dianggap tidak lagi layak menyertai cabaran.

Difahamkan, seorang peserta wanita yang enggan membuka pakaian untuk menyertai lumba lari berkenaan disingkirkan daripada program berkenaan sebelum dihantar pulang ke Denmark serta-merta.
Berdasarkan dua gambar berasingan yang dipaparkan di akhbar online itu, beberapa lelaki dan wanita kelihatan sedang berlari dalam keadaan bogel di kawasan di pantai.

Turut dipaparkan gambar seorang wanita sedang berlari dalam keadaan bogel secara bersendirian.

Seorang rakyat Denmark yang mengirimkan e-mel mengenai babak panas berkenaan kepada Harian Metro, semalam menyifatkan program yang dipaparkan itu bentuk ‘pertandingan pornografi secara lembut’.

Sebaik membaca akhbar online pagi semalam, dia mendakwa terkejut bagaimana program seumpama itu boleh dibenarkan menjalani penggambaran di Malaysia selain menyatakan rasa hairan mengapa ia boleh sewenang-wenang diluluskan pihak berkuasa di negara ini, khususnya di Johor.

Mengikut sejarah, Ekspedisi Robinson dicatatkan berlaku pada 1905 apabila sekumpulan 65 orang tempatan dan seorang lelaki bernama Robinson memulakan perjalanan dari di Kuala Tembeling, Pahang pada pagi 17 Mei dengan menaiki bot menuju Kuala Tahan bagi menakluki puncak Gunung Tahan di Banjaran Titiwangsa.


[ Denmark source-more photo ]
[sumber]



Monday, November 2, 2009 14 meletops dah komen!

RAHSIA MALAM PERTAMA

Tersebutlah kisah satu pasangan yg baru berkahwin. Sehari sebelum
upacara akad nikah.... Emak pengantin lelaki menasihati anaknya...."Nak apabila
menghampiri isteri mu pada malam pertama....maka kamu harus kata
...Kapal terbang ingin mendarat". Emak pengantin perempuan pula
menasihati anaknya.... "Nak....bila suami mu berkata kapal terbang ingin
mendarat....maka jawablah....Lapangan terbang sudah sedia ". Hari yg
ditunggu-tunggu pun tiba....Si suami tak sabar-sabar dan pabila
malam tiba....hatinya berdebar-debar..... Dia mendekati si isteri lalu
mengatakan "Yang....Kapal terbang ingin mendarat".. Si isteri seperti
tidak faham dan berkata "Saya penat bang ...mari kita
tidur." Si suami hampa....namun dalam hatinya berkata..."Tak apa mungkin
isteri aku malu....beri ia peluang kedua"

Tiba malam kedua "Si suami mendekati si isteri dan bertanya lagi "Kapal
terbang ingin mendarat." Malangnya si isteri masih tidak faham
.....kerana suaminya ketika itu memegang surat khabar...dalam hatinya
berkata...."Berita apa pula ini....Ah pedulilah kapal terbang mana nak
mendarat pun....tak ada kena mengena dengan aku." Kemudian dia berkata
kepada si suami "Sudah lah tu bang ....janganlah baca surat khabar
lagi....mari kita tidur " Si suami hampa lagi....tetapi dalam hatinya
berkata "Tak apalah esok masih ada."

Tiba malam ketiga ....Si suami sekali lagi dengan penuh harapan dan
begitu pasti malam ini dia pasti dapat...lalu mendekati si isteri dan bertanya
lagi "Kapal terbang ingin mendarat." Si isteri menjenguk ke arah luar
jendela dan menggelengkan kepala sambil dalam hati berkata "Mana ada
kapal terbang !!" Melihatkan si isteri menggelengkan kepala ....si suami
hampa dan berkata dalam hati "Kejamnya isteriku....membiarkan aku
menunggu selama 3 hari tapi masih enggan memberikannya kepada ku." Si suami
dengan muka yg masam terus tidur tanpa mengajak si isteri.

Keesokan harinya si isteri bertanya kepada ibunya "Ibu kenapa suami saya
setiap malam berkata ...kapal terbang ingin mendarat?? Si ibu pun
berkata "Apa yg kamu jawab nak ? Si anak berkata "Saya tidak jawab apa-apa...Si
ibu berkata lagi...."Apa anak sudah lupa apa yg ibu nasihatkan tentang
malam pertama....sepatunya anak menjawab Lapangan Terbang sudah
sedia....sebagai tanda bersetuju " Oh saya lupa lah ibu....tak apa malam
ini saya pasti akan menjawab dengan betul"

Maka tiba malam keempat .....si suami seperti tidak menunjukkan apa-apa
tanda dia akan bertanya soalan yg sama. Malam kian larut ....si isteri
tertanya-tanya....bilakah gerangan si suami akan bertanya.....Si isteri
akhirnya berkata dalam hati "Mengapa harus aku tunggu
lagi.....apa salahnya aku sendiri meng`offer' kan diri?" Lalu si isteri
pun mendekati si suami dan terus berkata "Lapangan terbang sudah sedia", Si
suami kerana terlalu geram dengan si isteri....dengan muka yg masam
menjawab "KAPAL TERBANG ROSAK"!!!


Be My Followers

Chat With Me

 
;