Friday, October 30, 2009 8 meletops dah komen!

13 TANDA BILA FALL IN LOVE..


Macam Mana Nak Tau Bila Anda Fall In Love??

1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.

2. Anda akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

9. Dia sentiasa di fikiran anda.

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.


Thursday, October 29, 2009 10 meletops dah komen!

7 PETANDA HE'S LOSER..


  • Dia ada koleksi foto dalam Facebook yang diwujudkan khas untuk gambar-gambar seksinya yang bertitle "SINGLE AND AVAILABLE"@ "KEMBALI ATAS PERMINTAAN RAMAI"..
  • Dia ajak kamu berdating tapi ibu bapanya turut join sama..
  • Candle yang diletakkan dalam rumahnya bukan untuk menimbulkan suasana romantis tetapi sebenarnya untuk kegunaan masa kecemasan bila talian elektrik dipotong pada bila-bila masa..
  • Dia tak habis buat joke pasal "Datang Bulan@Period"..
  • Dia sentiasa berikan alasan yang tidak logik seolah kamu akan percayakan nya..
  • Baginya saat berdating adalah melibatkan makanan sedap, pelayan seksi dan kamu jadi tukang bayar bil..
  • Bila kamu meminta aiskrim atau apa saja melibatkan makanan, dia akan mula membebel dan menyindir seolah kamu makan untuk 2 orang..
Tuesday, October 27, 2009 7 meletops dah komen!

JOM BERDANSA..


STACY- PAKAI BUANG

Kenapa bah kau berubah...kenapa bah (2x)

Hello...kenapa kau tak jawab telefon
dah berlepuh jari menekan nombor sama
lepas berkali kali ku cuba

Ku sangka kau betul...betul jatuh cinta
bodoh sungguh untuk terus percaya
habis madu sepah dibuang sahaja

Ref:

Cinta ku bukannya jenis pakai buang
biar lah lebih dari sehari
apakah kau sangka ku cinta segera
sakitnya hati dipermain

Cinta ku bukannya jenis pakai buang
tidak mungkin hanya sementara
apakah kau sangka ku cinta segera
bayangkan la apa ku rasa

Kenapa bah kau berubah...kenapa bah (2x)

Baru saja kenal
kau muncul semula
mengatakan kau sudah berubah
pujuk rayu sampaikan runtuh ke lutut
hampir hampir ku mengalah
untuk memberi kita peluang kedua
tapi kini ku lebih arif
untuk percaya janji lelaki..yeaahyeaahh

Ref:

Kenapa bah kau berubah...kenapa bah.. (4x)
Jangan..jangan...jangan permainkan


1st time dgr lagu nie aku tak berapa layan tapi lama-kelamaan best pulak..muzik dia funky sgt..best ar..

Saturday, October 24, 2009 19 meletops dah komen!

NO MORE CHANCE!!


Hari nie aku mulakan dengan kisah seorang GUY yang nak kenal ngan aku..dia ada baca blog aku nie dan kata kat aku dia juga nak peluang untuk kenal ngan aku..betul2 nak kenal katanya..Mulanya aku pikir aku malas nak bagi peluang lagi tapi dia kata apa salahnya?kalau aku boleh bagi peluang kat Hafiz @Johari @ Bard Fahmi, napa aku tak sudi kasi peluang kat dia?so aku decide bagi peluang kat dia..GUY nie nama Hanif@Anipp..orang Sabah tapi keja kat Selangor..

Alkisahnya masa aku gi KL aritu kitaorang plan nak jumpa..dia pun setuju..Yang buat aku tak suka, masa aku kat airport aku dah bgtau yang aku kat Airport..then aku kata malam la jumpa..He's said "Okay"..aku tunggu dia sampai ke malam..aku mesej dia tanya "U jadi datang ker tak"?tiba2 dia kata "Dia kat open house"!!aku geram aku tanya la apsal tak inform awal2?kan senang..kalau aku tau dia tak leh dtg aku boleh join kawan2 aku tgk wayang..takder la aku menapak kat bilik hotel sorang2..pastu kul 12am baru msg kata nak dia datang ker tak?Aku pun dah lena time tu..takder masa la aku nak jumpa time 12am mcm tu..pastu senyap tak msg..aku malas nk tanya so Ahad tu aku dah balik Kedah..

5 ari aku balik dari KL, guy nie bgtau aku dia nak datang Kedah..so nak jumpa..aku bengang gak..aku kata la dah elok kat Kl boleh jumpa, dia pulak spoil kan benda tu..katanya dia ada keje kat Prai..so bleh jumpa..aku kata ok la..then dia kata bila sampai jer Prai dia akan bgtau..aku tgk sampai kesudah tak bgtau apa pun..aku tanya dia kata "tido"..esok pulak dia kata dia nak jumpa aku pagi..sebab kul 12pm dia ada keje..yang aku geram dia msg kul 11.50 am.jumpa mendenya mcm tu..aku kata "U settle dulu keje u, then jumpa"..terus diam sampai ker ari nie..Aritu jugak aku decide aku taknak dah bagi peluang..No More Chance..aku tutup peluang tu..

p/s: Aku cukup pantang sikap mcm nie..tak peka..tak serius..tak gentleman pun yer..payah ker nak msg bgtau apa2?Aduhh!!tak boleh la aku macam nie!!!dah kasi peluang tapi taknak Appreciate..

Friday, October 23, 2009 11 meletops dah komen!

WORD BIASA WANITA GUNA



~FINE~


Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.



~LIMA MINIT~


Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.



~TAKDE APA-APA~


Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.



~PERGILAH! (dengan kening terangkat)~


Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.



~MENGELUH YANG KUAT~


Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.



~MENGELUH YANG PERLAHAN~


Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.



~OKAY LAH~


Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.



~BUAT LAH~


Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.



~TOLONGLAH~


Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.



~TERIMA KASIH~


Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.



~TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK~


Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.


Tuesday, October 20, 2009 4 meletops dah komen!

CATCHEYE MALAYSIA..APA ITU??


Monday, October 19, 2009 10 meletops dah komen!

I'M HOME...

Halo..I'm Home..Ya Ampun..penat + seronok + tension coz berat badan makin naik ar..Aduh..tension tul aku tgk badan aku sendiri..makin chubby..siap ada beza dulu dan sekarang..sampai aku sendiri malas nak amik gambar masa kat kl..padahal aku suka bergambar..aku kena start berdiet balik..tak boleh la chubby sgt..tak larat bawak badan..dah la aku nie bukan tinggi mcm model..ala2 NORA DANISH jer ketinggian aku..bukan ala2 MILA..

*sara@akukahmilikmu 6 bulan lalu*

*sara@akukahmilikmu sekarang..chubby kan!*

Aku bertolak dari umah pagi la..kul 6 dah bangun..kul 9 pagi sampai Penang Airport..sampai jer aku baru sedar aku tertingggal kamera..Aduh..bengang gila..apalagi jadi mangsa ialah handphone la..sampai bateri abis la..serba tak kena bila guna handphone..yer la handphone biasa jer..padan la kalau resolusi pic tk cantik..sapa suruh tinggal..dalam flight abang pramugara sorang nie hensem gila..tinggi mcm mat saleh tapi aku tak tgk nama dia..ruginya..naik MAS best gila dari AIR ASIA..dah la dapat makan n minum free..pastu dapat pulak LADDU..kan Deepavali..yang best masa landing tu tak rasa pun macam dah landing..terer tul KAPTEN JEROME nie landing..Thanks yer Kapten..


*aku tak paham apa motif aku amik pic nie*

*duduk jer terus amik gambar coz nak kena off handphone*

Turun jer dari flight kaki aku sakit gila sebab salah pakai kasut..Arghhh...serba tak kena..kitaorang pegi la makan dulu kat kafeteria airport..aku pun order THAI TOMYAM FRIED RICE..ingatkan sedap tgk2 masin sgt..Aduh!!!rasa nAk ngamuk jer...dah la kaki sakit..nasi pulak masin..tak berbaloi bayar RM6.60..

*ni la THAI TOMYAM FRIED RICE yang tak sedap tu*

* ni pulak THAI TOMYAM FRIED RICE yang telah abis dimakan!bengong tak..masin tapi habis licin nasi*

Masa sampai jer kat KL, aku dan kawan aku terus check in bilik kitaorang kat HOTEL SWISS INN KL..cantik sangat hotel nie walaupun tak besar macam SWISS INN kat tempat lain..HOTEL SWISS INN KEDAH pun besar..kemudahan dalam bilik tu ok la..tapi yang buat aku tension sbb dalam toilet takder kemudahan untuk buang air besar..bukan takder mangkuk tandas..tapi tkder kemudahan untuk cuci selepas gunakan mangkuk tandas..paham-paham jer la apa benda tu..malu nak sebut...apa hotel tu ingat sume yang stay hotel tu mat salih n cina jer ker?nak pakai tisu pulak...masa tu aku n kawan membebel sesama sendiri pasal toilet tu..shower ok la..macam biasa..

*katil ok la..best..tkder apa la nk komen pasal katil*
*tv sume ok la walaupun tkder ASTRO..paling nyampah ada ker dorang sediakan HEATER untuk masak air yang dah berkarat..patutker?*

Pastu kitaorang kuar la berjalan lepas check in..gi Petaling Street, KLCC..sebab penat so tak la round merata tempat..ujan pulak tu..balik bilik, mandi trus tdo..tak cakap banyak dah..gi Petaling Street pun cari wallet jer..KLCC tgk wayang..tu jer..lagipun datang cuma 2 hari 1 malam jer..esok nya pas check out trus gi pudu beli tiket..tgk bas kul 4 ptg..sempat la round makan Nasi Lemak kat Kampung Baru n Jusco Setiawangsa..bestla Jusco Setiawangsa nie..yer la tempat aku tkder Jusco..Tesco berlambak la..

Yang paling wat aku hepi aku dapat jugak makan Dunkin Donut..2 kotak aku beli..aku amik favorite aku jer terutama Boston Cream..Bavarian..Choc Pudding, Happy, Green Apple, Rasberry..lepas rindu kat Donut aku nie..Alhamdulillah..



*yummy..yummy..yummy..*



Wednesday, October 14, 2009 6 meletops dah komen!

AKU MENINGGAL?


Aku bukan meninggal dunia tapi meninggalkan BLOGGER dan MY SWEET HOME kerana aku akan terbang ke Kuala Lumpur...Aku gi tak lama..cuma 2 ari jer..lama tak gi Petaling Street..rasanya kat 2 tahun aku tak gi KL...Tak la rindu sgt cuma lama dah tak jenguk..hehe..aku pergi bersama MY BEST FREN, Aiza..Aku akan pergi Sabtu nie tapi aku akan lepak umah kawan aku esok so tak dapatlah nk berblogger..kiranya Akukahmilikmu Off Duty jap..insyaAllah kita akan sambung ari Ahad@Isnin..bergantung pada tahap kelaratan aku..kalau kepenatan sangat maybe aku Off Duty lagi..

Yang bestnya ni kali kedua aku Flight..sebenarnya aku tak penah flight before this..Kali pertama masa ke Sabah..Aku naik AIR ASIA..berdebar gila masa naik..first time pulak tu..takut terhempas la..takut ada ular mcm SNAKE ON A PLANE la..kena HIJACKED la..sume ada..padahal takder apa..tu la banyak sangat tgk movie..sampai terbawak-bawak..umur 26 tahun pun takut..apa la..

Kali nie kawan aku booking tiket kat MAS pulak..aku pun tak tau best ker tak MAS..sampai jer kitaorang akan tggu kawan kitaorang dari KL untuk bawa kitaorang ker Hotel Swiss Inn..dekat dgn PUDU..bukan apa masa balik nanti kitaorang naik BAS pulak..tktau tiket bas ada ker tak..kira gamble jer masa nak balik tu..kan Deepavali..harap ada la kot..ada la..tak sabar aku nak beli Dunkin Donut..bkn apa aku teringin sangat makan Dunkin Donut..tempat aku takder Dunkin Donut..Walaupun ada orang kata Dunkin Donut dah tak sedap, bagi aku Dunkin Donut tetap favorite aku..mana mungkin aku lupa pada Dunkin Donut..

So Kekawan..Jumpa lagi pada Ahad@Isnin nanti yer..Daaa....Jangan Lupa Rindu Pada Akukahmilikmu Yer...

p/s: Dunkin Donut..I'm Coming...

Monday, October 12, 2009 15 meletops dah komen!

MY DINNER..


This is My Dinner for today..aku teringin nk mkn KFC XMEAL yang ada TWISTER tapi sayang dah abih...Ada XMEAL ZINGER BURGER..jadi la..oleh kerana aku dalam proses diet..malam tak makan...so kul 6 ptg aku dah makan..sedap la jugak(dalam ati nak sangat TWISTER)..
Sesapa nak rasa gi la beli kat KFC yang berdekatan dengan kawasan anda..

SELAMAT MENJAMU SELERA..BON EPPETIT..
0 meletops dah komen!

THANK YOU TM..

Finally, problem streamyx aku ok...dh 5 ari asik blinking jer modem ADSL aku nie..last aku tension sgt aku terus kol TM CENTER kat 100..dah pening wat troubleshooting pun tak boleh gak last TM wat report..mana tak nya smpi diorang kenal aku.asik kol diorang jer...TM kat technician akan datang dalam tempoh 2 ari bekerja..tengok-tengok esok pagi dah ada depan umah nak check modem..sama-sama la aku bersama adik laki aku lepak depan modem dengan 3 org technician TM yang diketuai Encik Hamid..Aku panggil "Hamid&The Geng"..mula2 diorang suspect modem aku rosak tapi akhirnya bukan modem aku rosak..yang rosak port diorang la..lepas dah settle sume ADSL dah tk blinking lagi...pastu dapat kol dari TM CENTER balik sbb dia nak tau macam mana ngan steramyx..masih blinking ker tak..Thanks yer TM...Atas kerjasama yang diberikan dan layanan yang memuaskan..rasa nk "bercinta" jer ngan TM nie..

p/s: now aku kembali meneruskan aktiviti download-mendownload lagu, theme, video tanpa masalah lagi..yang paling penting aku dapat berblogger tanpa perlu fikir hal blinking yang wat connection aku nampak macam cipan...
Saturday, October 10, 2009 12 meletops dah komen!

DUYUNG WUJUD?




Aku ada tgk
Youtube pasal DUYUNG ditemui akibat TAUFAN IKE di PULAU BALAMBANGAN baru-baru nie..nampak mcm betul..tapi sayang coz DUYUNG ni dah mati masa dia ditemui..memang nampak real..nk kata tipu entahla..aku pun tak pasti..ingat DUYUNG nie hanya rekaan semata-mata..Tak sangka benar-benar wujud..tapi sayang la dah mati dan diorang dah amik DUYUNG tu untuk wat kajian..Aku tgh upload video tu untuk tatapan blog nie..nk caya 100% was-was gak..tapi tgk la..
Wednesday, October 7, 2009 12 meletops dah komen!

DOAKU...

Ya Allah..
Jika Benarlah Dia Jodohku Yang Kau Telah Tetapkan Di Loh MahfuzMu..
Maka Satukanlah Kami Dalam Redha Dan Kasih SayangMu..
Namun Ya Allah..
Jika Sebaliknya..
Bantulah Aku Untuk Menjauhkan Diriku Darinya..
Jauhkan Aku Dari Memikirnya..
Amin..
Amin.
Saturday, October 3, 2009 8 meletops dah komen!

AKU BOSAN..

Hye Akukahmilikmu kembali di bulan baru...entry untuk bulan baru nie aku nk bgtau yang aku bosan n menyampah n semak ngan lelaki yang suka bercakap pasal seks..Hello Guys..tkder benda lain ker nk ckp?asal on Tagged, Myspace ker apa ker ada jer nk ckp pasal seks la..antar pic comment seks la..siap ajak PHONE SEX..tak abis dengan seks..kekadang pikir lelaki skang terlalu advance la...Aduh....

Adalah sorang mamat longkai nickname dia "PANCUT DALAM" nie tetiba jer msg aku kata nak MAKE LUV ngan aku..apahal nie..apalagi aku hot aku sound dia...kurang ajar betul..dah tu siap antar pic LOQLAQ...LOQLAQ tu maknanya lucah, tak senonoh apa sume yang sewaktu dengannya..

Hello Guys, jgn la advance sgt..klu nk bercakap pasal seks bleh cakap la ngan kaum sendiri..jgnla open sgt..buat orang rasa jelek jer..aku tak la kata sume lelaki coz ada laki yang aku kenal tak pulak advance mcm tu..kekadang pikir laki mcm nie mesti jenis nak amik kesempatan..kalaulah aku ada kuasa, aku nak jer MUAY THAI orang macam nie..geram tul perangai..

Kekadang pikir la sebelum nak bercakap..jangan main TERJAH jer...tak semua orang suka cakap benda nie..kan personal..so biarlah jadi personal...kan baguih mcm tu..bukan semua laki suka ckp pasal seks dan bukan semua pompuan suka dengar pasal seks...tapi laki dan pompuan suka seks..cuma ada la batas dia..mana yang boleh ckp mana yang tk leh ckp...

Sekian..entry nie bukan kutuk yer..cuma luahan tension ku pada lelaki yang suka amik kesempatan nie..Sori yer klu ada yang terasa...Luahan jer..


Be My Followers

Chat With Me

 
;